ANDAI AKU ...
- Nyatakan pengarah filem malaysia dan luar negara yang anda minat ... Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad,Garry Marshall, James Cameron
- Nyatakan filem malaysia dan luar negara yang telah anda tonton berkali kali .. Puteri Impian, Sepet, Titanic, Princess Diary, Layar Lara
- Kenapa mereka menjadi pilihan anda ? Kreatif, Filem Yang Berkualiti & Jalan cerita yang bagus & Perjalanan Cerita yang menarik
- Jika anda seorang pengarah filem dan diberi budget yg besar untuk mengarahkan sebuah filem , filem yang bagaimanakah yang ingin anda bikin .. Filem yang bertemakan Persahabatan.. Tidak hanya menampilkan watak - watak seorang kawan/teman/sahabat yang setia.. Malah merangkumi semua jenis kawan/sahabat/teman yang ada dalam kehidupan kita. Lepas tu.. Lepas tu di selitkan dengan semua benda yang berkaitan dalam dunia persahabatan ni tak kira gejala sosial.. Arghh.. lebih kurang camtu la. Satu lagi nak buat satu filem fantasi ala - ala dogeng imaginasi aku masa kecik dulu.. Yang suka berangan jadi Puteri.. Cerita kehidupan kayangan tapi di masukkan juga unsur - unsur moden dalam pergolakkan kehidupan makhluk kayangan.. Yang penting semuanya bertemakan Fantasi.. seperti kenderaan, pakaian, peralatan.. Permandangan.. Huhuhuhu.. terberangan sudah. Susah nak gambarkan dalam kata - kata ni.
- Ceritakan serba sedikit (sinopsisi ) filem anda itu .. Okey.. Aku pilih Filem yang bertemakan persahabatan dimana pernah aku karang jadi cerpen. Kisah ini berkisahkan seorang sahabat yang begitu setia pada janjinya. Bermulanya konflik kisah ini apabila watak seorang sahabat yang baik.. Di tangkap khalwat dengan kekasih sahabatnya. Kejadian ini di rancang oleh seorang lelaki jahat yang meminati si sahabat yang cantik tapi malangnya si cantik dah berpunya. Yang menjadi mangsa adalah sahabat yang baik walau kurang cantik. Dia melalui kehidupan yang sangat di duga apabila menjadi mangsa keadaan. Sahabat yang baik ni di tuduh merampas kekasih sahabat yang cantik.. Dan pada masa yang sama sahabat yang baik di paksa berkahwin dengan kekasih sahabat yang cantik untuk menutup malu. Terpaksa melalui alam perkahwinan yang cukup menduga apabila sentiasa di keji & di cemuh oleh suaminya sendiri. Tidak pernah di sentuh sepanjang perkahwinan. Lalu satu perjanjian di buat bagi membuktikan dia bukan seorang sahabat yang menikam sahabatnya sendiri. Sahabat yang baik telah berjanji dengan sahabat yang cantik hanya akan bersuamikan kekasih sahabat cantik sepanjang semester terakhir di kolej. Tamat sahaja pengajian maka secara automatik mereka akan bercerai. Si sahabat cantik & si suami ceria dengan perjanjian itu. Namun segalanya berubah.. Bila tiba waktu di janjikan si suami mula berubah hati.. Namun kerana janji persahabatan si sahabat baik memilih untuk tidak memungkiri janji mereka namun perjanjian itu tidak berjaya menyatukan kembali sahabat cantik dengan kekasihnya. Masing - masing terus memilih haluan sendiri. Si sahabat cantik terus mengariskan si sahabat baik sebagai pengkhianat.. Si Suami pula rajuk membaca diri merantau ke negara orang & si sahabat baik masih menanti kalau - kalau jodohnya masih ada bersama bekas kekasih sahabat cantik.
- Ok... siapakah yang bakal anda pilih untuk menjadi hero dan heroin serta penjahat dalam filem anda itu .. Hero : Farahin Ahmad Heroin 1 : Baizura Kahar Heroin 2 : Fazura Watak Jahat : Zul Huzaimi
- Lokasi pengambaraan filem anda tersebu ... Mana - mana jer.. Janji ada kolej.. Ada kampung.. Ada Bandar.. (Mesti ada 3 tempat ni)
- Sasaran kutipan .. erkk... 40 Juta (mampus la kena keji nanti).. Cukup la sekadar 2 Juta (bleh juta filem camni)
- APakah anda perlukan pelakon antarabangsa dalam filem anda itu ? Jika ya , siapa ? Tidak
- Tajuk FILEM anda tu .. JANJI SAHABAT
- Pendapat anda , apakah filem negara kita semakin menunjukkan peningkatan atau sebaliknya ? Jelaskan tidak lebih 100 patah perkataan .. Filem Malaysia sedikit yang berkualiti dari jumlah kuantiti yang banyak. Kebanyakkan Penerbit Filem hanya lebih mementingkan keuntungan dari menghasil atau mengeluarkan filem - filem yang mampu orang bertepuk tangan setelah tamat ceritanya di panggung (macam filem transformer pernah aku tengok dulu). Kebanyakkan filem Malaysia cuma memeriahkan pawagam tempatan.. Hanya meriah dengan filem sampah. Hanya segelintir pengarah seperti Aziz M Osman, Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki yang kreatif & berjaya menghasilkan filem yang bagus & penuh moral - moral yang baik. Kebanyakkan filem tempatan sekarang.. Menggunakan tiang letrik yang gah pada kontroversi, yang di touch up cantik2 tapi beraksi macam tiang yang boleh gerak & bercakap tanpa bakat yang secukupnya. Lebih - lebih lagi filem yang mengambil kesempatan atas kepopulariti artis segera yang lahir dari program realiti nyanyian. . Bagi kontroversi pastu bila orang kenal.. Amik berlakon. Kadang - kadang aku sendiri takut nak tengok filem Tempatan ni.. Takut tak berbaloi nak bayar harga tiket tu.. Alih - alih aku buat filem sendiri dalam panggung (zzzzz). Kecuali jika pengarahnya yang dah terbukti dengan filem - filemnya sebelum ini yang tak menghampakan. Satu lagi Filem Malaysia terlalu banyak mensenduk idea dari filem luar.. Contoh paling Jelas KULIAH CNITA.. dah lama filem ni. Memang totally sampah yang menampilkan erra fazira & yusri untuk mengaburi mata penonton untuk pergi tengok. Baik aku tengok kuch kuch hotai.. Dah tau Original cerita tu dari situ.Peningkatan cuma dari jumlah filem yang keluar setiap tahun tapi kualiti rasanya Zaman Filem P. Ramlee lebih ada kualiti berbanding filem sekarang.
mamat dah join...jom singgah..
ReplyDeletememang bole jadi pengarah yg hebat nie:D siap kritik lagi.. wah.. andai pu3 pengarah filem jom bace kat sini pula http://ainblogger.blogspot.com/2010/12/andai-aku.html
ReplyDeleteandai aku,, punya crita...
ReplyDeletehttp://munirahizzan.blogspot.com/2010/12/segmen-andai-aku.html
jalan cerita awk best gler la, mesti interesting kalau jd filem nnti..hehe,
ReplyDeletesalam ziarah dr blog BA :D
jalan cerita awk best gler la, mesti interesting kalau jd filem nnti..hehe,
ReplyDeletesalam ziarah dr blog BA :D
Apa yang kamu semua tak tau.. sebab taksub sangat mengarang bagai.. dah silap baca arahan last skali.. tak lebih dari 100 perkataan tp ntah mcm mana terbaca tak kurang dr 100 perkataan lak.. tu pulun kritik hingat bagai tu.. kekeke
ReplyDeletethanks pd pandangan semua
wah....cayalah cik lekik...ada idea dan kreatif...klu DeQdEq emmm...xtau la....heehhe
ReplyDeletewahahhaha!! nice....good luck yank!! keep it up!!
ReplyDeleteCerpen katner? Nk baca lagi leh tak?? Hehehe
ReplyDeletejarangkan org buat cerita ttg sahabat..
ReplyDeletebagus2..
cite cani la aku nak sponser!
ReplyDeletehaha..:D
filem pershabatan..
Adaptasi dari cerpen ke filem..
ReplyDeletekisah pasal sahabat memang best!!
Jom kongsi2 idea ngan saya di
http://asnachannel.blogspot.com/2010/12/segmen-ba-andai-aku.html
=)
Jalan cerita yang awak karang ni amat menarik dan mudah difahami. Awak layak jadi pengarang filem! XD
ReplyDeletehuhu..gd job..
ReplyDeletewahh2.mne boleh mamat kne tinggl ni....pilih laaa filem pertama malaysia yg akan membawa impak besar dalam industri filem malaysia..
ReplyDeleteCERPEN (Janji Sahabat) clik je pd sesapa nak baca cerpen saya tu yer
ReplyDeleteselamba jer gambar singa tu eh..ngee..
ReplyDeletegood luck..
salam singgah dari MO...
ReplyDeletesusah nak cari sahabat ketawa dan menagis ni..
apapun nice story.. boleh tak nak baca cerpen tu.. kat mana nak baca?? ada post kat blog ke???
Nantikan segmen bersama MO "Satu kata bisa menggentarkan rasa", entry akan menyusul tak lama lagi...
tq
salam...
ReplyDeleteada peluang cerah untuk menang...:)
Salam.
ReplyDeleteHuih!! hebat.. Saye sendiri tak terkarang dan tak terpikir idea tu. Thats y tak terikut segmen BA.. Huhuhuhu..
Singgah le ke blog sy.. :)
huiii...cerita yg pnuh penghayatan & pengajaran...bagus²...
ReplyDeleteMUSH
Salam Maal Hijrah
ReplyDeletehttp://nurazzah8.blogspot.com/2010/12/maal-hijrah-1432.html
dasat la cik lekik nih.....filem cik lekik dah tersenarai top 5 tu...tahniah2....
ReplyDeletesemua pandangan saya ucapkan terima kasih yer.. Ia adalah sebuah cerita yang saya karang sendiri dalam cerpen saya tidak di adaptasi dr mana2 penulisan orang lain melainkan di adaptasi dari cerpen saya sendiri. Saya memang suka kisah2 camni.. mual dgn kisah cinta, plok cium bagai.. so, hope ada pengarah yg akan buat cerita2 mcm ni nnti
ReplyDeletesaya rase awak boleh buat novel la...seyez xtipu..:)
ReplyDeleteMiela.. niat tu ada.. hehehehe
ReplyDeletegud luck ya! err..cmne cara nk undi awk ek?
ReplyDelete