DARI SEORANG DJ MENJADI PENGEMIS NAMUN KINI BAKAL JUTAWAN

1/07/2011 05:46:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia terletak pada kebolehan diri.. erkk... Sudah tukar ker?? Betul ke lekit tajuk entri kau tu?? Kau biar betuul.. Betul la ni. Nak kopek ni baca dulu sampai abis

Alkisahnya seorang pengemis yang memegang nota dari cebisan kertas yang bertulis.."Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan." Kemudian bercakap dalam gaya & nada penyampai radio berjaya di kesan oleh seorang jurugambar dan merakam videonya.


Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Selepas tu dia mendapat pelbagai tawaran untuk menggunakan suaranya. Semua tawaran tu harga not bad. Kalau tak takkan la dia di katakan bakal jutawan, ye tak??

Jangan menghina pengemis sebab kita tak tahu nasib dia pada masa akan datang. Hidup ni umpama roda.. Kadang2 bila kita di puncak tak terbayang kita akan tersungkur ketanah biarpun destinasi akhir kita tetap dalam tanah juga.

Korang jangan la pergi interview pengemis - pengemis kat Malaysia ni lak sebab ni bukan kisah dari Malaysia Nun kat AS sana. Dulu pernah juga keluar berita pasal pengemis di china menjadi model terkenal. Dah 2 kisah yang membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil akan berlaku Jika Allah mengizinkannya terjadi.

Dari Kisah ni haruslah di jadikan iktibar & motivasi kepada diri kita. Jangan berputus asa walaupun melalui kehidupan yang perit & melarat sekalipun. Setiap manusia ada bahagian rezekinya masing - masing. Carilah punca rezeki itu.

Sumber rujukan (kosmo) : Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas

6 comments:

  1. pernh terbaca yg pengemis yg jadi model tu..tapi kesian la..bila balik kampung smua family dia dah meninggal.....

    ReplyDelete
  2. owhhh..nasib dia berubah bak pantai di landa ombak....

    dah baca pasal dia ni kat blogserius ngan youtube,.....

    ReplyDelete
  3. waahhhh.... tuah ayam namopak di kaki, tuah manusia dekat suara, yeeayyyyy

    ReplyDelete
  4. waahhhh.... tuah ayam namopak di kaki, tuah manusia dekat suara, yeeayyyyy

    ReplyDelete
  5. dia sangat bernasib baik...rezeki...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com