KISAH TENTANG ADIK AKU DAN MOTOR

1/08/2011 05:00:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Bila dengar mak bagitau adik aku accident.. Memang la terkejut tapi bukan kali pertama dia accident tau. Buat aku fikir something pasal adik aku ni. Nak kata dia jenis rempit.. Tak juga. Biasa la budak pompuan bawak scooter, kan?? Tapi ada something yang buruk pasal adik aku dengan motor

Adik bongsu aku ni jenis panas baran. Pernah bulan puasa tahun lepas aku merempit dengan dia pergi bazar ramadhan ada sorang pakcik blok dia dengan van.. Dah tu dok usik2 dia. Kira gurau la. Tapi sebab pakcik tu parking tak ikut etika, kena sound 2 3 lazer dengan adik aku tapi pakcik tu cool.. boleh sengih lak.

Kedua.. adik aku pernah jatuh motor dulu masa dia belajar kat Politeknik.. Tapi bukan dia yang tunggang motor tu, kawan dia. Dia bonceng jer.. Dia yang jatuh dari motor bukan motor tu jatuh. Nak tau sebab apa?? Boleh dia layan tido atas motor.. Tak ke loqlaq namanya. Pastu ada sekumpulan mat2 motor dok kacau dorang, dia yang tertido terkejut & terbangun tak tau apa dia panik terus terjatuh dari motor. Berkelambu jugak la seminggu sebab badan & tangan dia luka - luka walau tak serius. Yelah kang nyamuk gigit susah nak garu. Then berkelambu la dia. Time tu arwah ayah ada lagi.

Lagi kisah jatuh motor dia ni dia sendiri yang cerita.. Kisah boipren gepren la. Si boipren ni dok tuduh dia keluar dengan laki lain.. Adik aku ni kepala hangin. Bila dia nafikan still dok tuduh juga apalagi start motor berdesup dia pergi umah boipren dia dengan keadaan marah. Op's jangan negatif thinking tau. Boipren dia tu bukan tinggal umah bujang tapi tinggal dengan family. Sama - sama anak bongsu. Ntah macam mana maybe sebab terlampau banyak angin kot.. terlangkup la jugak bersama motor walau tak serius. Tetap dia gagah pergi sampai umah boipren dia ni sambil tunjuk kesan - kesan luka. Bukan apa demi nak lepas geram. Last mak si boipren ni marah la anak dia, konon pasal anak dia adik aku lak dapat sakit camtu.

Ni yang terbaru.. Pagi tadi. Katanya langgar lubang. Kali ni nampak serius sebab kena operate bagai. Risau aku. ni tak tau dia tertido atas motor ker.. (mustahil la sebab dia yang tunggang. Normaly dia suka tido kalau jadi pembonceng jer..) or dia tunggang motor dalam keadaan marah. Takpe balik kampung kang aku siasat.

Op's ada lagi satu peristiwa.. dia sendiri yang cerita. Masa keluar dating kisahnya.. Merempit dengan motor jer sebab masa tu boipren dia belum ada kereta macam sekarang. Ntah apa isu dorang gaduh, adik aku ni panas baran. dia suruh boipren dia ni berhenti dia nak turun jalan kaki. Tengah marah tapi boipren dia tak ikut, sebab sakit hati dia buka helmet di campak. Kau tak keja gila ke tu?? Pastu bila dah terlepas jauh.. boipren dia patah la balik. Bila patah balik.. dah ghaib la helmet tu. Terpaksa la campak kat bus stop sementara pakwe dia nak pergi cari helmet. Padan muka!

Kisah aku dah scooter dia pun ada.. Last aku tunggang motor.. aku ni tak cekap sangat tau tapi boleh la bawah takat 20kmj tu.. kat kampung. Sebelum belasah motor arwah ayah jer.. Apa tah jenisnya aku dah lupa. Pastu teringin nak bawak scooter adik ni.. even aku tak pernah pun tunggang scooter.. Sebab tak pandai kawal press minyak tu hampir tersungkur aku dalam longkang depan umah. Lepas tu sampai sekarang fobia. Ikutkan hati kereta pun aku pernah bawak tapi tahap keyakinan aku untuk drive ni amat rendah sebab aku fobia kat jalan raya. Nak lintas jalan pun.. terkedek - kedek. Tak tau kenapa tapi ketakutan aku kat jalan raya ni memang agak tinggi.

Ni la muka mangsa kemalangan hari ni yang panas baran tu.

8 comments:

  1. hahaha...aku pnah gak telanggaq masok lobang...cam hareeem rasa...sakit pungkoq oo..hahha

    ReplyDelete
  2. ganas jugak ek adik cik lekit...huhu

    ReplyDelete
  3. aku eksiden mto patah gigi wooo, ingat memain ka, huhuuuu

    ReplyDelete
  4. hadooii ..~ biase yerr org laki yg sllu accident bagai nie.. slh sorg die eden lor.. hapir stiap sem klw tak accident tak sah.. p hope sem tak la yerpp ekekkee...

    hope adik lekat lekit cpt sembuh :D

    ReplyDelete
  5. adehh...cerita abby ni ada kombinasi lawak dn tragis..bole pulak adik abby tertidoq atas mutu..hoho(jgn marah ye adik abby)
    apepun..berhati2 semasa menunggang n mmbonceng..

    cma pom penah eksiden..langgar van ustaz..time tu darjah 6 rasanye..kemik van ustaz tu dikerjakan..kekeke..

    skrg ni..alhamdulillah..moga2 dijauhkan la menda2 yg xelok ni..(eksiden bagai)

    ReplyDelete
  6. salam..

    merempit?

    huhu..ganaz2...

    ReplyDelete
  7. alahai my darling eksiden ke...
    /me siap2 pegi lawat bawak bunga taik ayam~

    ReplyDelete
  8. Faktor jalan pun menjadi penyebab utama berlakunya x cident

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com