TUTORIAL MEMASAK NASIK SAMBIL BERBLOGGING

12/28/2010 10:49:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Okies..di sebabkan banyak blog & ramai blogger yang suka berkongsi tutorial & resepi bagai.. Lekit pun nak bagi tutorial jugak. Walau nampak remeh tahukah korang masih ada anak dara, maka  dara & anak teruna & bapak teruna yang tak tau macam mana nak masak nasik putih.. Nasi minyak.. nasi beriani.. nasik himpit bagai korang tak yah tanya la. Kalau nasik putih pun mentah lagi or jadi bubur maka secara rambangnya & lazernya aku mengatakan bahawa mereka ini memang tak tau masak nasik.

Okies pada blogger yang tak tau macam mana nak masak nasik.. Pastikan beras, periuk or rice cooker ada. Kalau semua tu ada pastikan bekalan air kat umah anda juga ada. Sebab semua bahan & peralatan ini adalah wajib ada untuk masak nasik yer.

Masukkan beras seberapa banyak korang nak.. Agaknya Oberoi perut tu lepas isi la. Then cuci bersih2 pastu masukkan air. Guna sukatan secara tradisi yer.. Menggunakan jari.. jari mana ikut suka hati tapi haruslah tangan kanan. Ukur beras dalam periuk dulu.. then sebanyak mana level beras mengikut ukuran jari korang, banyak tu la sukatan air yang di perlukan.

Sekiranya anda nak berblogging sambil tunggu nasik masak.. Di cadangkan guna rice cooker untuk mengelakkan hangit. Jangan jadi macam jiran misteri aku, hari2 bau nasik hangit. Lepas tu berblogging la sampai kontot jari. Pada yang takde rice cooker.. buat alarm setiap 5 minit gi check nasik kat atas dapur. Insyaallah tak sempat hangit.

Mesti ada yang mencebil & pelik kenapa lekit buat entri ni?? Moral of the story.. Kadang - kadang kita memandang sesuatu perkara itu remeh sebab kita sudah arif tentang perkara tu, tahu ke korang perkara yang kita anggap remeh itu kadang - kadang berat bagi orang lain yang masih belum tahu. Even masak nasik.. Tapi boleh ke orang yang tak reti masak nasik jadi pandai masak nasik kalau tidak di beri tunjuk ajar atau belajar?? Korang bleh ke baca kalau tak kenal abc atau alif ba ta?? So, tak semua perkara remeh bagi kita, remeh juga bagi orang lain. Sentiasa gunakan konsep sharing is caring. Insyaallah ilmu yang ada akan berkembang & berkat.

8 comments:

  1. tak leh blah tutorial masak nasi pon jadi.....hahaa

    ReplyDelete
  2. hehe3...miss melekit jadik cep mlm ni..he3..ade skali cma panaskan kuah..langsung hangit kering kontang gara2 berblogging punya pasai..
    adeh..
    abby..tajuk tu...memasang ker memasak??memasang nasik..ayat baru tu...:p

    ReplyDelete
  3. hehhehe...cayalah...tutorial masak nasi...

    saper2 yg tak reti msk nasi tu cepat tgk sini...ye lah nak tanya org malu plak kan..hehehh

    ReplyDelete
  4. lahai typo lak.. dah tukar la cma.. kekekeke.. sebenarnya apa yg nak di sampaikan bukan la resepi masak nasik cuma nak tgk sejauh mana tajamnya penelitian & pemahaman pembaca.. Moral yang di tekankan tak semua benda mudah yang kita anggap mudah, mudah juga bagi orang lain. Kita pandang remeh, maybe orang lain pandang berat.

    ReplyDelete
  5. ni lah yg DeQdEq suka sgt dgn blog melekit nih, apa yg dikupas tu ada jer maksud tersurat dan tersirat...

    ReplyDelete
  6. pena seorang penulis.. kadang2 tak lurus deqdeq.. untuk faham siku liku bahasa mereka perlu penelitian.. mcm tu la akak belajar deqdeq..

    ReplyDelete
  7. DeQdEq mmg tak pandai sgt dalam menulis nih sebenarnya...sbb tu suka singgah blog melekit nih...buat rujukan DeQdEq

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com