CARA UNTUK PACKING MAKANAN SUPAYA TIDAK BASI UNTUK MANGSA BANJIR

12/22/2021 02:44:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

CARA UNTUK PACKING MAKANAN SUPAYA TIDAK BASI  UNTUK MANGSA BANJIR. Sejak empat hari lalu banjir teruk melanda beberapa kawasan di selangor dan kuala lumpur terutama di shah alam dan klang. Dan sekarang beberapa tempat di negeri pahang pula di landa banjir besar. Banjir untuk kali ni banyak mengorbankan nyawa, bukan setakat kehilangan harta benda. 

Setiap hari saya tak lepas ikuti perkembangan banjir. Tapi tidak menunjukan perubahan positif sangat biarpun kawasan yang teruk terjejas terutama di seri muda shah alam katanya dah mula surut. 

Selain cerita cerita sedih di sebalik musibah banjir kali ni ada juga cerita cerita yang rasa patut semua penyumbang tak kira individu ataupun NGO untuk ambil perhatian terutama tentang sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Saya terbaca update dari media sosial katanya lambakan bantuan makanan sehingga berlebihan menyebabkan pembaziran berlaku bila makanan tersebut basi. 

Ramai sedia maklum banyak aktivis atau NGO yang mula membuat kutipan sumbangan membantu mangsa mangsa banjir. Tak terkecuali untuk penyediaan makanan yang siap di masak. Jika berlaku perkara macam ni memang la rasa kecewa. Sumbangan yang patut di manafaatkan untuk keperluan mangsa banjir dah jadi sia sia. Jadi sesuatu perlu di lakukan agar tidak berlaku pembaziran dan sumbangan yang di berikan bokeh di gunakan untuk perkara perkara penting lain.

Terbaca perkongsian dari Syed Azmi tentang packaging makanan ready to eat yang boleh bertahan sehingga dua tahun. Mungkin boleh guna pakai kaedah ini untuk elak makanan basi dan di buang macam tu saja. Makanan juga boleh tahan sehingga 2 tahun katanya.

Selain tu.. rasanya penyumbang makanan siap masak ni perlu juga sistem yang lebih baik. Semak dulu kawasan yang hendak di salurkan bantuan samada ada sudah cukup atau tidak untuk elak jadi lambakan dan berlebihan sehingga menjadi pembaziran. Sikap terjah tu patut di kurangkan. Bukan apa jika guna duit sumbangan awam pasti kecewa penyumbang jika berlaku perkara macam ni.

Apapun tahniah buat rakyat Malaysia yang sama sama turun padang membantu mangsa mangsa banjir. Sesungguhnya kita masih bertuah menjadi warga Malaysia. Semoga sikap prihatin dan pemurah warga malaysia menjadi icon sebagai negara contoh. Terima kasih rakyat Malaysia.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com