SUAMI SAYA BUKAN PENJAGA GOL

12/31/2010 06:54:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Suami saya bukan penjaga gol bola sepak, bola jaring, bola tampar.. (erkk bola tampar ada gol ker??) futsal mahupun apa2 gol.. Suami saya cuma seorang suami kepada saya yang orang tak kenal pun sebab tu la saya tak pemes, Ok!

Saya nak berangan sekejab.. Kalau la suami saya tiba - tiba menang Hero Remaja.. Then saya bagitau semua orang itulah suami saya yang ensem lagi kacak bergaya, Mesti follower blog saya mencanak tak hingat punya. FB saya mesti kena buka 2 account then mesti saya terpaksa buat fanpage untuk suami saya then saya lah adminnya. Kan?? Kan?? Kan??? Tapi macam mana la suami saya nak menang hero remaja kalau dia tak pernah pun masuk rancangan tu.

Saya mula terfikir kalau dulunya si jejari runcing.. Follower dia takde la ribu riban.. Then lepas Pasukan Malaysia Menang sekelip mata semuanya berubah. Saya mula tertanya - tanya.. Kalaulah penulisan dia sehebat Hanis Zalikha & Ben Ashaari.. Maybe dari dulu lagi dia dah pemes mengalahkan pakwe dia, kan?? Saya mula tertanya lagi.. Kenapa orang follow dia?? Just nak dapatkan cerita2 peribadi dia dengan pakwe dia yang dah pemes tu ker?? Atau just nak tunjuk dorang mula minat dia?? Minat dia ke minat pakwe dia?? Tak baik tau korang... Dulu korang tak pandang blog dia walau dia selalu update pasal percintaan dia.. Napa bola menang je korang berpusu - pusu add dia. Lepas ni kalau Pasukan Malaysia kecundang.. korang nak remove ke diri korang dari follower dia??

Keikhlasan pengikut mula di ragui. Apapun yang pasti mereka yang follow blog jejari runcing selepas Pasukan Malaysia jadi juara tu bukan sebab suka penulisan jejari runcing dalam blog just suka pakwe dia jer. Kan?? Ala2 hero korean lagi. Ramai la mula nak menenggek, kan?? Jangan terkejut la jejari runcing kalau pasni kawan yang bau2 kentut pun tetiba canang dia kawan baik kamu. Semuanya nak menumpang populariti je tu. Yang pernah terlanggar bahu pun akan ngaku penah tido sebantal dengan kamu.

Semua tu adalah lumrah.. Bila sesuatu atau seseorang mula menjadi perhatian ramai maka ramai juga la orang mengaku kenal & rapat dengan kita. Saya pernah ke blog Jejari runcing sebab dia pernah datang ke blog saya & tinggalkan kesan jari dia tapi saya tak pasti lak saya follow ke tak dia. Kekekekekekeke.. Saya memang seorang pelupa.

Apapun jejari runcing kini secara tak sengaja akan menghadapi satu kehidupan yang takde privacy lagi. Kemana, Dimana, Buat apa akan jadi perhatian. Katanya dia dah bersedia dari mental & fizikal menghadapi fan & haters. Bagus lah! Semoga tabah berdamping dengan insan yang popular yer.

P/S : Nak kena kerah laki den lak main bola ni.. Mana lah tau bleh tumpang sekaki bila dia dah glemer!! Uwaaaaaaaaaa! Mak tak sanggupNyah! Sekarang pun Mak rasa banyak saingan dah. Tidakkkkkkkkkk!!!

Penambahan Gula : Ini Bukan entri dengki atau menjatuhkan mana2 pihak yer. Just sekadar pandangan peribadi & persoalan2 yang di jawab oleh diri sendiri. Apapun saya bersetuju dengan pendapat "Itu adalah rezeki Cik Jejari Runcing". Tuah dia, kan?? Tuah kita mungkin dari segi lain lak..

3 comments:

  1. rezeki dia la followers bertambah mendadak..haha

    ReplyDelete
  2. kikiki..tu la kan..takpe la..rezeki die..dapat glamer kerana bf die..semua yg terjadi ada hikmah..semoga mereka tak lupa diri sebab dah pemes..

    ReplyDelete
  3. setuju betul dgn entry cik lekit nih...si jejari rincing dah lama sebelum nih dok citer pasal bf dia yg sorang tu, tp tak ramai pun yg nak ikut...sekali bila dah KFCM tu meletup...semua pun nk jadi follower jejariruncing termasuk DeQdEq..hehhe

    tp mmg lepas nih tak ada lagi la privacy tuk diorang..pastinya bila pegi ke mana pun byk mata yang akan memerhati...jadi kena bersedia la ada yg akan suka dan ada juga yg akan membenci..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com