myMetro | SMS Memey kejutkan Abby

7/12/2010 10:43:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

SMS Memey kejutkan Abby
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/07/12

“TOLONG jangan atur hidup saya kerana saya lebih tahu apa yang baik untuk diri saya dan anak-anak,” kata Abby Abadi, 32, kepada Memey yang baru-baru ini mengirim SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepadanya yang mahu pelakon itu berbaik semula dengan bekas suaminya, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 34.

pix_topright

Abby atau nama sebenar, Arbaieyah Abdul Manan yang sememangnya tidak mahu lagi mengambil tahu apa yang berlaku terhadap mereka berdua terasa pelik kenapa Memey atau nama penuhnya, Suhaiza Suhaimi, 22, tiba-tiba cuba mengatur hidupnya pula.

Bagaimanapun kata Abby, dia tidak terkejut dengan kiriman SMS itu cuma terfikir kenapa baru sekarang dia memikirkan mengenai dia dan anak-anaknya.

“Apapun saya terima setiap apa yang berlaku seadanya saja. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya tak tahulah apa yang berlaku pada hubungan mereka sekarang kerana selama ini daripada cara mereka bercerita pada media, nampak macam pasangan kekasih yang bahagia.

“Pun begitu, saya juga tidak terkejut andai kata mereka sudah berpisah tetapi jangan memandai hendak mencampuri urusan hidup saya. Atau mungkin Memey mengirim SMS itu semata-mata untuk menarik perhatian saya.

“Tak kuasa hendak mengambil tahu hal mereka berdua lagi. Selepas hampir dua tahun kembali bersendirian, saya semakin tenang dan tawaran berlakon pun sentiasa ada. Menjelang Syawal ini saya juga bercadang menjual kuih raya.

“Saya sangat bersyukur dengan situasi sekarang dan anak pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada ibu bapa mereka. Selepas bercerai, Norman juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan baik dan bila-bila masa dia boleh datang ke rumah berjumpa anaknya,” katanya.

Menerusi perkahwinannya dengan Norman, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.
Cerita Abby, Danish dan Dania sempat bermanja dengan Norman, tetapi Danisha tidak sempat merasa sepenuhnya belaian kasih daripada papanya.

“Memang Norman selalu datang ke rumah menjenguk anaknya, tetapi dia tidak boleh bermalam macam dulu. Ketika rumah tangga kami sedang aman bahagia, Danish dan Dania selalu tidur dengan papa mereka. Tetapi Danisha tidak dapat merasai suasana itu. Kasihan juga saya melihatnya tetapi sejak bayi, Danisha anak yang baik dan jarang meragam.

“Apabila papanya datang ke rumah, saya tengok Danisha cukup suka dan dia terlompat-lompat menyambut kedatangan papanya. Saya pun tiada niat untuk memisahkan hubungan mereka anak beranak. Perpisahan itu hanya berlaku antara saya dengan Norman namun hubungan anak dengan bapa biarlah berkekalan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, Abby juga bercerita Norman ada memberi petanda kepadanya agar mereka berbaik semula tetapi buat masa ini Abby tidak bersedia untuk kembali ke pangkuan bekas suaminya itu.

“Pernah juga dia mengajak saya keluar tetapi tidak pernah sekali pun saya melayan permintaannya. Bagaimanapun, kemarahan saya padanya sudah reda berbanding dulu. Iyalah, siapa yang tidak marah apabila suami buat perangai sehingga mengabaikan rumah tangga. Begitu pun, saya juga bukan seorang wanita yang sempurna

“Norman lelaki dan bapa yang baik cuma sebagai manusia, pasti ada kekurangannya yang ada kala sukar untuk kita mengawal diri sendiri. Saya ingat lagi cerita dua tahun lalu iaitu ketika saya pergi berjumpa Norman di lokasi penggambaran Gerak Khas di Wangsa Maju yang disertai ramai wartawan.

“Ramai menuduh saya menyerangnya di lokasi penggambaran tetapi sebenarnya saya pergi mencarinya untuk menyelesaikan masalah kami. Waktu itu saya sangat marah dan geram dengan apa yang dia lakukan pada saya. Tetapi sekarang hati saya lebih tenteram dan tiada lagi dendam di hati ini. Harapnya selepas ini semuanya berjalan dengan baik.

“Apa yang dapat saya katakan sekarang, sebagai wanita yang pernah bersuami dan kini kembali solo, saya tidak nafikan sunyi apabila terpaksa menjalani hidup bersendirian. Saya perlukan teman untuk mengisi kekosongan hati ini,” katanya.

Menyentuh lebih mendalam mengenai perkara itu, Abby mengakui sejak mengenali model dan pelakon baru, Zulkifli Ariffin (Zul), 24, ketika mereka berlakon bersama dalam drama bersiri Apa Itu Cinta, mereka rapat sehingga kini.

“Buat masa ini Zul antara rakan lelaki yang rapat dengan saya cuma saya tidak mahu bercerita mengenai hubungan ini kerana tiada yang menarik untuk dikongsi bersama. Dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu mencari yang semuanya mengikut kehendak hati kita. Hanya yang mampu kita lakukan minta yang terbaik daripada Allah SWT.

“Walaupun saya perlukan seseorang dalam hidup ini tetapi belum terfikir untuk kembali hidup berdua. Masyarakat sekarang pun semakin bersikap terbuka dan tidak lagi mencemuh mereka yang berstatus janda. Apatah lagi sekarang banyak yang saya perlu buat dan fikirkan, bukan hanya memikirkan mengenai diri sendiri tetapi juga untuk anak,” katanya.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Arbaieyah Abdul Manan
TARIKH LAHIR: Disember 1977
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Bongsu daripada tujuh beradik
ANAK: Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2
KERJAYA NYANYIAN: Anggota asal kumpulan Elite
DUTA: Ribena
DRAMA/TELEFILEM: Gerak Khas, Apa Itu Cinta, Jula Juli Bintang Tiga, Air Mata Buaya dan Ku Mohon
FILEM: Pasrah, Gerak Khas The Movie, Gerak Khas The Movie 2, GK3 dan Sembilu 2005
PROGRAM TV: Roda Impian
TEATER: Lantai T Pinkie

Solekan dan dandanan: AP Temerloh (019-3445429)
Pakaian: Zizi Design, Persiaran Ritchie, Kuala Lumpur (013-3951004)

** Senang2 ko amik laki dia dulu skang ko dah bosan or maybe ko rasa terbeban dengan anak2 dia kalau ko kawen dengan bekas laki dia tu ko suruh dia berbaik dengan laki dia lak yer... Ko sapa?? Nak tunjuk ko angle la lepas ko jadi evil dulu?? Memey.. memang ko kebudakan la buat perangai camtu.**

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com