JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU

2/08/2022 12:35:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU. Perniagaan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru malah menjadi satu trend di zaman sekarang. Berniaga secara online menjadi pilihan masakini kerana lebih mudah. Tidak perlu menyewa tapak atau premis perniagaan. Produk boleh di pasarkan secara terus kepada pengguna melalui atas talian. Boleh di lakukan di mana mana sahaja. Hanya di perlukan cuma peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop dan talian internet. 

Melakukan perniagaan atas talian ni marketing atau teknik pemasaran melalui copywritting sangat penting. Copywritting main peranan besar untuk menarik pembeli. Jadi berbagai teknik marketing di gunakan bagi tujuan menarik pelanggan membeli barangan mereka.

copywritting adalah teknik cerita yang di gunakan untuk tujuan pemasaran melalui penulisan. Jadi tak terlepas dari berlakunya penipuan. Ada yang tergamak menggunakan taktik marketing yang mengelirukan dan juga menipu demi menarik pembeli untuk membeli jualan mereka. Antaranya memberi testimoni palsu, mereka reka cerita sedih yang mungkin tidak lagi berlaku dalam hidup mereka atau menggunakan teknik misleading marketing @ iklan/pemasaran yang mengelirukan. 

Dari segi moral pun ia memang tidak baik. Tiada pembeli suka di tipu. Apatah lagi jika bercakap dari sudut agama. Tiada agama dalam dunia ini menyokong perbuatan menipu. 

Dalam Islam juga menegah perbuatan marketing yang berunsur penipuan ni.

Tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ 

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:

  • Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
  • Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
  • Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Sumber : Website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Zaman sekarang ada dua golongan perniaga online yang suka menipu. Satu suka menipu yang mengambarkan dia kaya dengan hasil perniagaan online dia dan satu golongan lagi menggunakan taktik yang mengambarkan hidup dia daif, susah, miskin, sakit,cacat untuk meraih simpati dan melariskan jualan dan pada yang sama mendapat sedekah dari individu individu yang terpedaya dengan ceritanya

Moral of the story.. Yakin dengan usaha, InsyaAllah, ada rezeki dari Allah. Tak perlu menggunakan marketing menipu & misleading (mengelirukan). Rezeki Allah ada di mana mana. Orang jujur Insya Allah murah & berganda rezekinya. Walau sedikit andai ada keberkataan Insya Allah itulah sebaik baik rezeki yang kita dapat.


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com