MAAF..LEKIT TAK ACCEPT SEBARANG AJAKAN BERCHATTING

1/08/2011 04:58:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Dulu.. Ni cerita zaman gedik - gedik.. Zaman takde husband.. Zaman tak pikir pasal kawen.. Kiranya zaman bujang memang start berkenalan dengan duni IT chatting la kejanya aku siang malam. 1st yang aku kenal.. Of course la yahoo sebab belajar buat email lepas tu sent email kat dj2 radio. Then MIRC.. time tu mula la start gila online. Mula2 kat CC la sebab kat rumah takde access internet, pastu pakai home prepaid TM, apa lagi jenuh topup nak online. Lepas tu macam - macam dah aku belajar.. Gila chatting dari ICQ, MIRC, yahoo messenger dan bagai la.. Tu kisah zaman solo.

Kisah sekarang.. Memang totally 90% Aku tak on sebarang aplikasi chatting tak kira YM, FB, MIRC atau kawasan - kawasan sewaktu dengannya. Kalau betul - betul perlukan sangat jer macam nak dapat tutorial apa2 dari kengkawan aku yang pakar IT & memerlukan aku on benda2 tu baru la aku on. Kalau tidak.. -CLOSE-.

Kenapa??
Status yang membuatkan perubahan ni berlaku. Bukan sebab husband kata, dah kawen ko jangan nak chat dengan sesapa tapi atas kebaikkan juga aku buat semua ni. Biar la interaksi melalui comment jer.. atau mesej ringkas kat FB atau email sebabnya bila kita terlalu banyak berkomunikasi dengan orang luar lebih - lebih yang berlawanan jantina ni ada banyak keburukkan. Bila kita terlalu banyak berbual kita akan terkeluar banyak cerita. Mungkin akan terbabas dalam cerita - cerita peribadi yang tak mustahil boleh menjadi senjata pada orang yang ada niat tidak baik tanpa kita sedar. Kita pun tau banyak kes - kes keruntuhan rumahtangga berlaku sebab aktiviti online ni. Then sebagai langkah mencegah.. Biar la aku tidak aku tak mengaktifkan sebarang bentuk medan chatting ni.

Berkawan melalui comment
Dah cukup buat aku rasa seperti ramai kawan. Tak kira comment di FB or blog pun tapi kemeriahan persahabatan online tu aku tetap nikmati. Aku tak mahu terbabas di alam maya ni sehingga memusnahkan sesuatu yang baru bermula. Aku tak sombong seperti sesetengah kawan - kawan aku anggap sejak berkahwin tapi keterbatasan pergaulan buat aku tak mampu berkawan macam dulu. Maybe 20% faham berbanding 80% yang tak boleh terima. Terpulang.. Sebab bagi aku apa yang lebih penting adalah amanah & tanggungjawab yang di berikan pada aku sekarang.

Kenapa Cik Lekit buat entri ni?? Sebab semalam tetiba satu makhluk yang tak add aku kat FB mesej aku ajak aku chat. Suruh aku On chatbox tapi aku jawab kalau berminat nak berkawan dengan aku sila jenguk blog aku. Dia kata dia tau pasal blog aku.. then nak sembang - sembang sambil belajar tulis blog. Ahh.. Sudah! Aku mention dah kawen pun dia still nak jugak ajak aku berchating. Minta Maaf yer!! Permintaan anda di reject On The Spot tanpa perlu masa aku fikir panjang sebabnya dia tak hormati keputusan aku awal - awal lagi then aku buat kesimpulan orang ni ada muslihat maybe undercover jer. Aku tak kisah la sapapun.. Yang pasti cukup la aku on FB, Blog, Email, akhbar online, google search dan benda2 yang majoriti berkaitan untuk blog aku dah cukup terisi masa bosan aku kat umah. So, pada sapa - sapa yang berhajat nak ajak Cik Lekit borak - borak kosong, sila humbankan niat anda dalam bakul sampah. Bukan sebab sombong tapi demi menjaga keharmonian rumahtangga aku supaya tak tergelincir dari landasan.

3 comments:

  1. kalau cekla ajak abby berchatting camne? kene reject gak ker?
    ^_^

    ReplyDelete
  2. kalau cekla bukan les.. di terima. kekekekeke

    ReplyDelete
  3. sbb hot sgt cik lekit nih...tu yg dia nak ajak chat tu...hehehhe

    kita selalu berbalas msg kan cik lekit...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com