JALAN DERITA MENUJU BAHAGIA..

11/10/2010 04:08:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Tajuk entry macam sadis jer kan?? Itulah realiti kehidupan.. Takde kehidupan tanpa dugaan. Dan takde orang yang berjaya tak pernah gagal, betul tak??

Mengimbau saat semusim lalu.. Wah berbunga bahasa lak aku, kan?? Erkk.. aku memang bekas pelajar aliran sastera yang minat sastera apa?? Tak pelik la kalau aku bleh berbunga - bunga dalam bahasa. Berlalik pada isu imbauan.. Teringat masa mula - mula berblogging. Wah teruja orang ada blog bleh tulis macam diari.. Segala macam cerita. Tapi camna nak buat blog ni. Aku tak pandai. Dah create blog tak pandai lak post entry. Aku ingat lagi nama minah sorang ni (budak yang aku kenal dari MIRC). Nama dia Nazatulhayat. Sedap kan?? Dia la tolong ajar skit - skit.. pastu yang lain aku belajar sendiri. Dia cuma bagitau basic jer.. Nak masukkan widget semua aku belajar slow2 ala2 kura - kura pulang petang gitiew. Dulu blog aku nak jumpa pengskodeng pun susah.. Sapa la nak jenguk blog melekit ni kan?? Buat kotor jari jer...( ni bukan 1st blog aku, ni blog yang ketiga) Sampai la aku join satu komuniti ni.. Frenzy kalau dulunya nama dia lain. erkk.. lupa dataran lak aku. Kat situ ada ruangan sembang, online radio.. Masa tu aku join untuk berdj. Wah.. kiranya time tu aku macam antara DJ online yang di gemari & mendapat offer dari online2 radio yang lain jugak. Actually itu bukan 1st online radio aku dj.. Yang 1st Warung.. satu komuniti di irc. pastu 2nd & seterusnya aku dah tak ingat sebab aku ni dj bebas dari sebarang contract kan?? So, ikut suka aku la nak dj kat memana pun. Lagipun tak bergaji.. Just suka suki.. Bila aku join frenzy.. Aku jadikan blog aku sebagai satu ruangan untuk menulis tentang aktiviti aku di frenzy.. Time tu ada la skit2 manusia sudi clik ke blog aku.. Yelah.. blog dj kan?? Kebanyakkan dorang dari komuniti frenzy.. Tapi takde la macam sekarang.. Kadang - kadang 1 hari dalam 10 orang jer.. nak dapat satu comment pun susah apatah lagi berpuluh comment pada entry aku tu. It's ok.. Sebab aku tak penah kisahkan sangat tentang tu. Aku jenis kalau aku suka buat something tu aku buat jer..  Itu aktiviti aku sebelum bergelar bini orang. Lepas bergelar bini orang aku seakan bersara terus dari online radio walau hati ni nak sangat DJ lagi. Sebab bagi aku kepuasan.. Aku kan suka celoteh..

Tu dia.. sampai termuncung2 mulut punya tekun berdj.. Tu antara kelengkapan aku masa dj online radio
 
Bila aku mula menjadi blogger ala2 tegar.. Mula tahu skit skit tentang blog.. Aku berkenalan dengan banyak blog2. Dulu hobi aku baca blog2 akak2 shemale sebab penulisan dorang memang kelakar walau penuh carutan & maki hamun. Kuasa Tuhan menemukan aku dengan blog lyafrina. Betapa kagumnya aku dengan dia. Kekuatan, ketabahan & semangat dia melawan segala dugaan Tuhan padanya buat aku rasa betapa aku bertuah. Dia mengajar aku sesuatu.. Mengajar aku redha dengan ketentuan Tuhan.. Mengajar aku menjadi seorang yang kuat, mengajar aku menjadi seorang yang sabar. Hidup mana tak di duga.. even aku sendiri pun melalui episod dugaan yang agak berat namun aku memilih untuk tidak berkongsi di sini. Ia terlalu peribadi & aku harus menjaga banyak hati disitu. Dari semangat Lya.. Ia bagai memberi aku kekuatan untuk terus bertahan dengan Ujian Tuhan yang hampir - hampir buat aku putus asa. Jalan yang aku lalui saat itu terasa bagai duri - duri yang menikam setiap jejak ku. Namun dari kesabaran.. ketabahan.. dan kekuatan aku berjaya rentasi & kini walau perjalanan bahagia itu terlalu perlahan bergerak namun aku mula merasai nikmatnya sedikit demi sedikit. Disini aku ingin sekali mengucapkan ribuan terima kasih pada Lyafrina. Dia adalah icon aku untuk menjadi seorang yang kuat. Thanks lya...

Lya & family.. Aku suka sangat dengan family lya.. sangat2 bahagia bagi aku
 
Dan kalau dulunya blog ini sangat sepi.. kini aku dapat melihat kemeriahnya.. walau aku masih lagi blogger melukut di tepi tandas awam. Yelah.. nak jadi top blogger bukan senang.. Ingat buat blog dengan satu post je bleh trus gah.. berpusu - pusu orang view.. Mana ada. Jenuh jugak menaip entry sampai kontot jari la.. Tu pun baru di tahap bleh bernafas skit. Blom lagi bleh ketawa terbahak - bahak.. Orang lain dah siap bleh cash cheque nuffnang beribu ribu.. aku lak amount ala - ala tabung ayam yang baru suku isinya. Takpe.. rezeki Tuhan yang bagi. Teruskan usaha.. Insyaallah satu hari aku akan berjaya. Panjang pulak entry kali ni yer.. Okeylah Uolls.. Nak baca akhbar online jab.. kot2 ada cerita best bleh di kupas kupis.. Pada yang sudi bertandang kat blog ni.. nantikan saja kemunculan cik lekit kat blog anda. Pasti datang walau jalan kaki skalipun.

Kini aku mampu tersenyum

3 comments:

  1. hmm..tadi bukak blog k.lya tu..bace time die koma masa pregnant tu..fuhh..kagum2!!!

    ReplyDelete
  2. yup.. dia memang seorang yang cekal. harus la kita slalu jengah blog dia..

    ReplyDelete
  3. I have infer from a only one of the articles on your website in the present circumstances, and I extremely like your line of blogging. I added it to my favorites web age list and resolve be checking stand behind soon. Will check in view my put as ok and fail me know what you think. Thanks.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com