ALASAN MENDIDIK, MAT REMPIT PUN BOLEH GUNA

1/01/2011 02:48:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Bila memilih untuk  hidup sebagai seorang yang dikenali, haruslah bersedia untuk di nilai. Bersedia pada penilaian negatif & positif. Bersedia dari segi mental & fizikal. Bersedia untuk menjawab atau membalas setiap apa yang datang. Jangan main hentam jer cakap..

Menyingkap sejenak tentang artis video miming kat youtube ni.. Bukan la lekit benci sangat pun dengan dia. Pada mulanya just tak minat je dengan video miming dia. Tak rasa terhibur pun macam orang lain rasa. Apa yang saya tidak berkenan tentang cikgu sorang ni adalah cara dia mengeluarkan sesuatu statement. Mengimbau saat dulu ketika di baru2 di landa kontroversi keatas video miming dia ni.. Dia menggunakan alasan sebagai satu kaedah pendidikan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan pelajar di samping penguasaan Bahasa Inggeris. (sehingga sekarang dia masih mengekalkan alasan itu) Ok.. Kita bayangkan sekiranya Mat Rempit pula menggunakan alasan ni.. Kami melalukan aktiviti rempit dengan aksi yang merbahaya untuk menyedarkan pada semua masyarakat kita tak perlu takut & malu untuk melakukan sesuatu. Tak perlu takut mati, sebab semua orang akan mati. Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk tampil dengan berani menyahut cabaran. Tak perlu ambil kisah dengan cakap - cakap orang, ok! Boleh tak kalau mat rempit menggunakan alasan mendidik masyarakat untuk berani menyahut cabaran. Bunyi seperti bermoralkan baik, betul?? Walau perbuatannya salah. Tapi untuk membetulkan apa yang salah tu dia gunakan alasan yang boleh di terima dari sudut positif.

Begitu juga dengan kes cikgu sorang ni.. Sekiranya anda melakukan dengan tujuan untuk mendapat perhatian orang lain jangan menggunakan alasan mendidik. Lihat dari aksi miming yang pelik - pelik tu.. Apakah kita nak membentuk anak - anak dengan yakin untuk melakukan sesuatu perkara biarpun janggal pada pandangan mata masyarakat?? Takpe kalau dia nak terus ber miming hingga menjadi selebriti miming paling berjaya kat Malaysia pun tapi di harap cikgu shida tolong berfikir dulu sebelum mengeluarkan apa - apa statement. Lebih - lebih lagi kenyataan yang melibatkan soal hukum & agama.

Dia seorang yang di kenali sekarang.. Then.. Itulah harga yang perlu di bayar bila dia memilih untuk jadi perhatian masyarakat. Hanya kebijaksaannya sahaja mampu meletakkan dia sebagai icon atau perosak. Moga penjelasan ni takde la orang anggap melekit ni just nak amik kesempatan pada kontroversi yang melanda cikgu shida. Cuma sekadar memberi pandangan peribadi pada sesuatu perkara yang menarik minat untuk saya mengupas. Cikgu Shida terpilih kerana saya amat tertarik (tak bermakna suka tau!) dengan setiap statement beliau bila dia serang dengan pelbagai spekulasi.

2 comments:

  1. Tunggu bila agaknya Lekat Lekit girl menutup aurat. Menegur orang tak salah tetapi ada baiknya sikap penegur itu menepati dengan ajaran agama terlebih dahulu.

    Haa..Jangan bagi alasan tak menutup aurat sepertimana alasan Cikgu Syida atau Mat Rempit pulak..

    Bertaubat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. matlamat tak menghalalkan cara..yakss...dia nih cam kurang kasih sayang je...pastu la jadi attention seeker..choco tak faham ramai yang cakap dia berbakat laa apa la...come on la..berbakat apa la..kalau setakat miming,dah tu terkinja2 cam beruk...budak tadika pon leh wat...berbakat ape??haisshhh...kesian...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com