SEKADAR UPDATE

6/11/2010 10:54:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Wah.. agak berhabuk blog aku. Rasa lama sangat tinggalkan dia kesepian. Sekarang tiba masanya untuk aktifkan jari semula.

Majlis semua dah selesai.. Umah semua pun dah kemas. No more raja sehari.. Time memulakan rutin harian sebagai bini orang. Pun begitu aku masih lagi menikmati sisa2 cuti sebelum balik melihat meja aku yang confirm berselerak dengan file2. File2 yang bersepah kat meja aku tu bukanlah kiasan kepada betapa banyaknya keja menanti kepulangan aku kat opis tapi.. Manusia itu yang kalau guna or cari apa2 kat meja aku memang akan sepah. Kalau takde respek harta benda orang memang camtu. Tapi meja dia pun dah macam sarang tikus.. maybe dia jenis selesa bekerja dalam keadaan bersepah kot.

Bila bercuti panjang camni.. mula la virus2 malas nak masuk keja menguasi tubuh. Rasa tenang je kat kampung walau semua adik beradik aku dah balik & start keja. Macam kata pepatah.. "hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri." Macam hilang segala masalah bila balik ke tempat sendiri.

Sebenarnya apa ekk aku nak story kat sini?? Nak cerita sal majlis kawen aku?? Semuanya berjalan lancar. Takde apa2 masalah besar yang berlaku. Alhamdulillah.. cuma sesekali ingatan berpaut pada Arwah Ayah. Bukan aku tak percaya qada & qadar tapi sebagai manusia perasaan terkilan tu ada. Inilah kali pertama majlis kawen di adakan di rumah aku. Ayah pergi tak sempat merasa semua tu.

kemengantukkan sudah.. So, Uolls.. jom baring dengan gaya bebas sambil mengira semut sebelum tido. Nite

Semoga berkekalan hendaknya.. Amin

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com