KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL

12/28/2021 11:28:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL. Setelah sekian lama tak berkongsi cerita seram di segmen seram serik lekat lekit jadi kita buat ritual buka gelanggang semula. Mesti followers kisah seram di blog lekat lekit rindu kan nak baca cerita seram dalam gaya santau. Even konsep seram santai ni ada yang dah cilok, tak kisah la yang penting takkan sama penulisan atau penyampaian tu kecuali copy paste.

Kalau dulu sumber sumber kisah seram den nk banyak dari forum forum tapi sekarang forum forum pun tak berapa in trend. Tak banyak kisah seram terkini boleh dapat jadi kita terpaksa ikut trend. Kita cari kat tiktok. Tapi di tiktok ni konten dia dalam bentuk video so kena dengar dan menulis semula. 

Alkisahnya.. cerita ni bermula bila sekumpulan pekerja indonesia. Ada tiga orang dapat job untuk buat kuil. Tapi sebelum pembinaan kuil baru tu depa terpaksa robohkan dulu kuil lama. Konsep macam lori jual tilam jugak. Tilam lama tukar baru.. tilam.. tilam.. tilam. Kekdahnya. Bukan renovate tapi memang bina baru. So yang lama kena robohkan sebab nak buat di tapak yang sama.

Selepas depa dah robohkan tu la berlakunya satu kejadian mistik di mana salah seorang dari tiga orang tiba tiba jatuh sakit dan badan dia tiba tiba kejang. Masa dia dalam keadaan macam tu dia sempat bagitau dua lagi kawan dia apa yang berlaku pada dia waktu tu.

Menurut cerita si kawan tu.. ada satu lembaga besar pukul belakang dia buat dia jadi sakit dan kémudian badan dia di ikat dengan rantai besi buat dia jadi kaku & kejang. Bila dengar apa yang kawan depa bagitahu tu.. depa pun dapat agak la mesti ada kaitan dengan kerja kerja merobohkan kuih. So salah seorang dari mereka call seorang ustaz yang pandai untuk settle hal hal berkaitan gangguan makhluk halus ni. Bila di beritahu apa berlaku si ustaz tu..maka dia pun segera datang tapi datang bersama seseorang yang lebih pandai dalam perkara perkara tersebut.

Kelebihan yang di beri Allah, perawat tu boleh nampak apa yang menggangu mereka. Dia cuma pesan sepanjang perjalanan mereka keluar dari tempat tersebut sehingga sampai rumah jangan putus selawat. Tapi salah seorang dari 3 pekerja indonesia tu, bukan islam. Namun dia tahu untuk berselawat kerana dia juga berbangsa melayu indonesia dan bergaul dengan rakan rakan beragama Islam.

So depa pun ikut je la apa di suruh. Alhamdulillah gangguan tersebut hilang cuma bila berlaku perkara macam tu mereka jadi takut untuk meneruskan kerja kat situ. Depa minta nasihat perawat yang bantu depa. Depa di nasihatkan untuk tidak teruskan kerja tu. Bagi kepada orang lain.

Sebelum kejadian tu katanya yang terkena gangguan tu masa buat kerja merobohkan tu dah terdengar bisikan yang dok kata.. "hang jahat na.." Tapi aku tak pasti la yang betulnya dia guna loghat atau bahasa apa tapi apa yang di sampaikan macam tu la. Tapi dia teruskan juga kerja sehingga berlaku gangguan tu. Almaklum mereka diupah untuk buat kerja tu takkan kerana bisikan syaitan nirrojim nak hentikan kerja kan.

Apapun..kalau ada pilihan untuk orang Islam ni rasanya kalau job job buat rumah ibadat untuk agama lain tu rasanya maybe pilihan lain sekiranya ada pilihan lain. Bukan apa tidak di galakkan sangat untuk melakukan pekerjaan teesebut. Kecuali dalam keadaan yang terpaksa sangat.

Sedikit info

HUKUM PENGLIBATAN MUSLIM DALAM PEMBINAAN RUMAH IBADAT AGAMA LAIN

Setelah meneliti pandangan para ulama dan dalil-dalil yang dikemukakan, kami mentarjihkan pandangan yang mengharamkan keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja atau rumah ibadat agama lain, sebagaimana yang dipegang oleh majoriti ulama.

Hal ini berdasarkan kaedah yang mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri:

اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ

MaksudnyaBerhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.

Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,

مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ

MaksudnyaBarangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.

Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang. 

Kami juga berpesan agar kita sama-sama mengingati pesan Nabi SAW berkenaan rezeki yang halal:

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ

MaksudnyaSesungguhnya perkara yang halal dan haram itu jelas, manakala antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang syubhah, yang tidak jelas hukumnya.

Sunan Abi Daud (3329)

Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama yang luwes, fleksibel dan meraikan keperluan-keperluan manusia ada memberikan beberapa pengecualian dalam situasi-situasi tertentu.

Contohnya jika seseorang itu telah memenangi sebuah tender untuk projek pembinaan atau baik pulih rumah ibadat agama lain, wajib ke atasnya menolak tender tersebut. Namun jika terpaksa membayar denda atau pampasan atas perbuatan tersebut, dan bayaran tersebut mahal dan membebankan, pada masa itu dia boleh bertaqlid kepada mazhab Hanafi dan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang mengharuskannya, atas dasar maslahah.

Jika sekiranya seseorang itu bekerja di bawah syarikat yang terlibat dalam pembinaan rumah ibadat bukan Islam, hendaklah dia berunding dengan majikan untuk memberikan pengecualian kepadanya daripada terlibat dengan kerja-kerja seumpamanya. Namun jika tidak mampu, dan dibimbangi akan dibuang kerja jika ingkar kepada arahan majikan, dia juga boleh bertaqlid kepada mazhab yang mengharuskannya, atas dasar darurat.

Wallahu a’lam.

Artikel asal fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com