BERGUMBIRA DENGAN APA ADANYA

11/11/2010 09:55:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Mari kita.. Mari kita.. Mari kita tepuk tangan sama - sama.. Bergoyang kaki sambil langkah kanan kiri.. Goyang badan, Goyang pinggul.. Hip.. hip.. Horey.. Hip.. hip Horey.. Bergembiraaa... sama - sama..


Tebiat ke hapa aku ni?? Dah takde idea la tu nak update entry!! Op's jangan serkap jarang.. pastikan serkap tu jaring halus baru boleh menjerat. Alahai.. nak joget skit pun tak boleh. Kenapa aku taip lirik lagu arwahyarham Sudirman ni?? Mesti la ada kena mengena dengan entry yang nak aku tulis ni.

Kita manusia ni terlalu banyak permintaan, rungutan & keluhan.. Jarang bersyukur dengan apa yang ada. Dah di beri sesuatu.. nak lagi sesuatu.. dah banyak nak lagi banyak. Bak kata orang selagi tak tutup mata, kehendak tu takkan abis, Betul tak?? Bagi orang yang tak banyak pilihan.. Menerima apa adanya asalkan terus hidup. Bagi orang yang terlalu banyak pilihan.. sampai dah tak tau nak pilih pulak. Hai.. manusia.. manusia. Tak pernah puas. Nasib orang tak sama.. rezeki kita juga berbeza - beza.. corak kehidupan kita juga berlainan tapi dalam satu landasan.. betul tak?? Bagi aku.. aku tengah belajar untuk menerima apa saja yang aku miliki sekarang. Walau tak sehebat orang lain, tak setanding orang lain, tak sebebas orang lain. Dunia ku sekarang banyak berkurung dalam rumah setelah aku apply jawatan surirumahtangga sepenuh masa. Seminggu  2 3 kali.. or 2 kali.. or sekali tu kuar dengan hubby. Tak kisah la kemana pun even kuar makan dekar area2 umah jer. Dulu.. (sebelum mengenali en hubby) dunia aku memang meriah dengan kawan - kawan. Tak lekat kat umah. Balik keja jer.. ada je aktiviti nak buat. Paling - paling pun lepak dengan member - member.. join gath yang kawan - kawan anjurkan.. merayap, shopping, dating.. segala mak datuk la aktiviti orang bujang ni. Tapi kini dunia ku hanya dengan en hubby, rumah & internet. kawan?? Kawan sekarang hanya di alam maya cyber ni. Tu pun sekarang ni cuma berbalas komen kat blog, or comment2 kat status fb.. No Ym.. No FB chat.. dah makin takde aktiviti berchatting. Nampak bosan jer kan?? Tapi aku cuba terima & cuba bergembira dengan apa adanya. Menulis di blog juga bagi aku kepuasan & buat aku happy.. So, aku cuba bergembira dengan apa yang aku suka & termampu aku buat mengikut keadaan & situasi. Aku tak nak banyak merungut atau mengeluh.. Aku tak miliki kebebasan dulu.. mungkin ada baiknya. Kurang bersosial & bergaul dengan kawan - kawan di luar mampu mengawal pergerakkan, batasan aku dalam pergaulan setelah bergelar seorang isteri. Aku cuba mengawal aktiviti aku bila online. Aku elakkan diri dari terlalu banyak berchatting. Biar la aku spent masa terluang aku dengan membaca & menulis. Sentiasa update dengan isu - isu semasa.. so aku tak ketinggalan apa - apa.  Dunia hujung jari tak buat aku jadi kolot walau berkurung dalam rumah sekalipun. Banyak informasi - informasi yang aku dapat melalui clik. So, aku bersyukur di beri kebebasan untuk online oleh en hubby. At Least.. aku ada aktiviti yang aku suka nak buat disini walau disana aku tak mampu lagi untuk beraktiviti. Aku tetap akan cuba bergembira dengan apa yang aku ada sekarang. Taknak terlalu membebankan diri mempertikaikan itu ini.. orang lain boleh buat tu, aku tak boleh buat ni.. orang tu pegi situ, dengan sinun.. aku cuma disini dengan sidia.. Semua tu membebankan otak. Belajar terima & bersyukur.. ia mengurangkan stress. Betul tak?? Apapun aku masih rindukan kerja. Tengah cari - cari lagi kerja yang sesuai.. Doakan aku dapat kerja yer.. kekekekeke. Taknak keja camtu aritu bertahan 1 1/2 hari je. Gila kena buli..

2 comments:

  1. hmm... elok la tu... ni kire hidup baru la ni... life sebagai puan suri rumah... tahniag sempena gelaran tu...
    apa lagi... jom nulis... jangan malu2 untuk PING entry2 terbaru di Gerila Penulisan Kreatif...

    Kim Salam Hubby ye..

    ReplyDelete
  2. sy kurang malu.. dan selalu ke situ juga

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com