AKU SEORANG PENJENAYAH

12/05/2010 12:40:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Tu dia.. terkebil - kebil bijik mata.. terlopong mulut punya lama sampai labah2 buat sarang ingat pintu gua mana.. Mula la tu menggigil.. Op's apsal lantai basah lak?? Wah tahap ketakutan melampaui batasan ni.. Rilex.. Janji aku korang akan selamat di rumah masing - masing.. I mean selamat dari sebarang gangguan dari aku la.. Orang lain tak berani nak bagi jaminan..

walaupun story ni rasa aku dah pernah kongsi tak lama dulu.. tapi memandangkan aku dah ramai kawan baru kat sini.. lagipun nak search entry2 lama memang susah kan?? aku pun tak ingat dah tajuk apa.. Erkk... korang bosan baca mukadimah panjang - panjang ekk?? Nak tau jenayah apa yang aku lakukan?? Sabar yer.. aku tengah semak rekod polis.. kekekekekeke.. tapi malangnya takde sebarang rekod jenayah aku kat sana.. Rekod jenayah aku cuma dalam secubit kenangan semusim lalu.. kisah bermula pada satu petang...

*Gambar hiasan semata mata..*

Time tu rasanya aku baru 4 tahun.. empat tahun beb!! Dah jadi penjenayah.. Kisahnya pada satu petang yang amat damai sekali. Aku & akak aku yang tua cuma setahun dari aku melepak2 kat atas umah Tok aku. Time tu Tok aku tengah baring - baring. Masa tu dia dah uzur.. pergerakkan dia pun tak selincah mana lagi. Jalan pun tak selaju lipas kudung.. Tok aku ni isap rokok daun.. Biasa la orang tua - tua kan?? So, disisi tilam dia ada rokok daun, tembakau & mancis la.. Zaman tu tak popular lagi lighter.. tapi memang dah wujud la benda alah tu. Alah orang kampung zaman 80an kan??

Mancis ni la yang di gunakan dalam acara buat magic tu

Benda ni terjadi pada mulanya akak aku nak buat magic.. konon magic la sangat!! Dia nyalakan mancis.. pastu biar terbakar sampai ujung. Camna dia buat?? Masa nak dekat sampai jari dia.. di pegang kat tempat yang dah di bakar & terpadam api tu.. then yang belum terbakar dengan bangganya abis hangus la. Wah.. magic aku rasa time tu!! Aku pun nak juga buat magic camtu.. Aku pun nyalakan mancis macam akak aku buat tapi tak tau nak handle bila dia dah sampai dekat dengan jari aku. Bila dah terasa terbakar jari aku lepaskan.. jatuh atas tilam.. mula terbakar.. Yang best akak aku amik bantal letak atas api.. Makin terbakar.. makin terbakar dan terus terbakar. Aku tak ingat lak Tok aku mana hilang masa kitorang main2 api tu.. sebab mula2 lepak dengan dia. Yelah.. empat tahun memori samar - samar lagi.. Bila api mula marak.. berdesup akak aku lari balik umah tinggal aku sorang2 dalam rumah terbakar. Mak aku cakap akak aku balik terus masuk bilik tido senyap tak cakap apa..... sambung perenggan lain lak!

Hangus terbakar.. (sila baca dalam nada lagu anggapan mu Ziana Zain)

Then bila api mula bakar tiang2 kayu & alang2 tu.. aku still boleh ingat aku nampak rumah terbakar.. sebelum aku di selamatkan ntah sapa.. aku time tu dah meraung tak tau nak buat apa.. Hangus beb umah Tok aku. Nasib Tok aku ngan aku tak hangus. Lepas tu aku dah tak ingat dah... Rupa rumah yang hangus pun aku tak boleh nak ingat. Yang aku ingat aku main mancis pastu tilam terbakar, akak aku amik bantal tutup api.. pastu akak aku lari.. aku nampak api dalam umah.. aku nangis.. then ada orang dukung aku bawak kuar.. itu je yang sempat aku save dalam memori.

Setakat tu je mampu aku ingat.. *Gambar sekadar hiasan..*

Itulah jenayah yang terbesar aku pernah buat dalam hidup aku.. Tapi di rumah itu juga aku membesar.. sebab masa aku umur tujuh tahun, aku berpindah tinggal dengan makcik aku yang amat sayang kat aku sampai umur aku 15 tahun hak penjagaan di rampas kembali sebab aku semakin nakal. kekekekeke.. Taklah situasinya sekejam tu.. Masa umur aku 15 tahun anak tunggal makcik aku iatu abang aku kawen.. So, dia dah ada bini, then aku rasa ada orang temankan makcik aku.. Lagipun abang aku dah kawen rasa segan nak tinggal sekali. Macam jauh je umah aku dengan umah makcik aku kan?? Alah tak jauh mana.. seberang jalan jer.. Tapi aku memang rapat dengan makcik sejak kecik sampai sekarang pun. Makcik aku single mother.. Family aku memang dah dari dulu rapat sangat dengan family makcik berbanding sedara mara lain. Makcik kakak pada Arwah Ayah. Arwah ayah anak bongsu.

Itulah memori jenayah aku masa zaman kanak - kanak.. Aku memang budak yang sangat aktif & nakal.. Kuat mengenakan kawan - kawan masa balik mengaji. Jadi hantu la.. sorokkan selipar orang.. ponteng kelas taujid.. Tapi masa Malulidur Rasul aku jadi Vokalis Nasyid lak.. & terpilih untuk membaca sebuah syarahan yang di karang oleh Arwah Ayah sendiri..Tak caye?? Meh aku buktikan...

Ni je yang ada.. gambar penuh ntah mana aku letak.. Dalam album buruk kat kampung ada la

well.. Imbauan ini membuatkan aku rindu sangat pada semua yang pernah ada dalam hidup aku.. Arwah Ayah, mak, makcik, kakak & adik, Siti (kawan baik aku) & semua kawan - kawan aku di zaman riang ria ribena dulu. Majoriti semua dah beranak pinak.. Tinggal aku jer yang tak beranak lagi. Rezeki belum ada. Katakan RINDU pada semua.

1 comment:

  1. hehe.. ada memori jenayah ye.. dni ada memori jenayah cmana lak eyy... jap2 nak ingat balik :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com