REWANG MALAM

12/25/2010 04:41:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Wah tajuk macam minah rewang lak kan??? Gimik sangat la tu lekit!! Okies bukan nak cerita pasal nak gi merempit.. Itu adalah adengan pilih jalan hitam yer. Tak sesuai. Nak2 lagi bini orang kan?? Mau kena pelangkung dengan laki nanti.

Rewang malam ni Insyaallah kalau takde aral melintang pukang maka pukul 8.30 Malam ni ada terpamirlah wajah ku di panggung teater DBKL untuk menonton teater bangsawan bertajuk "Lima Bersaudara". Tengok teater bangsawan ni sangat2 memberi kepuasan berbanding tengok cerita melayu klasik kat tv. Betul!! Tak caya malam ni pegi kat DBKL.. pastikan awal skit beli tiket dulu. Macam aku last week lagi dah beli. Dont worry tiket tak semahal tiket teater kat Istana budaya malah lagi murah dari tiket wayang. Just RM5 per person.

Kalau korang nampak tulisan pada poster ni abaikan kesilapan teknikal tu.
Untuk maklumat lanjut korang boleh refer sini yer : Pementasan Teater Bangsawan "Lima Bersaudara"

6 comments:

  1. rajinnya cik lekit pegi tgk teater...mcm tiap2 minggu jer pegi..

    mlm ni pun DeQdEq akan merewang malam gak...nak gi tgk Konsert DT Search & Wings...dpt tiket Nuffnang tu...klu tak xder la rajin benar nak pi konsert ni...sebab sesak2...

    ReplyDelete
  2. kiranya tiap kali ada teater mesti akak pi tgk la deqdeq.. Konsert tak minat sgt. Slh satu punca sbb sesak la.. Lgpun akak lbh suka teater sbb blh tgk cerita live.. Kagum dgn pelakon teater yg berlakon tnpa ada action & cut then.. takde editing bagai..

    ReplyDelete
  3. DeQdEq tak penah lagi tgk teater nih...tp mmg pelakon teater kira hebat la..berlakon live kan...teringin juga nak tgk...hehheh...

    tula..konsert nih mmg la kan sesak je...tp DeQdEq saja la nak tgk keadaan...sbb tak penah pegi...klu rasa serabut balik je la...heheh

    ReplyDelete
  4. hhuhu. tak pernah tengok theater la.. kdg2 teringin juga nak tgk tpi masa yang takde je.

    ReplyDelete
  5. huhu..
    cam best jep.. tringin nk tgk teater
    ag, da lame xtgk..huhu~

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com