ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?

2/10/2022 12:48:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID? Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan. Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti. Tak tahu samada niat dia benar benar ingin tahu atau sekadar cuba mendapat perhatian warganet untuk jadi viral. Niat dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Dari pertanyaan dia ni sebenarnya benda tu dah ada jawapan. Cuma kita je malas fikir. Dalam Islam dah bagitahu.. Mati kerana wabak adalah mati syahid cuma pahala syahid tu bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu apa di sebalik kita nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Kalau rajin google kat portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada menjawab soalan ini tapi bukan la pasal wabak zombie la. Virus zombie yang di cerekakan dalam filem dan drama tu hanya rekaan semata mata.Tapi di inspirasi dari wabak wabak yang pernah melanda manusia. Jadi tema dia tetap wabak. Cuma di masukan elemen seram dan fiksyen sebagai watak zombie di reka untuk menarik orang menonton. So jika wujudnya virus yang buat orang yang di jangkiti seterusnya bertukar jadi zombie tetap la ia dalam kategori wabak juga kan? kita ambil point sebagai wabak @ penyakit berjangkit. Tapi Bukan zombie yer.. Setakat ni watak zombie tu cuma fiksyen & rekaan semata mata. Tak wujud pun virus macam tu kat dunia ni.

Sedikit info dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tetang mati akibat wabak atau penyakit berjangkit ni..

Orang Islam yang mati kerana wabak dikira mati syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya : “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan bahawa orang Islam yang mati kerana wabak (taun) dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)


  • Al-Jauhari mengatakan : Taun merujuk kepada kematian yang meliputi umum sama seperti wabak.
  • Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan : Wabak adalah taun dan juga penyakit yang meliputi umum.
  • Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmizi : Dinamakan sebagai taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku kematian disebabkannya. Maka penyakit-penyakit yang seumpamanya turut termasuk sebagainya (taun).

(Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 95

Sekarang dunia memang tengah menghadapi wabak yang dah bertahun tahun masih belum pulih iatu covid19. Sebab ia sejenis virus yang bermutasi dengan cepat dan melahirkan macam macam varian. Yang terkini omicron. Hope selepas omicron dia dah mandul la kan tiada lagi varian baru. Jadi covid juga dalam kategori wabak even dalam Al Quran menyebut sebagai taun tapi merujuk kepada wabak.


Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19 ini dianggap sebagai mati syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadis-hadis yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang terkorban kerana Covid-19 ini sebagai mati syahid di sisiNya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW :

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya : “Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” Riwayat Muslim (1909)

Semoga Allah SWT menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua. 

Pada budak budak bbnu ni korang kalau nak attention pun jangan la dok buat pertanyaan merepek. Bukan je tak nampak bijak malah tak berapa lawak juga jika orang yang di tanya tu bukan dari peserta maharaja lawak atau artis komedi. Kau nak tanya Mufti biarlah soalan itu nampak berilmiah dan betul betul nampak kau serius ingin tahu.


Moral of the story.. kalau dah bosan sangat scroll je blog lekatlekit dari dok merapu tag Mufti dengan soalan soalan gila macam tu. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com