INGAT BOLEH KAWEN KALAUPUN TAK DAPAT SAMBUNG STUDY tapi..

12/01/2010 10:13:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kesiankan?? Niat hati nak sambung belajar samada ke tingkatan 6 atau ke Universiti tapi apa kan daya hajat tak kesampaian. Bukan pasal kail panjang sejengkal.. Kail ada.. Umpan ada tapi pancing takde.. So How???

Apa lagi meroyan minah melekit ni kan?? Nak masuk sekolah balik ke Cik Lekit?? Ohh.. Zaman itu sudah jauh meminggirkan diri ku. Rasanya tak larat lagi nak menggalas beg berisi buku teks tebal - tebal (Walhal masa sekolah aku lebih banyak pinjam jer.. Malas nak bawak buku teks banyak2 berat. Kang terlondeh bahu katanya). Abis tu apa kes Puan Lekit Ooi?? Erkk kejab cik.. kejab puan (status di ragui). Ni ha kes gadis sorang nun jauh di Wang kelian sana nu.. Alkisahnya..

Shahidah Othman (Nama beliau) tidak memiliki kad pengenalan.. Hanya bergantung pada sekeping resit Penerimaan Permohonan warganegara.. Resit tu la buat tiket untuk dia sekolah.. amik UPSR, PMR & SPM.. nak sambung study ke U tak dapat sebab dia takde IC kan. Bila dah tak dapat sambung belajar.. Si Gadis arasa elok la di kahwin jer.. Tapi malangnya pun tak boleh juga. Nikah dari segi hukum boleh la & tetap sah walau takde IC pun tapi yang menjadi masalah bila nak di daftarkan perkahwinan tu je nanti. So, Beliau yang dah bertunang hampir 2 tahun ni pun sabar la.. Kot - kot  Tuhan permudahkan proses permohonan kad pengenalannya nanti.

Beliau sedang tayang gambar tunang.. 
 
Kisah di sebalik kenapa dia takde IC ni.. Dulunya semasa mak & ayah dia ke Thailand melawat sedara sakit (mak dia orang Thailand) tak sangka lak dia akan di lahirkan lebih awal dari due date kan?? Then lepas lahir tu bapak dia bawak balik Malaysia nak daftar.. Disitulah bermulanya kisah dia takde IC sampai sekarang. Hanya sebab dia lahir kat Thailand proses mendaftarkan kelahiran jadi amat sukar seterusnya melarat hingga tak dapat buat IC.


Kesan dari takde kad pengenalan ni beliau sering di ejek anak bangladesh.. anak siam di samping sukar untuk sambung belajar & berkahwin. Dia juga terpaksa menyorok kalau Jabatan Imegresen melakukan pemeriksaan. Dia tak mampu bebas di negara sendiri.Kesian kan?? Bukan la salah dia dah nak kuar dari perut mak dia awal.. Dan bukan mak dia suruh dia terberanak kat Thailand pun tapi kuasa Tuhan. Dah tertulis perjalanan hidup dia camtu. Sebab tu la berita tentang gadis ni di siarkan kat Kosmo mengharap ada pihak dapat membantu kesulitan yang di hadapi sebab katanya mak bapak & dia sendiri tak larat pegi balik JPN, angkat sumpah bagai.. Pun tak dapat - dapat juga IC. So pada korang yang nak baca artikel ni sila clik : Kecut perut tanpa MyKad

7 comments:

  1. jap cik ,jap puan.. menimbulkan kecurigaan nie..

    ReplyDelete
  2. kesiannye laaa.. bukan ke kalo mak ayah dah wrga Msia.. boleh je ank pn jadi warganegara jgak.. mcm pelik2 je.. nak berurusan dgn kerajaan ni mmg payah cket..lambat..

    ReplyDelete
  3. macam mane la boleh jadi mcm ni.. ade 10 tahun lagi nak capai wawasan 2020.. kes-kes mcm ni pun boleh wujud... kesian kawan kite ni...

    ReplyDelete
  4. Dia jadi mcm lagu bangau Oh Bangau kot.. masing2 pas sini pas sana.. last org tu nak sambung belajar ntah kemana.. nak kawen pun tunggu 2 tahun tak dapat2 ic lagi..

    ReplyDelete
  5. amik ic... cium.. muah muah muah... cayang ic :)

    ReplyDelete
  6. Nyah tau la syg IC.. tp nokk sangat la over.. kekekeke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com