CARA GORENG IKAN KELI CAMPUR ENO ELAK MELETUP. Salam PKP semua. Macam mana pkp fasa 2 ni. Dah serasi ke belum? Kalau rasa stress pergerakan terbatas maka duduk rumah bagi yang tiads keperluan untuk keluar. Sekarang dah ada ura ura jika statistik kes masih tinggi..febuari akan di kenakan lockdown. So sama sama kita bantu putuskan rantaian jangkitan agar kita dapat melakukan rutin harian macam biasa.
PKP ni nak keluar lepak makan makan memang tak boleh. Selain dok menabung kat foodpanda tu.. Boleh juga masak sendiri dirumah. Resepi boleh je google. Bersepah. Tip tip masakan pun banyak. Contoh macam mana nak goreng ikan keli tanpa minyak meletup dalam kuali.
Kalau minyak panas meletup letup dalam kuali sampai terpercik keluar hang terer masak lagu manapun akan rasa seriau dengan babak ni. Minyak panas kot. Mau melecur kalau terkena. Salah satu ikan la. Terutama ikan keli. Sedap di makan tapi seksa tau nak goreng.
Pepagi ni tertengok video sorang bro ni bagi tip cara goreng ikan keli dengan campuran eno untuk elak ikan tu meletup dalam kuali. Hangpa boleh tengok la video kat bawah ni. Simple je cara dia tapi so far nampak berkesan.
Jadi lepas ni nak goreng ikan yang selalu mencetuskan letupan minyak panas.. boleh kot try cara ni. Tak payah risau dah kena minyak panas atau dapur bersepah dengan percikan minyak panas.
UNTUK JERAWAT.. NIXODERM ATAU CELLMULA AC CLEAR SPOT GEL. Lama rasanya tak buat entri pasal skincare ni. Bukan kata tak dak skincare produk yang saya try untuk di review tapi kekangan masa nak menulis tu terhad sangat. Di samping mood pun sekejab up sekejab down. Mental tak berapa nak sihat sangat katanya
Di kesempatan yang ada ni moh ler kita cerita sikit pasal skincare. Almaklum la.. den dengan jerawat ni macam perjanjian sehidup semati pulak. Tak banyak sebiji dua mesti juga dia nak menempel.so selalunya memang sentiasa ada la apa apa produk untuk atasi jerawat kat rumah den.
Sebab terpengaruh di tiktok saya ada juga la terrrrrr... Beli krim ubat Nixoderm. Salah satu fungsi krim ni untuk rawat jerawat. Padahal saya kat rumah guna Cellmula AV clear spot gel. Saja nak try Nixoderm ni sebab harga dia pun murah. Ramai sangat dok review kat Tiktok tu.
Kita cerita pasal nixoderm dulu lah.. pertama kali apply dia rasa panas & pedih sikit kat kulit dalam beberapa tempoh. Mungkin dalam seminit dua gitu. Sebab Nixoderm ni bukan skincare tapi ubat yang berdaftar sebagai MAL kkm.
Nixoderm ni bagusnya jerawat kering & kecut dalam masa 1 hari. Tapi yang tak bestnya.. bahagian jerawat tu nanti dia jadi kering & mengelupas yang nampak ketara. Lepas dah rata bahagian jerawat tu dia akan meninggalkan kesan parut yang hitam sangat. Tu dari pengalaman saya guna la.
Untuk Cellmula AC Clear Spot Gel untuk jerawat ni dah lama saya guna. Saya guna bersama moisturizer dari jenama yang sama sebab boleh di gunakan masa muka breakout & untuk kulit berminyak juga. So far AC clear spot gel ni dia ambil masa sikit untuk jerawat tu betul betul kering & kecut sepenuhnya. Normally 3 - 5 hari. Tapi yang bagusnya tidak meninggalkan kesan parut atau kalau adapun selalunya tak hitam pekat. Tu pun maybe sebab garu atau picit la. Tapi parut coklat yang lite lite sajo. Bila guna dengan moisturizer dia.. parut tu akan perlahan lahan pudar & hilang.
Bila kita sapu AC Clear Spot Gel ni pun tak ada rasa panas je, perit atau apa. Sebab produk adalah produk berasaskan bahan semulajadi. Lebih selamat untuk kulit terutama yang jenis kulit sensitif macam saya.
Bila saya cuba kedua dua produk ni apa boleh saya katakan Nixoderm ni agak 'keras' sebab dia dalam kategori ubat. Berkemungkinan sesetengah kulit tak dapat terima & mungkin boleh berlaku keradangan atau iritasi. Tapi bagi kulit yang dapat terima boleh guna sebab Nixoderm adalah produk farmasi yang berdaftar sebagai ubat dengan KKM.
Untuk cellmula AC Clear Spot Gel ni.. lebih mesra kulit sebab natural produk. Tak perlu menahan pedih atau panas cuma perlu sabar & terus consistent guna sehingga masalah jerawat tu selesai. Cellmula ni produk korea yang juga berdaftar dengan kkm sebagai kosmetik produk. Bukan produk kilo atau OEM. Produk ni antara produk yang dah melalui RnD di korea. Mungkin kat Malaysia tengah nak up.
Bagi hangpa yang ada masalah jerawat boleh try la yang mana mana hangpa rasa sesuai dengan masalah jerawat hangpa. Kedua duanya cara guna sama. Sapu pada bahagian jerawat sahaja. Kalau dah jerawat satu muka.. satu muka la sapu.
Untuk Nixoderm boleh beli di Vital farmasi atau drugstore seperti guardian atau watsons.untuk Cellmula produk boleh dapatkan dari pengedar sah mereka di malaysia iatu Puan Suzana.
Tips : Untuk jerawat cepat kecut & kering selalu saya gunakan gel jerawat bersama acne patch. Lepas sapu gel jerawat tu saya lekat acne patch. Boleh la try kot kot berkesan pada hangpa.
Jadi untuk jurujerawat sekalian.. semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Pilih produk yang selamat & berdaftar dengan kkm. Tapi kena ingat produk yang selamat pun perlu ada keserasian dengan kulit. Bukan semua kulit boleh terima semua produk. Setiap kulit itu berbeza penerimaan sesuatu produk jadi penting untuk pilih produk yang betul.
'DRIVE THRU' BUANG SAKA. Assalammualaikum.. salam satu malaysia dari kak ton ton bak. Makyung dedek. Tu dia mukadimah ala ala founder produk gitu. Manatau aura founder melekat kat den..jadi founder kaya raya & berjaya dunia akhirat macam ustaz ebit liew tu kan... Doa baik baik.. Moga jadi baik.ye dak??
Apa cerita ni buang saka drive thru ja.amboi ingat restoran fast food, swab test je ada drive thru. Nak buang saka pun boleh drive thru jugak je. Kat mana tu gamaknya tempat buang saka drive thru.
Sejak semalam dok viral satu video yang menunjukan seorang wanita di dalam sebuah kereta berhenti tepi jalan atas jambatan sebuah sungai besar membuang sesuatu ke dalam sungai tu. Cara dia tu cuma keluarkan separuh badan melalui tingkap kereta kemudian membaling satu bungkusan yang pada mulanya netizen ingat sampah.
Lepas jadi viral tuan punya badan tampil memohon maaf di atas perbuatan dia. Katanya dia baru balik dari membuat rawatan tradisional dan yang di buang tu katanya saka.
Amboi buang saka cara pandu laju yer makcik. Kelass you makcik mencipta satu revolusi baru membuang saka. Lepas ni maybe sungai sungai tepi jalan raya macam tu akan menjadi port drive thru untuk buang saka pulak.
Tu dia saka kau.. jangan nanti ada yang jumpa saka terbuang pi kutip pulak. Kalau ikut amalan orang dulu dulu memang cara macam tu la depa buang saka. Tapi tak la drive thru. Depa pi sungai ka laut ka.. depa peranyut (buang) saka. Sebab tu kalau jumpa apa apa benda pelik jangan kutip bawa balik. Kalau hangpa pernah tonton filem jangan pandang belakang.. begitu la akibat bila kutip barang yang jumpa tepi laut atau sungai. Last last saka buangan tu mengganggu. Tapi makcik ni tak tau la betul ke tak.. Tapi kalau betul ada saka buang la guna rawatan Islam. Islam ada cara yang lebih baik dari main campak campak je ikut suka hati. Kita tak boleh menidakan kewujudan saka ni sebab orang dulu banyak berdamping dengan saka untuk tujuan menjaga harta, keturunan & untuk memudahkan aktiviti mereka mencari rezeki macam masuk hutan belantara bagai. Tapi orang dulu jahil.. didikan agama pun kurang. Kita jangan la ikut pulak kalu tahu benda tu khurafat & berdosa.
Apapun nak buang saka pun tak payah la buat macam tu. Kan dah jadi viral. Silap haribulan kena saman sebab di anggap buang sampai ke sungai. Mencemarkan air. Kami orang selangor dah la selalu kena gangguan air.. maybe punca orang dok buang saka dalam sungai la kot. Kekekeke..
Moral of the story.. benda yang berlaku ni jadikan pengajaran. Tak kira la nak buang saka ke sampah ke ingat zaman teknologi ni camera semua atas tapak tangan. Banyak mata memerhati melalui lensa camera. Bahaya sebab rakaman tu boleh tersebar. So nak buang apapun buang la secara berhemah