APA LA SANGAT ADA DENGAN SEGMEN BEN ASHAARI TU..??

12/22/2010 03:29:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

 Ntah.. apa la ada dengan segmen BA tu?? Dapat hadiah ker?? Tak.. Dapat banner award macam blogger2 lain selalu buat?? Takde pun.. Alah takkan dapat share link blog kat blog BA jer... Apalah sangat, kan?? Baik join contest.. Untung2 dapat juga hadiah kalau bertuah.

Anda salah jika berfikiran camtu?? Kenapa?? Orang sana sini kejar traffic.. join segala macam segmen/contest ni nak kejar traffic tapi apakah traffic segala galanya buat blog?? Padahal feetback dari comment entri korang masih tak sampai pun panjang bas mini lagi. Korang join contest bagai.. Bapa sangat komen korang dapat selain penganjur.. & dua 3 blogger datang bagi sokongan & say thanks sebab join contest dorang. Bukan kata contest tak membantu.. Membantu juga tapi kena rajin la join banyak2 contest. Kalau takat 1 2 jer.. Baik ko tarik selimut pastu ko tido lagi bagus. Untung2 mimpi dating dengan Yusri KRU or lisa Surihani,kan??

Berbalik kenapa aku sangat teruja kalau BA buat segmen.. kadang2 sampai rasa nyesal kalau terlepas. Sebabnya feetback yang aku dapat selepas join segmen BA ni. Aku memang suka tengok angka kat pageviews aku berbanding traffic.. Tapi kalau dah banyak pageviews auto la membantu dari segi traffic kan?? Komen yang aku dapat dari entri segmen BA ni tak pernah mengecewakan.. Mesti ala2 gerabak keretapi jugak la.Bahkan ada yang sampai sekarang  segmen BA yang join contoh Andai Aku.. masih membarisi entri2 yang tersenarai dalam top 10 pageviews tertinggi di blog aku.

 Bukan tujuan nak mengampu BA.. tak guna dia dah berbini & aku pun dah berlaki. Dengan pujian ni takkan buat dia buat review pasal blog aku pun tapi cuba membantu rakan2 sekalian.. So pada yang tak kenal BEN ASHAARI sila search kat google pasti ada resultnya & selalu2 la join segmen BA yer sebab Insyaallah tidak mengecewakan. Tapi kebanyakkan blogger dah kenal BA ni... kan??kan??kan??

P/s : Bagi seorang blogger seperti aku yang memang suka mengarang & menulis.. amatlah mengharapkan apa yang aku tulis dan karang menjadi tatapan & pembacaan orang lain.. Segmen BA banyak buat orang baca hasil penulisan aku. Sebab tu aku suka.. Sebab setiap segmen dia takde satu pun aku rasa yang suruh pacak banner pastu tag 3 4 orang kawan then post.. pastu share link kat comment box. Semuanya bersyarat harus menjawab soalan atau mengarang cerita.. kan???

8 comments:

  1. Oppa dah kenal die..
    walaupun segmen dia tak dapat apa2..
    tapi berbaloi kalau kita join... :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    saya membacanya dari awal sampai akhir..

    abg ben adalah ikon saya...saya banyak belajar daripada dia..

    saya akan pastikan abg ben dah tido..baru saya pun lelap mata..x nak terlepas satu pun segmen dia..

    kadang2 saya join segmen dia.. tapi ada masanya tak sempat nak join..dia dah tutup pun segmen..** tertinggal kete api..

    ReplyDelete
  3. betul la kak abby, DeQdEq pun suka dgn segmen Abg Ben nih..akak jg yg perkenalkan pd DeQdEq...

    segmen Abg Ben mmg mdh dan sng jer nak join...dah tu mmg sgt2 membantu bila ada ramai2 kwn2 dtg menjenguk dr blog BA...ramai yg akan baca entry kita...

    ReplyDelete
  4. walaupon segmen dia tak dapat pape macam segmen lain, tapi segmen dia dapat lah jugak ita kenal dgn blogger yg lain

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Sy pon kekadang tertinggal keretapi.. huhuhu... tau2 da tutup segmen BA...

    ReplyDelete
  6. salam,

    Memang segmen yg dianjurkan oleh blog BA ini agak berbeza dgn GA/contest yg diadakan oleh blog2 lain. Itu keistimewaan blog BA ini, segmen yg diadakan itu lebih ke arah mengasah minda~kreatif! Kak ada juga join 1 atau 2 segmen BA ini, apabila ditag oleh rakan blogger :)

    ReplyDelete
  7. Itu la pasal.. sy lebih suka segmen2 yg bersifat kreatif camni.. Takpe la bukan juara at least penulisan kita menjadi penilaian & pembacaa org lain> kelebihan BA ni adalah dr segi membantu kita mempertengahkan hasil penulisan blog kita.. Dgn kelebihan yg BA ada memang buat segmen dia mendapat sambutan & kita yg join dapat manafaat

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com