LAHIR DI BULAN KOT

1/05/2011 01:03:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Akibat di tinggalkan di sebuah gereja maybe sejak lahir dan di besarkan oleh seorang paderi sehingga berusia 12 tahun dan tidak pernah di hantar ke sekolah hanya memiliki kad pengelanan semasa berusia 12 tahun tapi di sahkan palsu oleh Jabatan pendaftaran semasa beliau cuba menukar kad pengenalan baru kini status kerakyatannya tiada. Malah tiada rekod dia berasal dari mana2 negara sekalipun. Kalau takde negara orang bulan la kot.. Apa kes?? Jom kupas kupis...

Alkisahnya tentang ibu tunggal dua anak ni.. Kehidupannya semakin terhimpit kerana beliau gagal mendapatkan kad pengenalan. Tidak boleh bekerja dan mendapat bantuan kebajikan masyarakat kerana hanya memiliki pas lawatan sosial. Cuma bergantung hidup dengan bantuan Baitulmal RM100 sebulan. RM100 mana la cukup nak bagi makan dua anak dia. Makan pun miss apatah lagi nak tukar pakaian, kan??

Ibu tunggal ni pernah di tahan di pusat tahanan pendatang selama 6 bulan kemudian di bebaskan kerana tiada rekod beliau dari mana2 negara untuk di hantar pulang. Kemudian di bebaskan dan di berikan pas lawatan sosial yang perlu di perbaharui setiap enam bulan.

Akibat tidak mempunyai kad pengenalan beliau melalui banyak kesukaran dalam hidup biarpun masih muda & mampu bekerja. Pernah di dera majikan semasa beliau bekerja sebagai tukang cuci pinggan dan menumpang tinggal di rumah majikannya tapi tidak pernah di bayar gaji menyebabkan beliau nekad melarikan diri.

Memeluk islam pada 25 Mei 2009.. Dan berkenalan dengan keluarga angkat juga mualaf semasa kelas bantuan dan latihan bagi mualaf yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Selangor.

Pernah menikmati kebahagiannya yang sementara selepas mengenali keluarga bekas suami, dimana dia di jadikan anak angkat seterusnya di kahwinkan dengan anak lelaki keluarga angkat beliau bagi tujuan untuk memudahkan proses permohonan penduduk tetap . Selepas bercerai, bekas suami berkahwin lain dan tidak lagi memberi nafkah kepada anak - anak dengan alasan tidak mampu.

Apa yang merunsingkan ibu tunggal ini adalah nasib anak - anak nya kerana sehingga kini dia gagal untuk mendapat taraf penduduk tetap biarpun berkali kali cuba memohonnya.

Kesian, kan?? Dah la lahir tak kenal mak bapak.. tak pernah sekolah, tak tahu membaca or menulis.. Takde kerakyatan dari mana2 negara biarpun di besarkan di Malaysia.. Tak boleh kerja.. perlu tanggung dua anak, bekas suami pula lepas tangan. Tapi dia tak bunuh diri even masalah yang menghimpit dia memang bertubi2 la sejak di lahirkan. Itu sesuatu yang kita patut contohi kalau nak di bandingkan ada manusia yang sanggup bunuh diri sebab kecundang dalam cinta, kan??  Adalah lebih baik kerajaan memberi kelonggaran sedikit kepada ibu tunggal ini untuk memiliki taraf penduduk tetap di Malaysia atas perikemanusiaan sebabnya dia memang tiada rekod dari mana2 negara & di besarkan di Malaysia. Sebarang bantuan yang nak di hulurkan hubungi Yati menerusi 012-9360467. Hulurkan tangan, ringan kan beban.

Rujukan (Harian Metro) : Derita 'tak bernegara'

2 comments:

  1. alahai kesianya x bernegara... syukurnya kita dilahirkan dengan ada surat beranak sume...

    ReplyDelete
  2. betol2.. wanita ni memang berhati wajar.. kuat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com