KERJA SAMBILAN DI RUMAH

10/01/2010 08:25:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Bleh caya ker?? Jurutaip iklan.. data.. & sebagainya yang dilakukan kat umah. Kang penat jari dok menaip sampai kontot alih2 habuk pun takde. Nak2 lagi payment semua melalui bank in jer.. Risau jugak nak bagi acc no. Yelah zaman serba canggih manggih ni.. manusia semua terer2 belaka. hack sana sini.. kang side income yang di harap.. saki baki sen dalam acc tu lak di kebas. Op's sebab dah ada kes camni la aku sebut.

Model2 muka mat saleh jer.. leh caya ker??

Intro mukadimah untuk entry kali ni. Memandangkan aku penganggur merangkap suri rumah junior dok cari2 gak apa2 yang bleh aku buat. Lebih2 lagi yang bleh di jadikan side income sambil2 cari keja. Banyak iklan pasal keja di rumah ni. Tapi nak mendaftar risau lak aku. Memang la bayaran pendahuluan untuk join takde la beratus2 30-40 ringgit je tapi yang risau nak bagi maklumat peribadi seperti nama penuh, ic no, acc no bagai tu. Buatnya semua tu auta..sapa yang melopong???

Sendiri yang melopong la jawabnya

Nak tanya semua yang melagut kat blog ni... Agak2 keja kat umah yang di iklankan tu bleh ke di percayai?? Apa tips2 kalau kita nak tau company yang mengiklankan tu benar2 wujud & sah?? Teringin juga nak buat keja2 perkeranian kat umah ni tapi takut lak nak daftar sebab tak tau camna nak sahkan benda tu betul2 tak tipu.

Yang sah sahaja!

Dunia skang ni lebih banyak penipuan dari yang jujur. Usahkan orang luar.. orang yang kita kenal & rapat pun kadang2 tak bleh percaya. Nak berserah jer bulat2 tak bleh gak. Hidup bukan boleh bergantung pada nasib jer. Kita yang kena ubah nasib, kan??

Asyik dok berserah pada takdir jer.. nasi pun takkan masuk ke mulut kalau tak di suapkan

So pada Uolls yang mana tau tentang kerja2 sambilan di rumah ni.. info2 la den. Yang betul2 sah & wujud jer. Tak mau yang kelentong2 punya. Okies!

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com