BILA RINDU..

11/20/2010 01:38:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Dah abis blogwalking.. fb swimming lak.. Saya terjah adik bongsu punya Fb tapi aku tak penah add dia pun.. dia pun tak tau FB aku walau dia tau akak dia mesti ada FB punya sebab semua adik beradik aku tau aku jenis gila online dari masa aku di celah ketiak mak lagi..

Dorang jenjalan pi pandai merdeka.. Mak, Kakna, An (adik aku yang no 4), dikyah (adik bongsu). Yang lagi dua.. akak sulung maybe ada aktiviti dia sendiri & jarang nak join, & adik (anak ke 5) dengan hubby dia la sebab dia pun dah kawen & aku anak no 3 kat sini ler.. aku pun dah kawen & memang dah lama bermastautin kat sini sebelum kawen lagi. Yang Si An.. bercuti panjang blom balik segambut. Almaklum la gomen.. cuti banyak. Lama dah tak kuar dengan family.. rindu sangat.. (music intro pun berkumandang.. amik feel lagu Unggu tercipta untukku. Takde kena mengena ngan kisah ni.. tapi melodi dia buat syahdu beb!)

Mak & dikyah
 
Last balik raya puasa cuti panjang lebar.. sebulan dok kampung. Entah bila aku dapat balik kampung lagi pun tak tau.. Malam tadi pun mak ada call bagitau dorang pegi jenjalan kat pandai merdeka. Then apa lagi tengok FB dikyah la.. confirm minah tu ada upload pic punya. Ternyata ramalan ku benar belaka. Sejak ada berukban kat umah.. kemain dia online. Nasib baik maxis ada coverage broadband kat kampung.. harap yang lain.. hurmm.. streamyx je la.

Kakna (tudung grey) & An (tudung hitam)
 
Bila tengok pic2 yang dikyah upload rindu sangat kat semua... Tapi dalam pada masa yang sama aku tenang tengok ada orang bawak mak jalan2. Mak penah call & sebak bila cakap dengan aku dia sunyi sangat sejak Ayah takde.. Takde kawan nak berbual katanya. Aku memang rajin berbual dengan mak & arwah ayah.. Sebab tu Mak or Arwah ayah suka call aku or aku pun kerap call dorang. Dulu masa sebelum kawen.. paling2 pun seminggu sekali aku call borak dengan mak. Semua adik beradik aku tau.. kalau mak or Arwah ayah borak panjang mesti dengan aku. Kalau yang lain dorang maybe tak pandai berbual sangat. Aku kesian mak.. dulu masa Arwah ayah ada mak tak pernah bosan. Sebab setiap minggu ada je tempat2 dorang nak pegi jalan - jalan. Malam - malam pun kerap dorang kuar makan kat luar berdua. Tapi bila Ayah pergi.. Mak dah takde teman nak berjalan - jalan. Sekali sekala anak - anak cuti jer bawak mak pegi jalan - jalan. Masing - masing dah ada komitmen.. Mak paham. Cuma dia sunyi. Aku tak mampu nak temani mak selalu.. Aku sekarang seorang isteri tinggal jauh dari mak. Cuma harap kakna & dikyah jer jaga mak. Sebab dorang still tinggal dengan mak. Apa yang aku mampu layan bila mak call.. dengar rintihan dia.. dengar cerita dia.. dengar pengaduannya dari jauh. Aku tahu mak faham keadaan aku disni... Mak suka sangat kalau aku balik. Macam Arwah ayah jugak.. Kalau tahu aku nak balik.. dah siap plan nak jalan - jalan dengan aku berbanding adik beradik yang lain. Aku memang suka ikut Mak & ayah jalan - jalan bila balik kampung dulu. Walau kadang - kadang aku rasa macam nak rehat.. Tapi aku tahu mak & arwah ayah suka sangat keluar dengan aku. Sebab tu aku ikut. Aku nak dorang rasa gembira. Aku nak tebus balik kesalahan aku yang dulu.. sangat nakal, suka susahkan hati mak & ayah.. suka buat masalah kat sekolah. Aku anak yang banyak menduga kesabaran Mak & ayah.. Alhamdulillah aku berjaya juga menempatkan aku di hati mereka sebagai anak yang mengembirakan sebelum Ayah kembali kepangkuan Ilahi... Aku rindu sangat pada Mak.. Pada Ayah..

.... sorry aku tak mampu menaip lagi....

3 comments:

  1. sis, alfatihah for ur late father
    semoga arwah ditempatkan beliau dlm kalangan org beriman, amin
    tu la, rindu pada yg tiada agak susah utk diubati, apapun hnya doa dpt mengiringi mereka
    so, manfaatkan org yg masih ada
    uiks, tiba2 sedih plak


    rmai sgt adiknya,hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks penaberkala.. kerinduan ni akan berterusan hingga akhir hayat. tiada noktah kasih syg pd mak & ayah

    adik sy ada 3 orang.. saya anak ke 3 dr enama org adik beradik perempuan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com