BERBLOG CARA MELEKIT

1/06/2011 06:01:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Melihat dunia blog yang berkembang luas & mampu menjana pendapatan sampingan hanya dengan beronline buat ia semua orang nak tulis blog. Sampai kadang - kadang mereka tenggelam dalam mengejar ranking, rating & populariti.

Demi untuk menjadi blog mereka sebagai sesuatu yang menarik minat ramai untuk klik sekaligus menjadikan mereka seorang yang gila trafik kadang - kadang buat blogger itu terkandas di landasan blog itu sendiri. Macam teknik, taktik dorang gunakan sehingga mencetuskan kontroversi & kemarahan orang lain. Bila sesuatu menjadi kontroversi sekaligus memberi satu bonus pada blogger itu sendiri namun apakah itu satu tindakkan yang bijak??

Bagi Lekit.. Blog adalah medan penulisan yang ingin aku ketengahkan. Biarpun artikel, cerita & apa sahaja yang tertulis dalam blog ni kadang - kadang adalah hasil dari kontroversi kisah orang lain namun tidak semua bertujuan menumpang populariti kontroversi tu sendiri. Aku akui kadang - kadang aku juga hampir terjebak dalam mengejar apa yang blogger lain kejar tapi tetap setiap hari aku cuba improve dari segi penulisan. Apa yang aku tulis biarpun dari kontroversi orang lain adalah kerana cerita atau artikel mereka menarik minat aku untuk berkongsi pandangan. Kalau sesuatu yang kontroversi tu tak menarik minat aku sendiri maka aku tak tulis. Sebab bagi aku sekadar menumpang populariti dari kontroversi orang lain tanpa hujah yang kreatif & menarik ia takkan menghasilkan satu entri yang bagus. Tak meletakkan Blog melekit ni hebat dari segi penulisan tapi aku berpegang dengan satu kata - kata yang aku pinjam dari seorang penulis novel terkenal iatu 'Tulis apa yang kita tahu.'

Aku berblogging kerana aku memang minat menulis.. Aku memang suka memberi pendapat & pandangan. Aku suka membaca & memerhati apa yang ada di sekeliling. Even aku tak menulis setiap perkata yang aku lihat aku akan berkata kata juga dengan pandangan peribadi aku sendiri. Tak juga aku kata.. Semua pandangan aku itu betul tapi aku hanya berkata - kata dari sudut pandangan peribadi. Hak aku menulis dan hak orang lain untuk membaca & menilai.

Trend berblogging sekarang aku lihat bukan kerana untuk menulis tapi lebih kepada mengejar ranking, rating & populariti sehingga mereka tidak lagi menitik beratkan soal kualiti penulisan. Ada yang terlalu taksub pada ranking & rating sanggup menggunakan helah yang kurang sihat. Untuk apa?? Apakah benda tu akan memberi ranking & rating yang berkekalan kepada korang?? Dengan menipu takkan buat kedudukkan korang akan maintain. Gunakan taktik bersih kalau pun korang gilakan traffic, rating & ranking. Ingat hidup ini ada hukum karma. What U give, U get back.

Inilah cara aku berblog.. Tulis apa sahaja yang aku tahu & minat. Sentiasa mengharapkan teguran & nasihat sekiranya ada kesilapan yang aku terlepas pandang. Aku cuma seorang yang suka berkata kata dalam perkataan bukan sejak wujudnya blog malah sejak dari aku tidak kenal apa itu computer & IT lagi.

6 comments:

  1. btoi la..kakD setuju dgn lekit..
    kakD pun tulis ada yg berkaitan dgn diri & sekeliling kakD ja..kakD pun bkn pandai nk menulis sgt...
    kakD buat blog ni pun sekadar suka2 ja..

    ReplyDelete
  2. Huaa..thumbs up!!nice entryla lekit2! :)

    ReplyDelete
  3. betul tu abby...
    kdg2 tgk meka yg kejar traffic n blogwalking palsu ni..adehhh..
    x baik utk kesihatan..

    ReplyDelete
  4. terpulang pada masing-masing lar...tujuan blogging nak dapat income tak salah.....nak traffic tinggi pun tak salah.....yang salah..bila busuk hati dan condemn orang lain...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com