STATEMENT NOH HUJAN ISU 'Noh Hujan Kata Awek Unisel Tak Cun & Busuk'

5/31/2010 12:37:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Bila baca statement2 Noh hujan terhadap isu "Noh Hujan Kata Awek Unisel Tak Cun & Busuk" Memang agak kerek la.. Katanya bergurau.. Hello bang!! Ko tu artis bergurau pun tengok la kiri kanan dulu..

Di akui muka beliau memang cute

Ni antara statement2 yang aku rasa tak bleh blah dari Noh.. (Di cedok dari http://www.izyan.com/2010/05/noh-hujan-kata-awek-unisel-tak-cun-dan.html )

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain. Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri, Raingers pun gelak bila dengar isu ini. Orang dah tahu Noh macam mana. Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh. Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya. Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.”

** Komen aku pada statement ni senang jer.. Tak semua orang tau awak tu jenis bergurau camtu. Awak tu artis & ramai peminat. Tak semua orang boleh bergurau camtu. Lumrah la ada yang sensitif.. So, awak sepatutnya berhati hati.. Kadang2 orang tak boleh terima gurauan bersifat fizikal camtu. Tanpa peminat, siapa la Noh Hujan (Ingat ayat keramat tu yer..)

“Saya boleh minta maaf tapi itupun sebelum dia keluar dekat televisyen. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf. Jika mereka datang jumpa Noh, Noh akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa Noh,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar kampus terbabit. Lebih baik saya buat kerja kat studio dari layan benda macam ni. Saya buat kerja saya je. Biarlah orang menilai saya. Ada masa kita boleh balas, ada masa tak payah. Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik" kata Noh. -Gua

** Hello bro.. Yang salah awak. So bila dah tau orang terasa hati dengan gurauan awak yang tak bertempat tu, ringan2 kan la mulut gi minta maaf. Takkan awak salah orang lain lak nak datang mengadap awak untuk dengar permohonan maaf awak. Maybe sebelum awak tak tahu & sekarang dah tahu. Simple jer.. minta maaf itu yang dorang nak. Memang awak bukan ahli politik tapi awak tetap di kenali & perlukan peminat untuk segala aktiviti seni awak.. Tanpa dorang awak tak kemana tau.

Tanpa mereka2 itu anda tidak akan menjulang apa2 award.. jadi hargai la

Apapun tak salah merendah diri, beralah & minta maaf walaupun untuk seorang peminat. Hargailah mereka yang menyokong anda selama ni. Mungkin bagi orang yang biasa dengan Noh sudah faham cara lawak Noh, tapi bagi orang yang tak biasa & sensitif mereka anggap agak biadap. So, salah bagi saya tetap Noh sebab menganggap semua orang memahami cara bergurau dia padahal.. (lihat sendiri apa yang berlaku). Bergurau biar kena pada tempat & cara. So, lu pikir la sendiri (Bak kata Nabil).

Tak bleh pk.. minta tulung bro kat atas tolong pk yer

So pada anda di luar sana.. mari lah kita sama2 tolong pikir untuk En Noh ni samada perlu or tak dia meminta maaf pada penuntut Unisel.

Datang anda bersambut riang, kenapa pergi meninggal luka terpendam

4 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com