AKU BUKAN HANG TUAH

12/10/2010 10:13:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Kalau di imbau bali.. (start imbauan menggunakan sephia tone).. Aku bukanlah si Tuah sejak dari kecik lagi. Jarang sangat aku nak dapat bonus.. Yang melibatkan TUAH ni. Kenapa ekk?? Adakah aku di lahirkan sebagai MALANG?? Ooo... No.. No.. Aku tak percaya manusia yang lahir di dunia ni memang dah ada kategori TUAH & MALANG atau SIAL. Berpokok pada Usaha & Kesungguhan.

Tapi bila di renung balik.. Sememangnya aku kurang Bertuah. Dari banyak sudut yang aku lihat tentang diri aku. Pun macam tu aku tak kesali dengan sebagaimana aku di jadikan. Itu Bukan soal Tuah or Malang just mungkin ini dinamakan Perhitungan Hidup, Dugaan & Ujian sebagai seorang manusia yang kerdil Disisi Nya.

Bila contest.. Aku join. Tak pernah menang kecuali yang nuffnang tu jer satu - satu kejayaan aku dapat 2 tiket tengok premier screening Rapunzel. Bila orang cerita pasa BE nuffnang.. Aku terus la sign in nuffnang account.. Yang nampak earning.. 20sen.. 15sen.. 25sen.. je berbaris kat situ. Orang lain baru 3 bulan.. Dah boleh cerita pasal BE.. aku nan-ado lagi nampaknya. Itu Rezeki yer.. Jangan merungut terus berusaha. Bila masuk contest yang blogger lain anjuran.. Yang lebih bersifat cabutan bertuah.. Tak juga blog aku tercabut tuah kat situ. Itupun rezeki jer.. Jangan nak mengeluh.

Adakah entri ni cuba meluahkan rasa sedih?? Adakah aku cuba sampaikan pada semua.. Aku ni MALANG?? Takkkkkkkkkkkkkk!! Just nak bagitau.. Hidup ini lebih advanture bila di duga Dan lebih mencabar jika kita menyahut cabaran dari dugaan itu. Setiap perkara yang berlaku.. akan membuatkan aku berfikir. Dimana silapnya aku?? Aku bukan sempurna.. DENGKI yang aku rasa pada orang lain bukan untuk menjatuhkan.. Tapi membuat aku semakin berjuang. Berjuang untuk ke tahap mereka agar aku boleh sama - sama rasa kepuasan seperti mereka walau perjalanan aku agak bersiku liku berbanding orang lain. Semua orang mengimpikan apa yang dinamakan KEJAYAAN. Takde orang mendoakan KEGAGALAN untuk diri sendiri. Cuma kisah & perjalanan kita tak sama. TUAH & MALANG kita berbeza. Tapi Masing - masing akan tetap melalui JAYA dan GAGAL dari sudut yang berbeza. Mungkin aku GAGAL dari segi ini.. Orang lain BERJAYA tapi mungkin orang itu GAGAL dari sudut yang aku BERJAYA. Tuhan sentiasa ADIL. kan??

10 comments:

  1. semua yg hidup akan menerima dugaan. kesabaran dituntut untuk menempuhi segala dugaan ini

    ReplyDelete
  2. hu3..ape yg di merapu mrapan ni abby..
    apepun..tuah org lain2 kan..
    dengki??he3..cma pom dengi gak ngan
    bloggerz2 lain..(dengi sgt..:P)
    jeles nengok abby dpt ticket pree rapunzel..deqdeq pulok dpt ticket pree narnia..(jeles2)
    BE tu..pelan2 nek beskal..lame2 nnti melekat lekit lah satu kat blog..

    bersyukur sgt walau diri ini tidak sebertuah org lain...hu3..

    ReplyDelete
  3. ishk ishkk ishkkk sian akak kan....
    :(

    ReplyDelete
  4. awak nih, jgn la down, nnti skali datang bdebuk ! tolong share ye heheeeeee

    ReplyDelete
  5. Yup
    jgn mudah mengeluh
    stiap klemahan dan keistimewaan seseorg tidak sama
    aggap sj dugaan semata-mata

    caiyok!

    ReplyDelete
  6. hurmm..jgn mengeluh dear...terus melangkah laju ke depan ok...

    ReplyDelete
  7. Betul, hari ni hari dia, esok lusa hari kita. Tuah dan malang tu bukan kerja kita :)

    Nice blog you have here sis. Salam kenal~


    Redjambu~

    ReplyDelete
  8. As'salam..

    amy dulu pun rasa macam mane awak rasa..tapi awak harus ingat satu je hari tidak akan cerah selamanya kadang kala pasti mendung juga..begitulah kehidupan kita

    ReplyDelete
  9. apapun still lg ada disini.. thanks pd semua pndapat & pandangan

    ReplyDelete
  10. Cik Lekik....akhirnya dah bertuah juga....antara yang bertuah dpt hadiah saguhati utk contest My 15 dari Carl...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com