JENGAH KE DAPUR BERSAMA CHEF LEKAT LEKIT LEKUK

10/15/2010 09:56:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

wah.. dah macam rancangan masakan lak.. Okies Uolls kembali bersiaran dari dapur melekit ku. Aku jarang nak tulis entry pasal masak memasak ni tak bermakna aku seabad skali baru masuk dapur. Takat masak nasik goreng ikan bilis jer tak best lak nak kongsi kan??

Gigih.. demi semangkuk Bihun sup

Dalam beberapa hari lepas dok ngidam ni nak makan bihun sup utara (yang bihunya warna kuning tu). Almaklum la cheq kan orang utara.. So baru hari ni dapat merealisasikan impian aku nak masak bihun sup ayam. Tak yah la kongsi2 resepi sebab resepi aku biasa jer.. Korang search jer. Melambak resepi dok ada kan?? So kejab tadi aku dah masak & siap melantak pun. Meh sini den kongsikan pic Bihun sup den yang tak bapa cantik. (nak buat camna den memang tak pandai nak hias makanan ni)

Konon2 edit nak bagi nampak sedap & cantik la tapi tak jugak

Bihun sup aku takde la sehebat bihun sup yang arwah ayah masak. Kat mana pun aku pergi, tetap Bihun sup arwah ayah takde tandingannya. Ayah memang pandai masak. Dia pun selalu masak kat majlis2 kawen kat kampung. Tiap2 kali raya menu utama di hari raya umah aku mesti bihun sup. Dan setiap kali raya sedara mara yang datang mesti takkan lepaskan peluang makan bihun sup ayah. Semua cakap bihun sup ayah memang sedap.Tapi sejak Ayah meninggal.. Takde lagi Bihun sup di pagi raya. Macam raya puasa lepas.. Sebenarnya aku rindukan ayah sebab tu ngidam nak makan bihun sup tu. Setiap kali menulis pasal Ayah.. pasti di iringi airmata. Tuhan saja yang tahu betapa aku merindunya. Moga Tuhan menempatkan Ayah di kalangan hambaNya yang beriman. Gonna Miss U forever Ayah. Al - Fatihah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com