KECOH! SUKARELAWAN MISI BANJIR MEMPERTIKAIKAN PERLU BAYAR TOL

12/27/2021 11:39:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

KECOH! SUKARELAWAN MISI BANJIR MEMPERTIKAIKAN PERLU BAYAR TOL. Macam macam kisah berlaku selepas musibah banjir melanda beberapa kawasan dan negeri di Malaysia ni. Ragam ahli politik yang datang bersama team media, ragam warga asing yang segelintir cuba mengambil kesempatan dan tak kurang ragam dari sukarelawan yang datang dengan misi bantuan masing masing. 

Dah bernama manusia ni tidak lari ada ada ragam mereka sendiri. Terkini dari perkongsian pengguna di tiktok, ada sepasukan sukarelawan yang tak pasti mewakili pertubuhan atau persatuan mana yang datang dengan misi bantuan untuk mangsa banjir, menpertikaikan kepada petugas Tol kenapa mereka perlu bayar tol sedangkan mereka datang untuk membantu orang lain.

Pertama kali saya tengok kes begini berlaku. Agak terkejut juga kenapa isu bayar tol timbul. Tak pernah pulak tahu mana mana pertubuhan atau persatuan sukarelawan di beri pelepasan dari membayar tol. Yang kita tahu sebelum ni kenderaan bomba dan beberapa kenderaan rasmi membawa orang kenamaan sahaja di beri pengecualian dari membayar tol. Dari mana la mereka dapat idea untuk meminta jurutol mengecualikan mereka dari membayar tol.

Datang dengan tujuan dan niat yang baik membantu orang lain jangan pula menyusahkan petugas Tol di lebuhraya. Pening mereka nak selesaikan isu isu pelik macam ni. Kalau waktu kenderaan banyak mungkin boleh menyebabkan kesesakan di laluan tol tersebut. Perkara yang tak pernah di buat orang jangan lah di isukan pada orang yang tiada kuasa. Nsk minta apa apa.. minta kat ahli parlimen. Suruh mereka usulkan di parlimen. Ni dok minta kat jurutol pengecualian membayar tol, mereka cuma bekerja.

Sedikit info

Terdapat beberapa kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol kerana kenderaan tersebut berkepentingan umum dan layak dikecualikan bayaran tol seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. 

Senarai kenderaan yang dikecualikan dari bayaran tol adalah seperti berikut:

Kenderaan yang membawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja atau Permaisuri-Permaisuri Baginda, Yang Dipertua Negeri bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau isteri-isteri mereka, Dato’-Dato’ Undang Negeri Sembilan atau Tengku Besar Tampin atau isteri-isteri mereka, Tengku Mahkota atau Raja Muda mana-mana Negeri atau isteri-isteri mereka, Raja Di-Hilir Perak atau isterinya, atau mana-mana pembesar asing yang datang melawat

Mana-mana kenderaan Kerajaan yang membawa Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;Semua kenderaan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan atau mana-mana angkatan pelawat yang ditafsirkan dalam Akta Angkatan Pelawat 1960 (Akta 432)

Semua kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata untuk tugas ambulan, melawan kebakaran, tugas polis atau tugas menyelamat termasuk kenderaan pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam dan kenderaan daripada Jabatan Penjara semasa menjalankan tugas mengiringi banduan

Semua kenderaan bukan Kerajaan yang digunakan untuk tugas ambulan, melawan kebakaran dan tugas-tugas menyelamat.

Biarpun ambulans juga perlu mengambil tiket tapi ambulans yang dalam kecemasan di benarkan memotong barisan.

Jadi tak perlulah mempertikaikan benda yang tak pernah wujud dengan alasan saya datang untuk memberi bantuan pada orang lain. 

Sumber rujukan : Tiktok Andy.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com