KENA CERAI SEBAB DAH TAK CANTIK

11/18/2010 04:20:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Apa?? Berani kau buat alasan camtu nak ceraikan aku?? Ko pikir ko ensem sangat ker?? Ko pikir skandal baru ko tu sampai kerepot akan cantik ker?? Yang tak cantik ni la dok masak, cuci & jaga kau selama ni sampai tak sempat aku nak picit jerawat kat muka?? Bela, asuh & didik anak - anak ko sampai tak sembat nak calit kaler kat bibir apatah lagi mata. Sampai tak sempat nak sental daki kat badan.. baru berkemban anak dah meraung dalam buaian. Ko apa tau?? Balik umah nak semua siap.. semua kemas.. semua cantik!! Habuk celah frame skit pun ko dah mengamuk. Sekarang ko cakap aku dah tak cantik.. then senang - senang nak ceraikan aku yer.. Ok! Fine.. Pasni aku cantik balik ko jangan nak gila talak!!

Ko Maki sapa tu Puan Lekit?? Ko dah nak kena cerai ke sebab selalu comot kat umah?? Bila masa lak ko ada anak?? Dont panik.. nehi.. nehi... Not Me, ok! Itu sekadar sketsa nak nak intro untuk isu kupas kupis kita hari ni. Tertarik dengan artikel HM online hari ni.. Cerai isteri tidak cantik makin meningkat. Alasan yang terlalu kejam rasanya.. Lelaki senang la. Tak cantik jer ko trus nak buang macam pompuan ni sampah. Masa cantik dulu ko puja puji, peluk cium sampai sesak napas. Bila dah kawen body cutting dah terseliuh skit, muka tak segebu dulu.. Ko buat alasan cari pompuan lain. Sampai bila ko nak mengadap cantik jer?? Dah tu nak suruh bini cantik minta beli lipgloss pun mengelat macam - macam. Nak suruh bini cantik.. Tapi suruh pakai bedak nyonya putih jer.. Nak dapat compact powder miyami jauh skali la. Aduhai.. lelaki!! Korang pun tak selamanya ensem.. Bila dah kawen, perut dah menggunung macam gajah bunting.. pun tetap isteri sayang. Takde pun cakap minta di ceraikan pasal korang dah boroi, muka dah barai.

Mentang - mentang kuasa talak di tangan lelaki.. Ada kelebihan boleh kawen lebih dari satu (mengikut syarat la).. Jangan simply2 yer Uolls nak main nombor talak dengan bini. Banyak lelaki lepas cerai jadi gila talak tengok mak janda melaram. Lagi cantik dari anak dara. Kenapa jadi camtu?? Sebabnya semasa dengan suami dia terikat.. Suami cakap No.. dia tak buat. Tempek bedak skit suami marah, cakap nak menggatal. Minta beli pencuci muka.. suami cakap sabun lux pun bleh cuci apa.so, how?? Camna la nak cantik sipolan tu.. Asyik suruh kuar modal skit nak cantikkan diri kena reject jer application. Jangan salahkan bini 100% kalau comot.. Cuba tanya diri berapa korang peruntukkan kat bini untuk kecantikkan mereka?? Asyik beli beras, beli lauk.. jer kasi makan sampai montel. Yang lain korang rasa tak perlu.. Jangan sesekali nak guna alasan nak cerai sebab bini dah tak cantik!! Ingat.. hari ni korang aniaya bini.. esok lusa korang akan teraniaya lak dengan bini baru. Hidup ni ada hukum karma. Janji Tuhan yang baik di balas pahala.. Yang buruk.. buruk juga padahnya.

Apapun masing - masing memainkan peranan dalam rumahtangga.. ada bini nak cantik suami la tak kasi.. Ada bini suami suka dia berhias tapi dia pulak pemalas. Ada suami yang cukup sempurna isteri di sisi.. Pun tak penah puas hati. Berkahwin bagai mendirikan sebuah masjid.. Jangan runtuhkan masjid dengan alasan kejam begitu sebaliknya cuba atasi dengan jalan yang terbaik. Cantik dimata belum tentu cantik di hati.. Ingatlah para suami.. Jangan mengejami isteri, pembalas Tuhan akan tiba nanti. Doa - doa orang teraniaya.. Insyaallah Tuhan makbulkan. Berpesan kepada semua juga untuk diri sendiri.

6 comments:

  1. yg macam ni pun ade jugak ke? baik kawen dgn batang pisang kalo camtu!

    ReplyDelete
  2. erm..complicated kn isu ni..lelaki mmg sukakan kecantikan..tp bila nk mtk pi spa ke salun ke dia katanya membazir..dia ingt muka yg glam tu bley dtg mcm angin lalu je kut...hehh~ =_=

    ReplyDelete
  3. Cekla.. sbb dia nk botol 100% katanya ada cutting, kalau takat batang pisang dia tak layan.. padahal diri sendiri dah mcm tasik dayang bunting tgk dr jauh

    betul tu y@n@.. igt bleh dtg dlm mimpi ke sgla kecantikkan tu pstu bgn pagi2 Ting! dah cantik

    ReplyDelete
  4. sebab tu la dalam Islam wanita bergelar isteri kena pandai berhias depan suami je.. supaya suami tak cari org lain.. bukan bertabarruj di hadapan bukan muhrim.. dan kalau si suami faham t/jawab di dalam alam rumah tangga,, takkan terfikir untuk berbuat demikian..kerana sedar semua makhluk akan tua, pudar dan mati juga nantinya. juga t/jawab yg akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  5. sebab tu la dalam Islam wanita bergelar isteri kena pandai berhias depan suami je.. supaya suami tak cari org lain.. bukan bertabarruj di hadapan bukan muhrim.. dan kalau si suami faham t/jawab di dalam alam rumah tangga,, takkan terfikir untuk berbuat demikian..kerana sedar semua makhluk akan tua, pudar dan mati juga nantinya. juga t/jawab yg akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com