ANAK YATIM LIMA BERSAUDARA

12/27/2010 11:39:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Bila dah janji kena tunaikan.. Bila dah tengok kena buat review.. Kekekek.. Macam wajib je kan?? Okies ini berkenaan teater yang aku gembar gemburkan semalam. Teater bertajuk Lima Bersaudara. Teater ni teater kanak - kanak yang berkonsepkan teater muzikal. Sebabnya aku tengok banyak lagu selingan dalam setiap babak. So, memang kategori teater muzikal la. Pelakonnya 90 % adalah kanak - kanak yang sangat berbakat & comel - comel belaka. Lebih - lebih lagi watak kuda laut walau takde dialog pun cuma bergerak2 je tetap comel aku tengok adik kecik tu.

Sinopsis dari teater bangsawan lima saudara ni mengisahkan tentang 5 orang kanak - kanak yatim yang terdiri dari 3 orang lelaki & 2 orang perempuan yang di tempatkan di sebuah penginapan Balai Pengajian yang di jaga oleh Tok Guru. Mereka di ajar ilmu kehidupan, persilatan, pengubatan, ilmu agama serta peraturan keturunan di raja sebabnya semua anak - anak yatim ni dari keturunan raja. Ada sorang kanak - kanak yang bernama Nalza yang sangat degil memberontak untuk keluar dari pusat pengajian tersebut. Nalza memang tidak di senangi rakan - rakan yang lain sebab dia nakal & suka cari gaduh. Then tiba satu hari ada 2 beradik kanak - kanak yatim baru menyertai pusat tersebut. Adik perempuan tersebut jatuh sakit akibat terlalu sedih sebab kematian ibu bapanya telah koma.. Lalu Tok guru mengarahkan 3 kanak - kanak lelaki tersebut termasuk abang kepada adik yang sakit tu pergi mencari penawar. Disitulah mereka mula belajar berdikari, bekerjasama & berbaik baik sesama sendiri. Sebenarnya penawar itu takde pun kat luar just Tok Guru nak bagi pengajaran pada dorang untuk belajar tolong menolong antara satu sama lain & berbaik - baik umpama saudara sendiri. Then sepulangnya 3 kanak - kanak lelaki tersebut dengan hampa.. Tok Guru pun berjaya menyembuhkan adik yang sakit tu. Tu la sinopsis melekit aku secara tak formal.

Apapun Gimik masa babak kelima agak menarik bila pelakon memulakan babak di bawah pentas di celah - celah penonton yang ramai. Tarikkan dalam persembahan pula adalah masa persembahan selepas babak pertama iatu tarian dari makcik2 & pakcik2 yang agak otai. Yang bestnya teater kanak - kanak ni adalah pentas yang penuh kalerful & kostum dorang. Lebih - lebih masa babak hidupan laut. Comel - comel belaka budak2 tu. Nak2 lagi kuda laut. Aduhai.. memang cute gila! Persembahan yang agak menarik juga adalah persembahan jenaka pupet dari si kembar seiras dari sabah. Memang kelakar dorang & betul2 seiras.

Apapun tahniah kepada Panggung Bandaraya Kuala Lumpur di atas acara penutup bagi tahun 2010 yang agak menarik. Tahun depan.. Hope teater bangsawan di teruskan. Apapun teater bangsawan sentiasa dapat sambutan ramai.. Buktinya sentiasa penuh panggung kalau teater bangsawan berbanding teater lain. Okies jom aku share gambar - gambar yang sempat aku snap. << Clik untuk melihat gambar>>

Babak pertama

Babak kedua

Babak ketiga

Babak keempat

Babak kelima

Babak keenam

Acara penutup

4 comments:

  1. Owh...Suke tgk teater ke adik sorang ni...Bgs2...Susah nak jumpa generasi muda la ni yang sukakan teater :)

    ReplyDelete
  2. bila hati dh terpaut lautan kereta snggup di redah.. kekekekeke. Memang suka sangat

    ReplyDelete
  3. xpnah lagi tengok teater.tp teringin..cume xde org nak bawakkan.hee

    ReplyDelete
  4. kalau kt kl.. blh check kat taman budaya atau DBKL.. sbb kat situ kerap ada teater

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com