MARI MENJAWAB TAG SEMPENA CUTI SEKOLAH

11/18/2010 07:07:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Idea!! Ting!! (mentol menyala atas kepala). Nak try buat soalan tag sendiri bleh?? So korang bleh ler jawab & tag kawan - kawan masing- masing yer...

Okey sempena cuti skolah ni.. Meh kita jawab soklan tentang DIRI SAYA SEMASA DI SEKOLAH. Jawab ikut soklan yang di beri k?? Penganjur kena jawab dulu sebelum peserta.. Let's Uolls check it Out!

Nama kamu kat name tag : SURIA (even nama penuh Nursuria tapi memang suka guna nama ringkas)

Berapa tag kamu gantung kat baju or tudung masa skolah : Dua (Satu nametag sekolah, satu lagi nametag pustakawan)

Apa warna uniform sekolah kamu : Masa tingkatan 1 biru putih, tingkatan 2 & 3 baju kuning kain coklat (Sebab pustakawan), Tingkatan 4 & 5 kembali berbaju putih & kain biru sebab tarik diri dari jadi pustakawan.

Selain buku skolah dalam beg kamu ada apa lagi : Wakakakaka.. jangan marah. Ada pewarna kuku, cermin mata warna kuning, Komik, majalah, Kadang - kadang bawak T-shirt & jeans juga.

Gelaran pada cikgu yang kamu bagi : Penguin (Guru PKHEM) Koboi Betina (Guru ERT), HANTU BULU (just cikgu takde pangkat),SETAN PENDEK (Bukan cikgu ngajar aku tapi suka sangat kenakan aku masa skolah).. arghh lupa la. Banyak sangat gelaran aku & kawan - kawan bagi kat cikgu.

Berapa peratus kedatangan kamu di sekolah tiap - tiap tahun : Maybe tak sampai 80%.. hanya 50% jer. Malas gila anak sapa la ni

Anugerah yang pernah kamu dapat di sekolah : Top 10 antara pelajar yang mempunyai masalah disiplin

Gelaran kawan - kawan pada kamu masa sekolah : Budak kecik

Panggilan kawan - kawan baik kamu di sekolah : Azizan.. Member2 aku ni memang jenis panggil nama bapak

Denda yang kamu tak boleh lupakan sampai sekarang : Kena junjung bakul sampah kat tengah tapak perhimpunan tengahari buta sebab kantoi ponteng kelas

Tahap pencapaian akademi kamu di sekolah : Walau nakal, walau malas.. Tapi den maintan B (sederhana)

Apa nama sekolah yang paling kamu sayang : SMKL (cukup la shortform tu) kang memalukan skolah lak

Apa yang paling kamu rindui selepas meninggalkan sekolah kesayangan kamu : Kawan - kawan sepenakalan & cikgu2 yang masih prihatin pada aku walau aku nakal ya amat terutama cikgu kaunseling, Cikgu Zarina.

Kawan - kawan yang wajid jawab soklan tag ni adalah
 
Dah cukup la tu.. tak larat nak tag lagi. Bagi yang tak di tag & ingin jawab amat la di hargai. Selamat menjawab soklan teks.. Panduan hanya memori.. Cuba flasback

6 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com