APA YANG MELEKAT LEKIT 2010?

12/29/2010 12:26:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

tetap lekat & lekit kan?? Meh kita kupas kupis & kopek balik apa yang melekat lekit sepanjang 2010 ni...

Selain aku lebih aktif berblog pada tahun 2010, sehingga berkenalan dengan ramai blogger & nuffnang juga. Dan berjaya meragut BE baru - baru ni apa lagi yang ada di sekitar tahun 2010.

Selain menempuh kehidupan yang cukup menduga pada tahun 2010.. kemudian meniti sedikit demi sedikit kebahagian hasil dari kekuatan & kesabaran aku.. Tarikh - tarikh keramat dalam hidup aku adalah..

24 April 2010
Pemergian Ayah tercinta secara mengejut pada malam itu.. Kebetulan aku balik kampung hari tu untuk menyelesaikan borang nikah bersama hubby. Sungguh.. hampir rapuh kekuatan yang ada sebaik menerima khabar & melihat sendiri jasad ayah yang kaku tak bernyawa di hospital kemudian di bawa pulang kerumah, di mandi, di kafan, di kuburkan, & di talkin. Tidak kering airmata menempuh ujian getir itu. Namun aku redha.. Janji Tuhan dengan Manusia sudah tertulis begitu.

28 April 2010
Segala perancangan tidak terjadi seperti yang di rancang. Aku sendiri tidak menyangka bahawa 2010 akan mengakhiri zaman bujang ku.. kerana takde langsung perancangan perkahwinan malah takde langsung majlis pertunangan atau perjanjian awal tentang perkahwinan aku. Di awal April.. Semuanya jadi secara tiba - tiba bila suami aku sendiri menemui ayah & mak menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan aku pada penghujung bulan Mei. Namun atas perbincangan keluarga aku, Ayah bersetuju untuk mengadakan majlis nikah sekaligus majlis pada 6 Jun 2010. Namun pemergian Ayah telah mengubah segala perancangannya. Bukan aku yang membuat keputusan ini.. Tapi semuanya keluarga yang memutuskan untuk menikahkan aku pada 28 April 2010 dan majlis tetap di adakan seperti perancangan awal arwah Ayah pada 6 Jun 2010.. Namun tanpa Ayah.

Tarikh - tarikh lain atau peristiwa2 lain sepanjang 2010.. bagai debunga je dalam hidup aku. Dua tarikh keramat ini sahaja yang terpahat kukuh dalam ingatan. Pemergiaan Ayah benar - benar memberi kesan pada seluruh kehidupan aku. dua tarikh keramat ini bagai satu kejutan dalam hidup aku.. Semuanya terjadi tanpa di rancang. Aku redha.. Aku terima.

Apa yang melekat dan melekit di sekeping hati ini sepanjang 2010 banyak mengajar aku tentang nilai sebuah kesabaran & ketabahan. Biar di terpa dengan pelbagai ujian (tak semua aku boleh kongsikan) namun aku masih mampu mengorak langkah sehingga ke hari ini. Moga 2011 matahari muncul lagi dalam hidup ku.. Insyaallah.

2 comments:

  1. Semoga akak tabah menghadapi apa jua dugaan dan ujian yang mendatang selepas nih...

    ReplyDelete
  2. semoga lebeh tabah mgharungi dugaan yg maha esa..jadikan kenangan lalu sgn pembakarrrrr semangat..
    welkam 2011

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com