GADUH

2/10/2010 12:30:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Kembali bersiaran kita yer Uolls.. Pe korang buat malam nan indah ni?? Layan chatbox la tu.. tak pun layan FB.

Op's chat dalam selimut ka?? ..........tet.......

Let's ke segmen mengumpat sambil belajar.. Murid - murid amik tempat masing2 yer.. (kekdah konsep cikgu2 lak ni?!!)

Matilakau ajak murid2 tahfiz mengumpat. Mampus kena rotan ngan ustaz depa kang

Pompuan + Gosip + Berpuak + Gaduh.. Sinonim kan?? Bukan aku cakap aku ni jantan or pondan or kunsa. Aku pun pompuan tapi alkisahnya pompuan2 kat opis aku ni.. (bukan dari admin dept yer). Akak2 sales advisor punya kisah la ni. Dulu masa mula aku keja.. tak ramai wanita2 kat sini. Sales advisor pompuan cuma sorang jer akak ..tut.. (nama tak di luluskan disini yer). Termasuk aku ngan sorang lagi akak kt admin dept.. cuma ada 3 org je jelitawan.. tapi akibat bos aku yang tetiba jer rasa takde pemandangan indah kat showroom tu, maka dia open la jawatan kosong untuk female sales advisor. Maka berduyun2 la.. adik2, akak2, makcik2 ni datang apply... disitulah bermula semua kisah untuk segmen kita mengumpat sambil belajar.

Calon2 temuduga yang kena reject dengan alasan kekeliruan jantina.. *sekadar hiasan

Dari awal sales2 advisor tu join.. macam2 masalah aku tengok. Ya.. betul! Gaduh.. ada je benda dorang nak gaduhkan. Tapi jenis set2 mengata belakang ni takde la sampai tarik2 rambut or guling2 atas lantai. Tapi memang merimaskan sebab telinga aku ni tumpang la terdengar umpatan2 dorang. Yang best kat ofis dah macam kaunter mengumpat. Segala mak nenek dorang cerita. Yang best tu.. tak kira pendakwaraya or yang di dakwa masing2 datang kat ofis buat port mengumpat.

*Berani ko rampas Si Tua kutuk kaya tu dari aku yer..
*Ahh.. dia yang datang kat aku sebab betis aku takde bulu yang curly cam ko!

Op's jangan silap.. aku tak campur or jarang2 skali nak menyampuk hal gaduh makcik2 tu.. Sebab dorang menjadikan ofic tempat mengumpat, so secara tak langsung aku dengar la setiap gosip bila dorang mulakan sesi bergosip.

Kalau dah depan idung depa dok mengumpat.. taknak dengar pun confirm terdengar gak kan??

Kadang2 aku pelik.. Yelah mula2 aku tengok rapat kemain. Macam kalau boleh laki pun dorang nak kongsi. Kalau berkumpul tu kemain gurau senda sampai bos dok tercegat kat belakang pun tak sedar. Bila sebab hal kecik jer.. Bagai nak rak mengata sesama sendiri. Si tepung talam 2 wajah time tu la main peranan sebagai insan mulia kononnya.

Masa baik sampai nak comolot tapi bila gaduh masing2 bawak mulut.. so, how??

Bukan la nak menjatuhkan kaum sendiri tapi itulah hakikat.. Bekerja dikalangan ramai staff perempuan ni takde lain isu gaduh mesti timbul berbanding dengan staff lelaki walau dorang pun tak terkecuali penyumbang pada masalah tapi bukan la isu macam pompuan. At Least takde la rimas sangat aku asyik dengar gosip jer.. Bukan la aku tak bergosip tapi takde la dalam kumpulan camtu. Ada la orang yang aku rasa bleh jadi partner gosip aku & pastikan isu yang berbangkit tak berjangkit ke telinga orang yang tak sepatutnya sampai jadi huru hara.

semestinya gosip partner aku yang paling rapat

Macam kat blog ni.. Banyak isu mengumpat kat sini tapi aku pastikan tiada nama sesapa yang aku tulis. Just berkongsi cerita & pandangan jer.. Takpe kan Uolls. So, pada akak2 tu udah2 le tu yer. Khoje la kome bebaik.. Hal remeh temeh tu kome campak je dalam mangkuk tandas pastu pam.. bior indah water jer settle kan. Gaduh2 pun tak kemana.. pi mai pi mai.. masing2 dok tengok muka masing2 gak nanti.

Ops.. jumpa ko lagi.. sik baik ko ensem

Okies la Uolls.. dah kontot jari aku dok menaip umpatan ni.. Dosa dah tentu, Untungnya tak tau lagi. Yang nak membongkang sila la terbongkang yer.. Nite Uolls.. Have a nice dream.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com