APA KELEBIHAN SAMBUTAN RAYA UMAT ISLAM BERBANDING AGAMA LAIN??

11/05/2010 06:25:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Tajuk bertemakan soalan.. Cuba teka?? Apa keistimewaan sambutan raya bagi umat islam jika di bandingkan dengan perayaan bagi penganut - penganut agama lain??

A. Sebab duit raya (salah.. sebab raya apapun semua ada bagi duit raya)
B. Baju raya (salah.. semua bangsa yang meraikan perayaan pun ada baju raya)
C. kuih raya (salah.. sebab semua perayaaan pun akan di hidangkan dengan kuih muih versi raya)
D. Mercun/bunga api (salah.. bila time raya tak kira tahun baru cina ker, raya puasa/raya haji, depavali,chrismas or sebagainya mesti ada letupan bunga api/mercun)
E. Puasa /korban (juga salah.. ada agama lain juga melakukannya.. tapi mengikut adat & kepercayaan masing - masing la)
F. Balik kampung (salah!! Sebab kalau kat Malaysia ni apa jenis raya pun pasti kampung halaman menjadi destinasi)
G. Pasang Pelita (salah.. masih ada penganut agama lain juga melakukannya)
H.Sembahyang raya (Pun salah!! Sebabnya penganut agama lain pun akan melakukan sembahyang bila tiba hari perayaan mereka)
I. Bermaaf - maafan (juga salah.. sebab bangsa lain pun rasanya ada melakukan benda yang sama pada hari perayaan cuma lain skit la caranya)

Abis tu apa yang betul?? Apa yang istimewanya hari raya bagi umat Islam berbanding agama lain kat Malaysia ni?? Jawapannya.... Drumm pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Makaseh drummer


Jawapannya ialah.....................................................................










Tengok anak bulan & Pengumuman tarikh hari raya kat Tv

Raya lain ada ke camni?? Takde kan?? kekekekekekeke... So pada penganut2 agama hindu tak kira siapapun anda.. Selamat Hari Depavali.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com