WANG & POPULARITI MENGHUMBAN BLOGGER KE LEMBAH PELACURAN

2/28/2011 08:26:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Wah tajuk!! Hot & spicy gitu. Ramai dah dok kecoh - kecoh pasal blogger pelacur.. Ingatkan ada pelacur buat blog then mempromosikan aktiviti pelacuran rupanya tak?? Abis tu Lekit mendanya.

Okies.. sekali lagi mencetuskan kontroversi di dalam dunia blog, Lensarosak membuat kupasan pasal pelacur blogger. Panas! Pedas! Perit! Lekit nak ambil sikit statement dari entri panas lensarosak ni yer sebelum mengopek dengan pandangan peribadi melekit pula

Mengubah justifikasi blog akan menyebabkan dunia blog menjadi tunggang-langgang dan carca marba. Pada masa hadapan nanti, jika ia tidak di bendung. Dunia blog akan menjadi jijik dalam mata manusia kerana rakusnya para blogger mengejar dua hasil kapitalisma dunia iaitu ; wang dan populariti.

Apakah itu pelacur blogger?

Pelacur bloger boleh di definasikan sebagai seorang blogger yang mempunyai sikap untuk melacurkan pemikiran dan tindakannya dalam dunia blog di mana ia bertentangan dengan terma justifikasi blog demi mengejar wang dan populariti tanpa menghiraukan keadaaan sekeliling.


Ok cukup.. Nak baca lebih - lebih korang terjah sendiri yer blog Lensarosak tu. Panjang lebar kupasan dia pasal benda ni.

Seperti biasa ada betul & salahnya Lensarosak. Kadang - kadang Sang Lekit bersetuju dengan pendapat beliau tapi tak setuju pula dengan cara penyampaian beliau tu. Setiap orang ada hak memberi pandangan & pendapat masing - masing tapi berpada - pada dalam berkata - kata. Istilah, bahasa & perumpamaan yang di gunakan tu akan memberi kesan pada pembaca tak kira dari sudut positif atau negatif. Lekit pun kadang - kadang terkeluar jugak landasan.. Tapi sedaya upaya cuba berhati - hati agar tak banyak hati terluka.

Pasal wang & populariti di blog yang di istilahkan Lensarosak sebagai Pelacur blogger tu.. Bunyinya agak hina.. Tapi dinasihatkan membaca dulu isi kandungannya. Pelacur yang di maksudkan bukan la memperdagangkan tubuh untuk perkhidmatan seks. Memang ada orang yang berblog semata - mata nak duit & popular. Makin popular makin masyuk... Bagi Lekit pula permulaan blog ni langsung tak tahu pasal traffic, nuffnang or atau apa2 yg seangkatan dengannya boleh menjana pendapatan.. Just suka menulis. Tak tau pula sapa baca.. or ada tak orang yang baca. Tapi bila semakin jauh menyelam ke dasar blog banyak pula benda Lekit berkenalan. Bak kata pepatah alang kepalang menyelam.. minum air sekali.

Apakah Lekit juga tergolong dalam golongan Pelacur Blogger?? Ikhlas dari hati.. Bila menulis sesuatu memang memberi kepuasan pada Lekit. Bila penulisan kita mula berkaitan dengan banyak benda.. Semakin semangat berblog tu datang lebih - lebih lagi sesuatu yang mampu menjadi side income. Sapa tak nak?? Kalau orang tu taknak duit confirm dia takkan pacak apa2 iklan yang menjana pendapatan dari blog dia.

Mengambil sedikit lagi statement dari entri lensarosak...

Gelaran Pelacur Blogger memang layak-selayaknya di berikan kepada mereka yang mengejar trafik semata-mata.

Maka dengan ini Sang Lekit simpulkan AKU BUKAN BLOGGER PELACUR sebabnya aku tidak berblog semata - mata kerana wang, populariti mahupun traffic tapi untuk memketengahkan penulisan kita harus la kita memperkenalkan pada umum. secara tak sengaja kalau penulisan kita menjadi tatapan ramai popular & traffic tu akan datang seiringan.Tak guna menulis dalam blog sekiranya untuk tatapan peribadi. Baik save dalam h.disk or pendrive or private kan blog kalau menulis hanya untuk kepuasan sendiri & bacaan peribadi.Blog wujud bagi lekit untuk mendapat respond dari orang lain bila kita menulis sesuatu. Dari situ kita belajar memperbaiki kelemahan. Wujudnya blog ni sejak march 2009.. baru sekarang je di kenali sikit. Kalau betul niat aku dari awal wujudkan blog ni kerana semua tu.. Maka hari ni maybe aku bukan lagi di tahap ni. Dah berpuluh cheque nuffnang rasanya aku cash. ni satu pun belum lagi, camno tu?? kekekekekekekekee

Kesimpulannya... entri Lensarosak tu aku ambil Dari sudut positif lekit ambil agar Lekit tidak lari dari landasan penulisan blog kerana terlalu kejarkan populariti & wang walau kadang - kadang tu tergelincir sedikit. Biarpun kupasan dari artikel akhbar kadang - kadang jadi isu konon takde idea nak update entri guna artikel akhbar.. sebenarnya Lekit just share apa yang menarik dari pembacaan melekit jer.. Bukan semua pun tajuk utama Lekit kupas kupis. Kebanyakkan dari isu2 yang jauh di pendalaman akhbar Lekit korek.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AJAIB :NATASYA BERMATA X-RAY

2/28/2011 02:10:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Inilah kelebihan & keajaiban seorang gadis bernama Natasya kerana mampu membuat imbasan x-ray melalui matanya. kebolehan ni di sedari ketika berumur 10 tahun dimana Natasya tidak sengaja melihat seorang wanita mengandung yang melintas di depannya. Bila melihat wanita tersebut dia terkejut apabila dapat melihat Imej bayi & organ didalam badan wanita tersebut.


Pada mulanya, dia menyangkakan keadaan itu hanyalah khayalan tetapi apabila dia menoleh ke arah badan dan wajah wanita itu dia dapat melihat imej tulang dan teng­korak wanita itu seperti mana me­lihat imej melalui X-ray. Kemudian, dia cuba merenung orang lain yang lalu-lalang di hada­pannya dan sekali lagi terkejut apa­bila melihat imej yang sama. Pada sangkaannya, dia menghadapi masalah mata tetapi setelah menja­lani rawatan di hospital, ternyata dia mempunyai kuasa luar biasa meng­gunakan mata untuk meng‘X-ray’ orang ramai di sekelilingnya.


Orang pertama dalam keluarga­nya yang diimbas adalah ibu­nya sendiri. Namun keupa­yaan­nya tidak 100% jelas. Ia bergantung ke­pada keadaan kesihatannya kerana melakukan imbasan matanya amat memenatkan.


Memang ajaib! Itulah kuasa Tuhan.. Kadang - kadang apa yang berlaku di luar batasan pemikiran kita namun dengan keizinanNya tiada apa yang mustahil akan berlaku. Kelebihan yang di miliki Natasya ni adalah bukti kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Rujukan (Sinar Harian) : NATASYA GADIS MATA X-RAY - Boleh nampak organ manusia secara terus

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEDAI MAKAN BANYAK MEJA TAPI PEKERJA KURANG

2/28/2011 12:12:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Semalam sempat la mencuri masa en hubby untuk outing setelah sekian lama menyaksikan kebizi'an beliau. Memula gi maiden.. mana ntah lupa la. Tak silap shah alam. Beli barang sikit lepas tu terus ke Tanjung Harapan klang. Memula ingat nak makan kat sana.. Lagipun dah lama tak jenguk seafood kat situ.

Wah harga seafood agak mahal sekarang. Semalam juga orang memang ramai. Almaklum la hari minggu. Ramai yang bawak family beriadah or makan2 seafood kat situ. Kita singgah satu kedai makan ni tepi laut... Memang penuh la meja kat situ. Nak dapat meja kosong pun kena berebut - rebut juga. Satu bangun.. tak sampai pun 5 minit dah ada orang lain duduk.

Masa duduk tunggu amik order... Kat sebelah meja Sang Lekit tu ada satu family.. Ibu, Ayah & 3 anak. Anak dia nampak dah mula merenget lapar. Maybe lama sangat kot tunggu order sampai. Lepas tu tengok Bapak dia ajak family dia blah. Dapat la aku teka ni mesti lama sangat ni. Kalau tak.. takde la hangin orang tu. Kita pun tunggu jugak. 2 3 kali hubby panggil budak2 situ suruh ambil order tapi dia buat tak tau jer.. Nak tunggu ambil order pun setengah jam belum tentu lagi datang ambil... Kalau tunggu order ni maybe 1 - 2 jam baru sampai. Memang padat orang yang makan kat situ.

Yang peliknya.. Meja kat situ memang banyak tapi pekerja kurang. Kalau ko dah nak letak meja banyak - banyak & nak ambil pelanggan ramai - ramai pastikan kakitangan nak buat kerja tu cukup takde la customer nak naik angin. Ni tak.. tamak. Meja susun dah macam gerabak ktm, tapi pekerja ala - ala bas mini jer. Itu la nak ambil order.. itu juga la nak hantar order maybe itu juga kot yang nak siapkan order.

Tengok service kurang bagus... kita decide nak balik makan nasik lemak je kat Det Station, cheras. Dah tentu sedap sebab memang dah biasa makan. Orang tetap ramai tapi service dia takde la ala2 siput sedut sunti, kan. Kakitangan dia memang cukup & cukup cekap. Duduk jer.. dah ambil order. Tak payah tunggu setengah jam order dah sampai even orang ramai pun. Nasi lemak dia.. Siapa makan memang tak nyesal.

Gerai dia takde la cantik tapi sedap & nampak bersih (gambar pinjam http://www.foodbuzz.com/blogs/)

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MASIN JUGA MULUT AKU YER..

2/26/2011 08:18:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Dok lepak sorang - sorang kat umah tetiba jer teringat apa yang pernah aku cakap dulu. Tergelak juga sorang - sorang. Kekekekekekeke..

Di pendekkan cerita sebelum aku kawen, dengan mana - mana ex atau dengan family aku sendiri pun aku selalu cakap kalau aku nak kawen aku taknak bertunang, leceh. macam - macam step sangat. Aku nak buat simple wedding. Taknak grand2 sangat menyusahkan jer. Dah tu membazir. Lepas tu masa zaman - zaman rumaja dengan kawan - kawan pun aku selalu cakap aku taknak kawen dengan orang dekat - dekat. Kalau boleh nak dengan orang jauh.

Bila hampir tiba jodoh tu.. Maka terjadilah seperti apa yang aku pernah cakap walau aku tak merancang pun macam tu. Masa decide nak kawen memang tak sampai sebulan. Hubby yang cakap dengan mak & arwah ayah aku nak kawen dengan aku awal bulan april 2010. Time tu dia siapkan apa yang patut. Ambil borang semua. Minta kat mak & ayah aku nak kawen bulan march tapi abang sepupu aku tukar tarikh tu. Mak ayah yang masa tu belum terima menantu nampak excited. Time tu la jugak kita gegas prepare apa yang patut. Gi kursus, tempah baju.. Tapi memang takde prepare sebarang hantaran.

Dalam kekalutan prepare yang basic nak kawen, 24 April 2010.. Ayah pergi menyahut panggilan Ilahi dengan tenang. Tanpa menyusahkan sesapa. Tanpa sakit yang panjang. Hanya sesak nafas pada malam tu.. Then meninggal semasa perjalanan ke hospital. Semuanya perancangan pun berubah. Aku sepatutnya bernikah & majlis kawen pada 06.06.2010.. Bertukar tarikh kepada 28 April 2010 aku di ijabkabul dan majlis tetap di adakan pada 06.06.2010 sebab arwah ayah dah buat jemputan even belum sempat pun aku print kad kawen yang arwah ayah minta aku design sendiri walau aku cakap nak tempah jer arwah berkeras jugak suruh aku buat.

Semuanya terjadi tanpa di duga. Boleh rujuk entri ni untuk baca kisah di sebalik pernikahan aku : Disebalik pernikahan ku

Bila kenangkan balik apa yang pernah aku cakap dulu.. semuanya betul - betul terjadi. Aku tak pernah melalui alam pertunangan, wedding aku pun simple even jemputan agak ramai juga. Alhamdulillah cukup sampai ke malam makanan tu. Sedap lak tu nasi minyak yang kawan - kawan ayah masak secara gotong royong. Suami aku pun bukan 1 negeri dengan aku. Kedah bertemu KL. Masin jugak mulut aku ni yer... kekekekekekekekekeke

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KHIDMAT SEKS PADA PENOREH GETAH SANGAP

2/26/2011 03:39:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Mentang - mentang la harga getah melambung tinggi, maka dengan itu pelacur seberang ni ambil kesempatan la. Takpe la bang bau getah pun harum kalau berduit, ye tak?? Alkisahnya...

Seorang pelacur dari seberang yang di kenali sebagai Nina montok sanggup ni menjadikan stor usang di tengah kebun getah sebagai bilik untuk menjalankan aktiviti melacur bersama penoreh2 yang sanggap. Pompuan ni di katakan menghantar sms secara rawak kepada penoreh - penoreh tentang khidmat seks yang di tawarkan. Pakej yang di tawarkan katanya semurah RM50. Murah ker?? Murah la kot.. bagi mereka - mereka yang ketagih seks ni. Sanggup berbaris panjang menunggu giliran untuk melakukan seks dengan pompuan tu sambil di beri tayangan percuma menyaksikan aksi seks pompuan tu bersama pelanggan lain. Lepas sorang - sorang.. Yang dok tunggu giliran tu tak rasa jijik ker??

Malangnya aktiviti tu dapat di hidu pihak berkuasa setelah menjalankan aktiviti keji itu sejak beberapa hari lalu. Masa serbuan di buat ada dua orang warga tempatan yang berusia 42 & 51 tahun yang selebihnya warga asing yang berusia kira - kira 22 hingga 40 tahun. Aduhai pakcik - pakcik...  pun terjebak yer.

Macam - macam aktiviti tak bermoral warga asing buat kat negara ni. Dah orang bagi peluang cari rezeki tak reti ke kau nak cari rezeki elok - elok. Tu kes melacur.. yang kes - kes caras laki orang, kikis sampai papa kedana tak kira lagi berapa banyak. Kat indon dah berlaki.. kat Malaysia pun berlaki lagi. Dahsyat2 mereka - mereka ni.

Rujukan (harian metro) : Beratur panjang dalam kebun

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKU DI SYAKI MENCURI

2/26/2011 03:10:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Muka pencuri ker?? Tapi kan pencuri ada muka - muka khas ker yang boleh di kesan?? Tak jugak kan?? Tapi mencurigakan sangat ke gerak geri Sang Lekit ni sampai di spy macam tu skali. Apa kes ni?? Ni nak cerita la ni.. Alkisahnya petang semalam..

Alang - alang kepalang taualang kan dah turun buang sampah.. Tetiba terasa la nak makan buah jambu. Tetiba jer.. Padahal sebelum ni aku bukan gemar sangat buah2 camtu. Maybe ni la di katakan mengidam. Turunkan la jugak. Pergi la menapak ke mini market di blok D. Setakat cashier2 kat situ memang dah cukup familiar dengan muka aku. Dah dekat 5 tahun dok tengok muka ni pergi membeli belah kat sana takkan la tak kenal.

Masuk jer mini market tu.. terus meluru kat tempat buah. Malangnya hanya tinggal buah limau jer tergolek2 tapi hati ni tak sikit pun tergoda. Dalam peti sejuk umah aku pun melambak aku tak sentuh. Tak puas hati.. aku terpacak lama jugak usya - usya kot2 salah pandang ada la terselit kat memana buah jambu tu sambil tangan ni seluk la dalam poket sweater (semalam hujan then pakai la sweater). Tetiba datang sorang minah ni muka ala2 myamar jer.. Konon2 susun air kotak yang memang sejak tadi aku tengok dah tersusun rapi sambil usya aku macam aku ni salah jer. Jeling - jeling hujung mata.

Dari pandangan dan raut muka mymar dia yang tak bapa aku gemar tu pun aku tau dia curiga dengan aku. Memang tak puas hati la.. Dok pandang - pandang macam aku nak mencuri. Paling - paling ko tanya la aku cari apa. Ni tak dok tercangak kat situ sambil pura - pura susun air kotak sambil pandang aku macam muka aku ni muka pencuri. Aku ambil air kotak dalam peti sejuk.. Then aku sound.. Kau fikir aku nak mencuri ker?? Dia tak membalas tapi membontot aku sampai ke kaunter cashier. Kat cashier tu ada anak tokei dia jaga.. dia dah familiar dengan aku. Takde la dia nak syak aku mencuri. Lagipun kat situ cctv bersepah.

Moral of the story... Kalaupun ko rasa customer tu macam something & ko memang tak kenal ko jangan simply2 nak pandang orang macam tu. Guna la kaedah mesra alam sikit. Pura - pura tanya barang yang dia cari kalaupun ko nampak dia lama tercongok kat satu tempat tu. Maybe customer tu perlukan bantuan. Jangan nak pandang dengan raut wajah syak wasangka. Boleh mengundang kemarahan orang tau! Apa kau fikir selama aku hidup ni aku makan hasil curi ker?? Takde pendidikan moral punya orang!

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GEMPAR! KUCING CURI BARANG DARI RUMAH JIRAN

2/25/2011 01:05:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Aksi seekor kucing yang mencuri lebih 600 barang dari kediaman jiran-jirannya di sebuah bandar di California dirakam kamera pengawasan sejak tiga tahun lalu. kucing tersebut mengambil barang daripada span mandi dan mainan dinosaur hingga kepada pakaian renang,Tuala, sarung tangan, kasut, stokin dan permainan kanak-kanak antara barang yang dibawa kucing tersebut.Rakaman video menunjukkan kucing tersebut membawa beberapa barangan yang dicuri di mulut, termasuk satu pakaian labuh hingga membelit kakinya dan menyebabkan ia terincut-incut mengheret pakaian itu.

Bukan makanan yang di curi tapi berupa barang & pakaian. Kenapa ekk dia mencuri benda - benda tu?? Agak kelakar tapi penuh misteri. Kalau si hero, kucing yang di potong kedua belah kaki depannya kerana mencuri ikan maybe sebab lapar, agaknya kalau kucing ni curi barang manusia kejam yang buat Hero jadi macam tu.. Rasanya hilang nyawa dah.

Hero yang di kejami manusia

Apapun dia hanya seekor kucing yang tak berakal. Haruskah kita bertindak kejam pada si comel hanya kerana mencuri?? Tak sanggup Sang Lekit nak menghukum dengan kejam kalau ianya cuma seekor haiwan seperti kucing. Cukup sekadar mengurung buat sementara waktu bagi memberi pengajaran padanya. Tak perlu nak siksa haiwan tu even dia membuat kesalahan sekalipun.

Rujukan (Harian Metro ) :Kucing larikan 600 barang dari kediaman jiran

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APA ITU IKLAN CPC, BE & CPA NUFFNANG?

2/25/2011 12:15:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Bila Sang Lekit sebut BE, CPA.. ramai juga blogger yang tanya macam mana iklan BE, CPA tu.. Apa tu BE? Apa tu CPA?? Lekit dah mula faham.. CPC, BE & CPA ni hasil pembacaan kat blog - blog orang lain tapi bila nak karang entri pasal ni jadi blur lak. Okies.. Hasil rujukan dari apa yang Lekit search, Lekit share bersama Backlink ke blog tersebut. Yelah.. Just pinjam jer... Bukan niat nak plagiat artikel orang kan?? Tu pun sebab ramai sangat yang tanya setiap kali Lekit sebut pasal ni kat blog.. Jom Kita berkenalan dengan iklan - iklan nuffnang...

CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings (BE))
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu (kalau kat blog melekit kebanyakkan 1 bulan la…)
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn… 
  • Penambahan dari melekit ... Klik tidak diperlukan untuk menjana pendapatan, tetapi anda boleh mendapat bonus sekiranya markah CTR (click through ratio) anda tinggi.
Apakah Buffered Earnings(BE) Dan Metered Earnings (ME)
Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.

Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings,blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang.Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu,korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang.Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda.Ini kerana,pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.

Sumber Rujukan (clik je untuk lebih maklumat) :2DAY BLOGGER.COM

Apa itu CPA?

CPA atau Cost Per Action adalah sejenis pengiklanan dimana pengunjung perlu mengisi borang atau survey.Contoh paling senang macam ni la.Korang pergi satu website then tertulis perkataan ni “Anda Ingin Menangi Sebuah Laptop?Sila lengkapkan form dibawah”..Tak faham lagi?Tengok contoh clik DISINI

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAAT TENGAH MALAM.. IKLAN BE MULA MENARI NARI

2/25/2011 12:23:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Meriah tengok blog sendiri. Rasa anggun, ayu & menawan gitu.. Kekekekeke

Bukannya apa bila tengok iklan BE yang sedang rancak berjoget - joget.. Sejuk mata memandang apalagi hati mengenang, kan?? Sekarang ni jarang nak update or online midnite so bila skali skala dapat midnite online, nak2 lagi tengok iklan BE macam pesta muda mudi kat blog lagi la bertambah semangat berblogging.

Apalah guna ada BE kalau iklan CPA jer yang dok keluar, kan?? So, Bila ada BE dari siang sampai tengah malam aktif jer dia kat blog, amatlah buat mana - mana hati blogger suka. Betul tak?? Tapi sekarang ni memang perasan kat blog aku... sentiasa aktif dengan iklan BE tak kira siang malam berbanding dulu tengah malam je baru nampak keaktifan dia.

Apapun thanks Nuffnang sebab sudi penuhkan tabung saya.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SITI CALL

2/24/2011 11:46:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Wah.. korang ada Siti call?? Takde kan?? Harus la Sang Lekit berbangga sebab dapat call dari Siti. Teruja kan kalau dapat call dari Siti?? Siti mana ni Lekit Ooii.. Boleh tak jangan propa lebih - lebih??

Okies.. Lekit tak propa. Memang Siti Call tadi. Sebelum Siti call adik Lekit terlebih dahulu call minta izin nak bagi number aku kat Siti. So, lepas bagi keizinan tak sampai 5 minit siti call. Masalahnya Siti Mana?? Siti Nurhaliza ker?? Alahai... Lekit bukan cikgu shida yang popular sampai Dato Siti Nurhaliza nak call. Sapalah blogger tepian longkang ni yang tak semena - mena nak dapat call dari Dato Ct tu kan??

Siti ni adalah kawan baik aku sejak dari kecik lagi. Kiranya sebelum kenal ABC, aku kenal dia dulu la. Kira membesar sama - sama la hingga ke sekolah menengah. Menikmati zaman remaja yang penuh siku liku bersama - sama. Terpisah bila mak bapak dia bercerai. Tapi time still ada contact. Lost contact sejak 2 3 tahun ni jer... Dia kawen pun aku tak balik kampung, aku kawen pun tak sempat jemput dia sebab hilang contact. Anak dia pun dah 2 tahun..

Tetiba tadi dia jumpa no adik aku then dia call tanyakan no aku. Tu yang dapat contact balik. Takde apa di borakkan sangat selain tanya khabar. Masing - masing dengar khabar masing2 jer la. Tapi ternyata dia masih memahat nama aku dalam hidupnya. Bukan aku taknak cari.. Tapi ada sedikit terkilan dulu seolah - olah aku terpinggir dari nama sahabatnya. Tapi semua tu dah terlalu jauh berlalu. So, aku tak ingat lagi.

Apa yang penting.. Anggaplah ia seperti satu permulaan. Apapun dalam sejarah dulu dah tercatat kami pernah sangat2 akrab. Aku pernah terlalu sayangkan dia. Tapi dalam sejarah. Sekarang dah banyak berubah. Pada persahabatan tak mungkin lagi aku dapat bagi peratus komitmen yang tinggi macam dulu. Apapun ingatan dari siti yang sudi call aku lagi, amat aku hargai.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA BERAS CURI LEBIH BERHARGA DARI NYAWA

2/24/2011 07:35:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Sorotan dari kemalangan sebuah treler yang membawa beras semalam.. Hari ni dalam kosmo pemandu treler tu meluahkan perasaan kecewanya bila orang ramai lebih ghairah mencuri beras dari membantu mangsa kemalangan yang cedera.

Mereka di biarkan selama satu jam tanpa di hiraukan rayuan mangsa meminta di hubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori. Dalam kejadian tu kelidan lori tersebut meninggal dunia.

Aduhai orang - orang yang mencuri beras.. Kalau treler tu tak accident gamaknya anak bini korang kat umah mati kebulur kot sampai bersikap kejam macam tu. Dah la korang curi beras, bawak balik bagi family makan benda haram, sangat la bagus yer! Agaknya nilai beras tu lebih berharga dari nyawa kot sampai korang sanggup buat tak tau kat dorang. Sungguh keji la perangai pencuri - pencuri beras ni.

Nak kata yang dok kutip beras - beras tumpah kat jalan tu orang - orang miskin yang tak cukup makan rasanya tak kot. Tak tau nak cakap macam mana spesis - spesis manusia macam ni tapi memang sangat - sangat keji. Kenyang la korang makan rezeki haram tu. Takde yang dapat mimpi ngeri ker??

Rujukan kosmo) : Sikap kejam pencuri beras

AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MONOLOG MELEKAT HARI INI

2/24/2011 06:29:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Bukan benci
Namun jangan di ganggu
Seperti aku..
Tak pula mencari kamu
Memaut kehidupan aku dengan kamu dan kamu
Kenapa kamu dan kamu itu
Tak Malu?
Kenapa harus ada lagi?
Antara Kami?
Kamu punya tak pernah aku tanya khabar berita
Aku punya ada saja kamu cipta tanya
Kamu dan Kamu itu
Tolong jangan ada dalam kehidupan aku
Sungguh aku tak suka
Tolong jangan mengada ngada!

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA OTAK BEKU.. HATI MULA CAIR

2/24/2011 05:52:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Sob.. sob.. Otak den harini membeku je. Nak update entri pun tak tau nak tulis apa. Tadi tergoda juga dengan segmen BA, Tuan Derector tu.. dah masukkan watak semua tapi tak tau nak buat cerita apa. Save dalam draff dulu ingat petang2 skit idea datang tapi sampai sekarang takde.

Hati ini mula la menjadi cair.. kesedihan. Kenapa hari ni blur sangat. Tapi... Itulah manusia. ada hari jatuh & bangun. Ada hari penuh dengan idea.. ada hari yang macam lemau. Taknak push otak ni lebih - lebih. Kang dari suka - suka jadi duka lak. Kalau takde idea takpe la.. Rehat dulu. Maybe bukan rezeki nak join segmen BA tu.

Baca paper hari ni pun takde apa artikel yang menarik minat nak kupas kupis. Sebab tu diamkan saja jari ni sepanjang hari. Maybe malam kot - kot ada something nak share. So ini cuma entri takde pengisian. Maaf ler kalau membosankan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BE YANG KE 13

2/24/2011 01:47:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Bunyi macam banyak sangat BE yang tengah running kat blog melekit ni kan?? Memang la jumlah keseluruhan BE yang Lekit pernah dapat dah mencecah 13 BE setakat ni... Tapi tolak 5 BE yang dah berpencen jadi ME maka tinggal la 8 BE yang masih menabung.

Hari ni Nuffnang bermurah hati bagi satu lagi BE menjadikan jumlah kesemua BE yang aktif sebanyak 8 BE. Alhamdulillah. Kiranya BE kat blog melekit ni sejak 1st time dapat sampai la sekarang tak putus - putus lagi la. Ni pun rezeki dari Alllah. So kena mensyukuri walau sikit.. Tapi takpe biar dia menabung lama - lama membukit la tu.

Apapun ni bukan kerana usaha Sang Lekit sorang - sorang, tanpa sokongan semua yang sudi menjenguk teratak melekit ni maybe tak dapat la apa yang Lekit dapat sekarang. Ucapan terima kasih ni juga buat semua kawan - kawan blogger yang sentiasa memberi sokongan pada blog ni. Thanks so much. Jasa mu di kenang. Kekekekekekeke

BE YANG KE 8

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Blog Hitam

2/23/2011 06:58:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Kali ni tetiba jer rasa nak join Segmen dari Blog Pilihan Malaysia setelah di ugut dengan tag oleh cik Yana.. Wah ugut tu. Macam kes jenayah lak, kan?? Di sebabkan kami dari keturunan blog yang sama warna.. Maka di kira macam adik beradik la jugak.

kenapa Sang Lekit memilih hitam?? Hitam itu menawan, mutu & keunggulan.. Kekekeke.. Memang kedengaran seperti mencedok dari iklan yang pernah siar kat tv dulu. Ok.. Kenapa Sang Lekit memilih tema hitam kat blog ni.. Hitam tu bagi lekit nampak luas, then senang nak match dengan warna - warna lain (kecuali warna gelap ler.. tapi warna gelap ni tak banyak so warna cerah & ceria lebih banyak pilihan). Dan menyerlahkan header, widget, gadget or apa attachment dalam entri. Dengan memilih warna hitam ni.. Membuatkan blog Sang Lekit lebih nampak kemas, ringkas & menarik. Tu bagi pendapat melekit ku la. Korang rasa macam mana Sang Lekit tak tahu lak.

Segmen ni harus tag 2 blogger atau lebih pun takpe yang mempunyai tema warna yang sama dalam blog. Sapa ekk... Jom kita tengok sapa yang kena??

1. Warkah Seorang Lelaki
2.Tentang Seseorang
3. Rasa Hati

Bagi mereka - mereka yang nak join.. Tak kira blog korang warna apa sekalipun.. Sila Clik : Blog Pilihan Malaysia

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR MISTERI KUBUR MENANGIS

2/23/2011 09:18:00 AM suria lekatlekit 16 Comments

Dah ala - al seekers lak Sang Lekit kupas kupis entri misteri ni, kan?? apa yang misteri sangat tu?? Ni nak cerita la..

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis. Remaja berkenaan meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit. Menurut seorang jirannya, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

 Kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kubur tu. Kesahihan dari suara tangisan tu pun takde saksi dapat membuktikan. Jiran beliau yang di interview pun cakap dia dengar orang cerita je bukan dia sendiri yang dengar suara tangisan tu. Apapun hanya Allah sahaja yang tahu. Sama - sama la kita doakan rohnya tenang di alam sana.

KUBUR Desi Tri menjadi tumpuan ramai di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur semalam.

Rujukan (kosmo) : Misteri suara tangisan dari dalam kubur

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANI BANK CURI SELUAR DALAM

2/23/2011 07:13:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Ni la dikatakan pakai baju tak ukur badan sendiri. Dah tau tak mampu nak pakai barang branded, tak payah la sampai sanggup mencuri. Alkisahnya..

Seorang kerani bank berusia 29 tahun ni sanggup mencuri & bergelut dengan pengawal keselamatan hanya kerana nak pakai seluar dalam mahal berjenama. Ha.. Kau! Kalau dah mampu pakai scarlet jer.. pakai je. Janji halal dari kau mencuri, kan?? Ko pakai seluar dalam mahal pun ko nak tunjuk kat sapa? Ko nak jadi macam superman ker?? pakai spender kat luar??

* Teringat pula sang Lekit kenangan semusim lalu.. Jenis kawan kawan yang suka curi seluar dalam ni. Sampai pelik jadinya. Tapi kalau orang dah biasa mencuri ni.. Tak boleh nak buat apa. Dimana & kemana saja dia macam ketagih je nak mencuri even benda - benda yang tak di perlukan pun.

Rujukan (Harian Metro) : Dicekup curi seluar dalam

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENAPA CONTEST, GA OR SEGMEN KORANG TAKDE SAMBUTAN?

2/22/2011 08:36:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

kadang - kadang takut juga nak bagi pandangan biarpun takde niat nak menjatuhkan sesapa tapi masih ada yang suka ambil dari sudut yang negatif & memandang sebagai sesuatu yang menjatuhkan mereka bila something yang Lekit kupas kupis seolah - olah terkena batang hidung blog dorang kan?? Tapi dalam hidup ni kalau asyik takut jer.. Harus la menyorok bawah tempurung macam katak.

Okies.. membaca rintihan deqdeq pada contest beliau yang slow sangat feedback dari blogger lain tergerak hati dan jari ni nak buat entri ni. Tak di nafikan syarat contest deqdeq agak berat.. Maybe sebab tu la feedback kurang. Seperti kita sedia maklum.. Rutin harian kita dah terbeban dengan macam - macam perkara tak kira la kerja, rumahtangga or apa - apa jer yang kita manage hari2.. So bila kat blog ni macam salah satu kita mencari something untuk release tension. Contest macam jajan or cikedis or senang paham makanan ringan la kat blog. Di samping menghiburkan kita maybe ada dapat something kalau bernasib baik. Sekadar suka - suka di samping menampah traffic kat blog. Kenapa walau hadiahnya keychain je pun banyak penyertaan??

Kat situ kita kena fikir.. Bukan hadiah yang di kejar sangat tapi manafaat dari sesuatu yang mudah di sertai. Contohnya macam menambah kenalan atau takyah kias - kias la follower, UV & traffic blog. Sebenarnya itu lebih di kejar bila seseorang blogger menyertai contest, GA, or segmen di blog bukan hadiah sangat pun.

kenapa perlu syarat yang simple untuk sesuatu GA, contest or segmen?? Supaya blogger tidak terasa terbeban untuk menyertai.. Bukan la blogger melayu ni malas fikir or apa - apa. Bayangkan kadang - kadang penat bekerja balik rumah uruskan rumahtangga suami & anak - anak lagi then otak dorang juga perlukan rehat. Nak mencuri masa untuk buat study semata - mata nak sertai sesuatu contest, GA or segmen tu.. Maybe dorang rasa berat kot. Nak - nak lagi sekarang ni melambak contest, GA or segmen kat blog.. so mana yang agak perlukan komitmen tinggi nak sertainya maybe ter skip la.

Sebab tu la mana - mana blogger yang berniat nak buat GA, contest or segmen perlu peka dengan apa yang blogger suka. Contest yang simple menarik apatah lagi memberi feedback yang bagus pada blogger yang menyertai macam segmen anjuran Ben Ashaari tu, Insyaallah takkan mengecewakan si penganjur. So, kita kena faham kebanyakkan blogger adalah yang bekerjaya, berumahtangga & pelajar. Masing - masing ada komitmen di luar blog mereka. Tak boleh jugak kita salahkan dorang kalau contest Ga or segmen kita kurang sambutan bila syaratnya sedikit berat.

Ok.. akhir kata, ni cuma pandangan & pendapat peribadi Lekit mengikut pemantauan & kajian sendiri jer. Mana - mana blogger yang terasa terlebih dulu lekit minta maaf yer. Okeylah.. sesapa yang berminat nak join contest deqdeq sila clik : Contest 5-5-5 oleh DeQdEq

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ANAK KEBULUR MAKAN NAJIS DI TINGGALKAN IBU

2/22/2011 01:55:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Kisah ni amat la menyedihkan bagi sang Lekit.. Kisah tiga kanak - kanak malang. Setiap kali ibunya keluar bekerja mereka akan di kurung dalam rumah tanpa di sediakan makanan dalam keadaan rumah yang tidak terurus.

Paling menyedihkan bila ibunya langsung tak pulang menyebabkan kanak - kanak ni hampir kebulur. Pernah salah seorang kanak - kanak ni makan najisnya sendiri sebab terlalu lapar. Ada juga jiran yang bersimpati menghulurkan makanan pada kanak - kanak malang ni.. Tapi malangnya bila di ketahui ibunya.. mereka di pukul kerana mengambil makanan dari jiran - jiran.

Kanak - kanak malang ni pernah di hantar ke rumah kebajikan tapi di ambil semula oleh ibu - ibunya. Kalau dah tak berkemampuan menguruskan anak - anak kenapa ekk ibu ni ambil balik & biarkan anak - anak dia menderita kelaparan setiap kali di tinggalkan ketika dia keluar bekerja?? Mampu ke si ibu ni menyuap makanan ke mulut sendiri tanpa memikirkan anak - anak yang tak makan di rumah?? Kerasnya hati si ibu ni kan??

Kini kanak - kanak ini di tempatkan di pusat perlindungan sementara siasatan di jalankan untuk memastikan samada si ibu layak atau tidak menjaga 3 kanak - kanak ni.


Rujukan (sinar harian) :Sampainya hati ibu

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FACEBOOK HARAM GAMBAR IBU MENGANDUNG

2/22/2011 12:18:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Wah.. ni maybe mendatangkan kemerajukkan pada ibu - ibu yang sedang mengandung. Apa salah ibu mengandung sampai tak boleh upload gambar ketika perut memboyot. Sabar dulu. Baca kisah selanjutnya...

Alkisahnya.. Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook. Gambar wanita itu yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya. Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma 'berbogel. wanita yang berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup.Jom lihat gambar yang di katakan berbogel ni...

Angela yang berusia 34 tahun

Gambar camni pun kena haram.. Abis gambar berbikini tu boleh lak upload. Or pakai baju dedah atas bawah. Tak paham betul. Apapun kalau korang nak baca berita terperinci sila clik : Facebook haramkan gambar wanita mengandung

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUKAN SETAKAT PERCAYA, BACA PUN DOSA

2/21/2011 06:23:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Di petik dari status Fanpage
Ustaz Mohd Kazim Elias
‎"Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya"

Kat Facebook memang popular benda - benda ramalan ni.. Tak kira la ramalan tarikh lahir, sifat perwatakkan seseorang melalui tarikh lahir. Yang sedang popular sekarang Lekit tengok dorang dok post perwatakkan seseorang melalui tarikh lahir yang di kaji oleh seorang pakar motivasi yang popular & tak asing lagi kat Malaysia ni. Kadang - kadang kusyuk kita membaca, kebetulan pulak macam sama jer perwatakkan atau pergolakkan yang berlaku dari ramalan yang di buat kita pun terpengaruh la mempercayainya. Tahukah korang apa hukumnya. Rasanya ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak ambil peduli. Tak pe la nak share bagi mereka2 yang peduli.

Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).


SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.


walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam.


Di Petik dari laman blog :ISLAM IS MY IDENTITY

Sang Lekit dah lama tak membaca benda2 ramalan ni sejak tahu.. Dulu masa sekolah rajin jugak la belek majalah remaja.. Kan kat situ ada ruangan horoskop tiap2 bulan. Terpercaya juga la.. Al maklum la budak - budak. Tapi selepas tahu.. Memang Lekit cuba elakkan dari membaca sebarang ramalan tarikh lahir ni. Dulu ada la kawan sang lekit ni.. Sampai sanggup bayar RM60 kat apek yang dok tilik nasib kat kaki lima. Zaman2 Jahiliah la katakan masa tu. Tapi Lekit takde la terjebak sebab kalau dah sampai macam tu.. Tahu memang berdosa.

So, Pada Uolls.. hope info - info begini dapat membantu kita elakkan diri dari termelakukan perkara2 yang salah. Sama - sama kita kongsi berkongsi ilmu yer. 

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BULU KUCING TIDAK MEMBATALKAN SOLAT

2/21/2011 04:29:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Bagi cat lovers ni.. memang tak boleh lari dengan bulu buluan kucing yang melekat pada pakaian, selimut bantal, atas katil atau kat mana2 je la. Abis.. dah nama pun cats lover kan.. Kalau stakat bela kucing macam hamster berkurung 24 jam, tu tak di namakan cats lover. elok la dia beli patung kucing letak kat meja sudut. Lebih kurang camtu gak gaya belanya.. lagi jimat tak payah bagi makan, cuci or bersihkan dia.


Maybe yang tak tak tau atau was - was tentang bulu kucing yang melekat pada pakaian solat kita. Ada yang kata najis then batal.. Sebenarnya kucing bukan tergolong dalam golongan najis walau haram di makan. Merujuk ruangan Anda Musykil Dr Mashitah Jawab 

Pertamanya, kucing bukan haiwan yang najis, namun ia haram dimakan. Rasulullah SAW ada menyebut bahawa kucing termasuk dalam binatang yang selalu berkeliaran dengan manusia, jadi bulunya tidak najis.
Pada zaman nabi, ada seorang sahabat yang selalu membawa kucing dalam poketnya sehingga digelar Abu Hurairah.
Tidak pula diriwayatkan dia disuruh membasuh bulu kucing jika ia najis. Maknanya tidak perlu diulang solatnya kerana ia sah.


So, pada yang was - was sebelum ni hope apa yang di share kat sini dapat memberi info kepada korang. Tak payah risau la takat bulu kucing tu.. Kecuali yang ada alahan tu lain cerita la. Tapi bagi Sang Lekit adik beradik yang membesar bagai juara bersama kitty2 ni.. Takde sorang pun ada penyakit bahaya di sebabkan kucing. 

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

600++ SUDAH

2/21/2011 01:15:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Alah.. Tu pun nak canang kan?? Orang lain dah kumpul ribu riban rilex jer.. Tapi bagi sang Lekit ia satu penghargaan bila ada yang sudi singgah, follow, comment, jenguk ke blog ni. Lekit takde la anjurkan sebarang contest, GA, segmen or apa - apa sebab belum berkesempatan lagi hanya mempertaruhkan entri setiap hari & join 1 2 segmen BA (sekarang kurang sikit) untuk blog ni. Apapun prestasinya agak meningkat dari hari ke hari kalau sentiasa update.

Dari segi traffic memang kalau tak update tu.. dia akan maintan 100++ UV setiap hari.. Kalau rajin update cecah la juga 300++ UV (mengikut Analitik Nuffnang la). Tabung Nuffnang pun takde mengecewakan sangat. Dengan adanya BE maka setiap hari ada la kerdit sikit - sikit masuk. Tu pun rezeki, harus bersyukur. Bak kata pepatah.. sikit - sikit lama - lama jadi bukit. Yang penting rajin & usaha.. Kita nak harap Tuah datang bergolek memang takkan ada nya, kan??

Semalam ramai juga yang singgah tapi akibat berukban ni semput - semput semalam sampai nak loading blog sendiri pun tak lepas so tak dapat la Lekit nak buat kunjungan balas. Insyaallah hari ni kalau takde aral melintang pukang, Lekit akan cuba terjah seberapa yang boleh.

Apapun Thanks pada semua yang menyokong blog ni.. Tak kira la korang datang sekadar lawat depan halaman jer.. Tapi kehadiran korang tetap menyumbang traffic kat blog ni juga apatah lagi yang sudi singgah & baca entri tak kira yang silent reader or tinggal comment, sangat - sangat Sang Lekit hargai.

Follower setakat ini

Pageviews tertinggi semalam

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI SARAH RAISUDDIN & SHUIB SEPAH

2/20/2011 12:05:00 PM suria lekatlekit 26 Comments

Tahniah buat penyanyi Siti Sarah dan Shuib Sepah yang akan bernikah pada 26 Februari, Sabtu depan di Bangsar. 

Akhirnya Jejaka melayu juga yang bakal bertakhta di hati Siti Sarah Raisuddin setelah putus tunang dengan Mat Saleh, kan?? Apapun dah tertulis jodoh Siti Sarah bukan dengan omputih.. Apapun moga majlis itu berjalan lancar & sempurna seperti yang di rancang & rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

 Op's bukan nikah dengan yang ni ok! Yang ni dah reject tapi..

Ini dia bakal pengantin baru.. Sarah & shuib
Hasil Carian Google

Rujukan : Kosmo

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF

2/20/2011 10:42:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

http://www.benashaari.com/2011/02/segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif.html




 Hari ni sempat join segmen BA. Yahoo... Saya seorang blogger yang aktif... yer memang saya blogger aktif sebab kalau takde aral melintang pukang saya akan update lebih dari 3 entri 1 hari.

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMADU DENGAN PONDAN

2/20/2011 10:07:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Pondan - pondan zaman sekarang ni memang hebat! Kerananya lelaki yang pada mulanya straight sanggup tolak pompuan gitu. Itulah penangan layanan pompuan tiruan a.k.a pondan. Alkisahnya..

Seorang Akak ni di tipu suaminya konon di madukan selepas kawan - kawan akak ni selalu nampak laki dia keluar dengan perempuan. So, dia desak la laki dia tanya then laki dia bagi alasan kononnya sudah berkahwin di Thailand. Wanita yang di katakan madu pada akak ni.. di propa dengan kisah kononnnya anak orang susah & yatim piatu. So, akak yang baik hati ni walau hancur luluh hatinya di madukan, redha & terima jer sebab kesiankan madunya ni.

Tapi Alangkah Malangnya selepas 18 Bulan konon hidup bermadu.. Sekali lagi akak ni menerima kejutan bila menerima panggilan telefon yang meminta menjamin suaminya yang di tahan kerana berkhalwat pada malam yang kononnya giliran madunya tu. Sangka akak ni laki dia main kayu tiga lagi dengan pompuan lain tapi jauh meleset.. Bila sampai kat balai, suaminya menjelaskan dia tak pernah di madukan then alasan tu di gunakan supaya mudah sang lelaki ni bagi alasan bila nak tidur rumah pondan tu. Dah tu lepas akak ni ikat jamin laki dia.. Laki dia terus blah tinggal dia kat balai terus pergi jamin pondan tu pula dengan kawannya.

Aduhai lelaki.. Isteri sebaik tu dianiaya sedemikian rupa. Maybe terlalu baik, lelaki ni ambil kesempatan. Bagi yang baik, dipijak2... Dapat yang tak baik, baru kau pula kena pijak2 nanti. Apapun akak ni pun dah pun bercerai. Bagus la kak.. dari bersuamikan manusia songsang macam tu lagi bagus tak berlaki, kan??

Rujukan (harian Metro) : Suami pilih pondan

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENYAMARAN YANG HAMPIR - HAMPIR BERJAYA NAMUN

2/20/2011 02:11:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Agak berjaya... Namun mungkin dari faktor size & fizikal membuatkan penyamaran ni gagal..

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Bila Gajah menyamar Panda.. cute, kan??

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KECOH KAT FB ANAK KUCING HILANG

2/19/2011 10:40:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Teknologi sekarang memang banyak manafaat. Dulu kalau nak bersembang, borak kosong.. mana ada tenet.. mana ada sms.. paling2 telekom malaysia la. tak menabung kat publick phone, confirm menternak bil kat telefon umah, kan??

Tapi sekarang tak lagi... Nak sembang YM ada.. sms ada, sekarang ni twitter & Fb. Ni kes aku dok bual sambil bebel kat adik bongsu aku di kampung kat FB. Dia bagitau Saloma & Melur hilang petang tadi.. Suraya mak pada saloma & melur buat tak tau jer, tapi Lulu lak yang meroyan cari saloma & melur. Jom ikuti perbualan kami adik beradik dari petang tadi bersambung episod hingga ke malam..

Bagi yang tak berapa nak faham loghat kedah ni.. maaf la yer..

Jom aku perkenalkan watak - watak yang di sebut dalam perbualan aku dengan adik bongsu aku ni...

Saloma & melur
Lulu
Suraya

Adik beradik aku ni semua pencinta kucing.. So, tak pelik la akak no 2 aku sampai nangis2 camtu. Maybe dia rasa bersalah & risau la tu. Dia techinicial kat kilang, sebab tu la aku syak kucing tu tertinggal kat kilang tempat dia keja. Tu la gunanya teknologi sekarang untuk di manafaatkan bersama adik beradik. Aduhai.. maybe bagi korang macam kelakar tapi aku kat sini pun rasa kesian & risau jugak bila anak kucing hilang. Mula terbayang kalau apa - apa jadi kat dia.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DATO SITI NURHALIZA & SUAMI BINA MASJID DI SG PETANI

2/19/2011 08:14:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Tahniah pada Dato Siti Nurhaliza & suami diatas kejayaan mereka membina sebuah masjid yang tersergam indah di Sungai Petani Kedah.


Kalau Artis Lain sibuk kumpul modal nak buka SPA, butik, Produksi film, Recording Company.. Siti Nurhaliza yang dah ada lebih dari tu memilih membuat kebajikan untuk Pembinaan Masjid. Dah siap pun.. Khabarnya akan di rasmikan Oleh Sultan Kedah. Untuk keterangan lanjut sila terjah ke blog : BLOG SENSASI

Moga dengan sumbangan ini Beliau & suami mendapat keberkatan dalam hidup, di limpah rezeki yang berganda - ganda. Amin

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LEKIT GOALKEEPERS PASUKAN UJANG

2/19/2011 06:37:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Tak sangka.. Si kaki kerusi ni boleh jadi Goalkeeper yer. Tak lama lagi meletop la blog melekit ni.. Sapa - sapa nak menyendeng silakan berbuat demikian mulai sekarang yer... kekekekekekek

Takde makna la Lekit Ooi blog kau nak meletop hanya sebab ko Goalkeepers Ujang. Abis Blog Ujang Meletop.. Mestilah Lekit pun boleh meletop kan?? Apa kes ni..

Tadi jenjalan singgah blog Ujang sebab dia ada update entri baru kan??? Selama ni tak pernah lak nak belek2 blog ujang tu, tak tau pulak yang Sang Lekit berjaya menggoda si Ujang sehingga beliau menyenaraikan Sang Lekit dalam kategori Goalkeeper di bloglist dia. Thanks yer Ujang.. Sudi juga mencemar duli Sang Ujang dengan Blog melekit ni. Terharu beb!

Yelah la.. sapalah Sang Lekit nak di bandingkan dengan Sang Yana di hati Sang Ujang kan?? Kekekekekkekekeke

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AIR MANI KUDA UNTUK HIDANGAN PENGGEMAR MAKANAN EKSOTIK

2/19/2011 05:14:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Sanggup ke Uolls menjamah seperti menghirup sup yang lazat lagi berkrim atau seperti coffee ber creamer pekat manis?? Oh.. Tidak! Najis! Aduhai manusia dah takde benda lain ke nak di jadikan hidangan. Makin lama makin pelik lak makanan2 manusia ni. Alkisahnya... di sebuah negara bernama New Zealand menyediakan air mani kuda kepada penggemar makanan eksotik.

Sajian itu akan disediakan dalam majlis tahunan Festival Makanan Eksotik di bandar Hokitika di Pulau Selatan bulan depan bersama hidangan lain seperti kala jengking, kumbang disalut cokelat dan ulat goreng. Sajian air mani kuda dapat memberi kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu.

Rujukan (Harian Metro) :  New Zealand perkenal hidangan air mani kuda

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MONOLOG MELEKIT HARI NI

2/19/2011 03:25:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Apa juga yang datang dalam hidup ini cuma satu ucapan aku.. Terima kasih!

Apa juga yang di beri dalam hidup ni juga sama ucapan aku.. terima kasih!

Sebab aku tak rasa ada lagi ucapan yang paling manis selain.. Terima kasih!

walau yang terhampar bukan satu kemanisan.

Dah biasa.. Dah takde rasa.. & biarkan saja.

Apa yang sedang berjalan.. teruskan

Jangan berhenti di tengah jalan

kena langgar, takde jaminan

Berjalan di tepian dengan cara arus bertentangan

agar kita nampak apa yang datang

Agar senang pandang

Ini bukan monolog di jalan raya

Tapi monolog seorang insan biasa di kehidupan serba menduga.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NUFFNANG SANGAT PEMURAH, BAGI BE 2 HARI BERTURUT TURUT

2/19/2011 01:29:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Semalam nuffnang dah bagi satu BE.. Hari ni check earning tengok bertambah lagi satu BE. Wah dua hari berturut - turut dapat BE. Kalau hari - hari dapat BE ni bersepah la iklan BE kat blog melekit ni kan??

Lekit memang hanya pacak iklan nuffnang jer kat blog melekit even orang lain dah mula menjana income bersama heartbeat tapi Lekit still taknak lagi ikut jejak langkah kawan - kawan yang lain. Yelah... Takut nuffnang merajuk dalam diam. Walau dia tak tukar status keahlian tu tapi dia macam kedekut BE jer.. Tak best lak, kan??

So, takpe la biar la Lekit setia pada yang satu dulu. Belum mendapat hidayah untuk menduakan nuffnang gitiew. Kekekekeke. Apapun Lekit takde masalah sejak awal tahun ni dengan BE. Ada je BE yang menjengah even ada BE yang dah berpencen jadi ME biar pun blog ni cuma suam2 kuku takde la hot2 macam blog si Ujang pakwe si yana tu. Kagum la tengok traffic kat blog Ujang. Macam nak curi je ilmu dia berblogging tu. Kekekekekekekekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HILANG DUA BERGANTI TIGA

2/19/2011 01:21:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Orang kata yang patah, tumbuh & yang hilang berganti.. Yang pergi tu biar la pergi..Datang di sambut, nak pergi tak pula di halang. Dah kehendak nya begitu.. Redhakan je la pemergianya kan??

Cewah bermadah lak tengah2 malam ni kan?? Meroyan ke hapa si melekit ni dok bermonolog merepek time2 camni. Di kesempatan mata tak ngantuk lagi ni.. Nak manafaat iklan BE yang sedang berpoco - poco kat blog, maka cari la something untuk menghapdet blog. Belek sini, belek sana.. Terbelek la widget follower yang siang tadi berkurangan dua orang tapi malam tadi bertambah pula kepada 3 orang. Tapi bila nak terjah balik ada yang takde backlink. Puas dok skodeng - skodeng geluk jampi tak jumpa juga link nak ke blog dorang tu.

Pada mereka2 itu... Dijemput la menyinggah kembali & tinggalakan kesan cap jari anda dengan link blog sekali yer. Ingin sekali Sang Lekit berkenalan dengan korang. Manalah tau something yang menarik kat blog korang boleh kita share2, kan??

Apapun thanks pada yang sudi yang follow blog melekit ni.. Hope melekat la selepas melekit di widget follower tu yer.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIAPA BLOGGER BERJARI PUAKA?

2/18/2011 08:30:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Selain Azwan Ali dulu... Lain lekit tak kenal la blogger jari puaka ni. Kalau Azwan Ali memang di akui kepuakaan jarinya menaip entri. Berani mati punya... Bukan isu Azwan Ali yang dah berpencen dari menulis blog yang Lekit nak kupas kupis.. Tapi ini adalah hasil kesinambungan entri salah seorang blogger yang mengopek isu blogger jari puaka a.k.a suka mengutuk.

Korang tak pernah mengutuk walau sepatah dua kata dalam entri selama berblogging?? Tahniah memang blog korang sungguh suci murni tak perlu pemeringkatan dua kali gitu. Tapi bapa peratus sangat blogger yang tak pernah langsung mengutuk something or someone dalam blog, kan?? Kadang - kadang kita tak puas hati pada something or someone kita menulis dalam blog sebagai label luahan. Tapi secara tak sengaja entri tu ala2 mengumpat juga walau tak highlight apa atau siapa yang di umpat.

Perkara biasa tak kira dalam blog or dalam perbualan kita seharian mesti sepatah dua umpatan tu terkeluar juga. Mengkategorikan sebagai puaka or tak bergantung pada kekerapan or bahasa yang di gunakan. Maybe ada yang melabelkan blog melekit ni sebagai blogger berjari puaka bila mengkritik statement2 dari cikgushida. Tak kisah.. Kenapa cikgushida lekit highlight secara terang - terangan?? Dia sendiri yang mencipta kontroversi tu secara terang terangan dengan statusnya yang di kenali tu so, dia sendiri yang mempamirkan apa yang pernah lekit kopekkan pasal dia untuk apa lagi kita nak sorokkan identitinya. Buat apa sudah terang lagi nak bersuluh, kan??

Tak kira la blogger picisan, blogger popular.. Dari pembacaan lekit selama ni.. 99% dari lari dari menulis entri yang ada unsur2 mengumpat ni walau tak selalu tapi tetap ada. Tapi bila di bangkitkan isu ni.. Ramai pulak yang komen berlagak suci. Memang perbuatan tu tak layak di puji.. So, dari isu tu maybe kita sama - sama boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki diri sendiri. Tapi jangan la komen yang macam blog kita ni suci sangat, kan?? Dalam komen tu pun dah terpapar unsur mengumpat & mengeji. so, how?? Apa yang baik kita jadikan teladan.. Tak salah untuk share. Maybe tidak 100% terus berubah namun sedikit demi sedikit.

Bab puaka or tak.. tu terpulang pada penilaian masing - masing. Kita manusia yang perlu di ingatkan setiap masa.. Itu Lekit akui. Lekit pun tidak la baik.. tidak juga sejahat jahat syaitan. Kalau rasa perlu di tegur..tegur la secara berhemah. Insyaallah teguran anda takkan di bakul sampahkan. Tapi ada orang yang tak boleh terima teguran, so terpaksa la di kritik terang terangan, kan?? Pun begitu rasanya cara kritikan lekit takde lagi la sampai menyetankan orang or menggunakan bahasa2 carut atau lucah. Lekit tak biasa dari dulu lagi guna bahasa2 macam tu bukan dalam blog jer.. dalam perbualan seharian dengan sesapapun. Nak gurau lucah2 pun den tak pandai. kekekekekeke

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LEKIT MULA DI BENCI

2/18/2011 06:43:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

betul ker?? Korang benci Lekit sebab kritik2 cikgu shida ekk... kekekekekeke. Takpe la maybe korang penyokong dia tapi Lekit tak. So, tu hak masing - masing. Apa Kes ni Sang Lekit Ooi..

Hari aku perasaan 2 orang blogger telah meremovekan dirinya dari menjadi follower blog melekit ni. Marah?? tak lah... Buat apa nak marah. Tu hak masing - masing. Sedih?? Tak sangat.. Biasa la, adat berblog. Tak semua orang suka. Kechiwa?? Pun tak juga.. Still ada mood untuk meneruskan blog ni macam biasa. Kalau dorang dah tak suka lagi nak follow entri2 melekit kat blog it's ok. Sikit pun tak marah apa lagi nak dendam jauh sekali nak menghentam just...

Takut sebab Malware jer. Tu paling menakutkan aku sebenarnya. Rasanya semua blogger pun takut malware jugak kan?? Kalau yang remove sebab menyampah.. dah tau yang tak menyampah still lagi boleh skodeng2 manja kat blog ni. Tapi kalau malware aduhai.. menganggu aktiviti traffic tau kat blog.

Sesapa yang kalau ter detect malware kat blog Lekit ni minta kerjasama untuk inform yer.. Jasa mu dikenang. kekekekeke

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HARI NI JADI WONDERPETS

2/18/2011 06:33:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Talipon berbunyi... Ada haiwan dalam kesusahan.. ada haiwan dalam kesusahan.. disana!


Bangun pagi jer... En Hubby cakap 7 ekor kerdil aku hilang. Aduhai.. check penjara dorang. Satu pintu tak lock dengan penyepit baju. 7 ekor banduan ni dah nakal... Apa lagi operasi memburu banduan yang lari dari penjara pun bermula dengan en hubby. 1st tempat yang aku cari dalam toilet dulu sebab pernah terjadi hamster aku yang lari keluar dari case jatuh dalam lubang paip air. Kadang - kadang aku lupa tutup lepas cuci toilet. Selalunya aku memang lupa tutup.

Ternyata ada sekor mangsa sedang menyelamatkan diri dari lemas... Apa lagi jerit ala2 pontianak harum sundal malam kat en hubby minta selamatkan yang ni dulu.. 6 lagi kejab lagi kita buru. Selepas operasi menyelamat berjaya... cuci lebih kurang masukkan balik dalam case, operasi memburu 6 lagi penjenayah kecik. Tempat kedua tak payah nak skodeng bilik stor dorang tak main tempat tu. Seharusnya bilik aku & bawah katil. Sebab aku tau dorang memang akan buat port haram kat situ. Ternyata betul!. Operasi menangkap sekor demi sekor. Tak susah sangat sebab kanak - kanak ni baru belajar lari dari case.

Tak sampai sejam semuany berjaya di berkas kembali. Lepas di berkas & di penjara aku pun bebel la depan sangkar dorang. Kena bagi pengajaran jugak. Yang hampir lemas tu aku takut2 kan dia lagi biar lepas ni dia tak berani nakal lagi.

Begitu rutin kalau membela tikus comel ni. Case kena lock dengan penyepit baju. Takat lock asal tu dorang gelakkan tuannya balik jer.. Semua case kena lock camtu. Kalau tak confirm la jenuh nak mencari satu umah. Selalunya sekor dua jer terlepas. Tapi bila satu case besar berisi 7 ekor banduan ni terbuka pintu maka ketujuh2 dorang amik kesempatan. Nasib baik lari setempat jer.. Kalau bertempat2 maka 1 hari keja aku asyik buru dorang je.

Memula dulu ingat kalau banyak sangat nak jual jer.. Tapi bila dah bela jadi sayang. Lagipun aku sejak kecik memang tak suka jual apatah lagi nak bagi pets aku kat orang. Buruk ke, comel ke, nakal ke, baik ke, malas ke... tetap aku sayang. So, aku decide nak jaga jer kesemuanya 12 ekor hamster aku tu. Alah, bukan tinggi sangat kos nak bela dorang. Lagipun tak susah. Bagi makan, cuci case.. tu jer. Time bosan2 boleh gak main2 dengan dorang.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MANDI HADAS BAGI YANG BERTINDIK

2/18/2011 03:41:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Maybe ada yang tahu.. Dan tak mustahil ada yang tak tahu kan?? Dari Harian Metro dalam ruangan Anda Musykil Dr Mashitah Jawab

Lekit nak share la dengan mereka yang belum tahu cara mandi hadas yang betul bagi yang bertindik. Memang ramai yang bertindik & memakai subang. Bagi yang pakai anting2 panjang or bulat besar2 tu confirm la dorang tak pakai secara kekal. Tapi bagi yang pakai subang paku.. Yang melekat jer kat telinga or mana - mana je kawasan di tindik tu kebanyakkan jarang nak buka. Bagi Lekit dah berpuluh tahun tak pakai apa2 subang or anting - anting. Entah la kurang minat lak.. Last pakai masa zaman rumaja gitiew. So, lubang2 tindik ni pun rasanya dah tertimbus. Okey jom lekit share camna yang bertindik untuk memastikan mandi hadas mereka sah


Gerakan air dengan jari kepada telinga dan ia akan sampai pada lubang itu. Jika subang ketat, longgarkan supaya yakin air dapat sampai padanya.
Menjadi sunnah sebelum mandi hadas besar, gosokkan dulu bahagian yang sukar kena air dan bersihkan bahagian sulit. 


Hope dengan perkongsian info ni dapat memberi manafaat pada semua. Sharing Is Caring

Rujukan (Harian Metro) : Tindik Telinga

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SETELAH JOIN GA MAK DARA.. DAPAT LAGI 1 BE

2/18/2011 02:37:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Lama juga tak update blog contest Dunia Melekitku.. Baru semalam update untuk join GA Mak Dara. Feedback dia ok la juga. Ada juga blogger yang baru add lekit sebagai follower kat blog tu. Salam kenal kenalan la.

Lepas je update blog Dunia Melekitku dengan GA Mak Dara tu.. Hari ni check dapat 1 lagi BE menjadikan kesemua BE yang aktif menabung sebanyak 6 BE dan yang dah pencen & bertukar jadi ME ada 5. Alhamdulillah.. Rezeki juga tu walau tabungan kat Blog Dunia Melekitku tu takde la serancak blog ni tapi tetap ada walau sedikit.

Apapun Thanks Nuffnang.. Sesungguhnya BE itu sungguh berharga. kekekekekekekeke

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DOSA KUBUR DI HIAS DENGAN MARMAR

2/17/2011 08:28:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

 Kalau kita menziarah kubur tak pelik lagi kalau ada kubur yang di pagar, di simen & di cantikkan dengan marmar. Tak tau la apa tujuan keluarga si mati berbuat demikian. Tapi Lekit percaya tak ramai yang tahu apa hukum berbuat demikian?? Kalau tahu takkan masih ada yang buat.. Hasil rujukan Harian Metro dalam ruangan Anda Musykil Dr Mashitah Jawab harap dapat memberi pengetahuan & pengajaran kepada kita semua agar tidak melakukan perkara tersebut.

Menghias kubur dengan membina binaan daripada marmar adalah bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW. Mereka yang berbuat demikian sedikit pun tidak dapat membantu mayat di dalamnya, bahkan mendatangkan dosa dengan membuat perkara bidaah seperti ini. 

Biar la ia bernisan sahaja sebagai tanda bersemadinya insan tersayang di situ. Menghiasi kubur dengan marmar bukan bukti yang kasih sayang kita kepada mereka yang telah pulang kepangkuan Ilahi.. Ada perkara yang lebih afdal untuk kita tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang telah tiada.

Rujukan (Harian Metro) : Kubur dihias marmar

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENULIS SKRIP DRAMA & FILEM MELAYU BUAT GA.. JOM JOIN

2/17/2011 05:08:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Mak dara @ Kak Ida.. Beliau seorang script writer filem & drama melayu kat malaysia ni yang baru terjebak dalam dunia blog dengan baik hati nak bagi blogger2 lain hadiah. Kak Ida anak pada bekas cikgu Sang Lekit masa sekolah rendah dulu. Masa sekolah rendah memang Lekit tak kenal kak ida.. Yang Lekit kenal adik beradik dia yang lain jer.. Macam Kak Yan.. (Kak Yan pernah jadi cikgu sementara kat sekolah rendah Sang Lekit dulu sebab tu Lekit kenal), Kak Tuty.. dia sempat lekit kenal sebab dia senior Lekit Masa sekolah rendah & selalu buat persembahan nyanyian masa hari penyampaian hadiah & last Rina (Or masa sekolah kita panggil dia adza) sebab dia classmate lekit masa  darjah enam.

Dorang ni semua terlibat dalam bidang seni, macam kakyan, tuty & rina dorang ada band sendiri yang banyak buat persembahan kat hotel2 di KL ni.. Band dorang D'Adza. Kak Ida @ Mak Dara macam Lekit cakap tadi seorang script writter drama & Filem melayu.

So, Di sebabkan kak ida @ Mak Dara ni memang sangat2 nice orangnya.. Memang dorang adik beradik ni dari sejak sekolah rendah yang Sang Lekit Kenal sangat peramah & Tak sombong even sampai sekarang pun. Termasuk la Untie Zaleha, mummy dorang tu. Sebab dulu masa lekit tinggal kat kulim & Dorang still menetap kat kulim.. Kalau serempak dengan untie Zaleha kat pekan kulim ker.. Kalau kita tegur even dia tak kenal kita pun dia sangat peramah & tak suka berbual.

Saja jer Lekit buat review pasal Family kak ida @ Mak Dara ni sebab nak ajak korang semua join 1st GA Kak Ida @ Mak Dara ni ramai - ramai. Hadiah Not Bad..

Tempat pertama:
a)Nama anda (pemenang) akan Mak Dara masukkan dalam skrip terbaru Mak Dara yang berjudul Puteri Salamia dan menjadi nama salah satu watak didalam skrip itu.
b) Sehelai T-Shirt limited edition


Tempat Kedua:
a) Sehelai T-Shirt limited edition


Tempat Ketiga:
Topup -
RM 10


Tempoh GIVEAWAY Ini Adalah Dari 17 Februari 2011 Hingga 3 March 2011.

Apa tunggu lagi jom la join dengan clik disini untuk ketahui syarat yang sangat mudah : Mak Dara 1st Giveaway (GA) 

Ni 1st GA kak ida @ Mak Dara hope korang boleh bagi sokongan.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKHIRNYA CIKGU SHIDA MENANG... TAHNIAH!

2/16/2011 03:37:00 PM suria lekatlekit 26 Comments

Akhirnya berjaya juga cikgu shida meragut dengan rakusnya tiket percuma konsert maher zain... Tahniah la cikgu. Dengan taktik gila cikgu tu akhirnya berjaya juga. Jangan lupa kirim salam kat maher zain yer. Mesti Maher Zain kagum dengan kesungguhan cikgu nak dapatkan tiket konsert dia tu..

Tak salah merayu undi.. tapi kalau mengugut pengundi?? pelik lak kan??

Sebab dia dah menang so dia anjurkan pula pertandingan mencipta slogan.. Korang kalau minat boleh la join. Lekit dah bagi promotion free ni kat cikgushida.. Sekali sekala apa salahnya...

Anda suka?? Pasti ada teruja.. Kalau teruja join la!

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR MUMIA BER IBU JARI KAKI PALSU

2/16/2011 01:07:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Satu ibu jari kaki palsu yang ditemui pada kaki mumia Mesir kuno dipercayai merupakan organ palsu tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Artifak tersebut yang diperbuat daripada kayu dan kulit, kini disimpan di Muzium Mesir, Kaherah.
Ia digunakan pada tahun 600 Sebelum Masehi bagi membantu orang yang hilang ibu jari kaki berjalan seperti biasa.Ibu jari kaki palsu itu beberapa ratus tahun lebih tua daripada kaki palsu Empayar Rom yang dipercayai organ palsu terawal ditemui sebelum ini.  


Rujukan (Kosmo) : Ibu jari palsu pada kaki mumia Mesir kuno

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ISTERI HAMBA SUAMI

2/15/2011 03:44:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Ni kisah blogwalking semalam.. Banyak betul blogger yang dok hitung hari nak jadi bini/laki orang. Moga apa di rancang termakbul & berjalan dengan baik & sempurna.

Macam - macam tips dorang share. Bagus untuk manafaat semua juga. Ni bukan entri menghentam tau just nak share pandangan & pendapat Sang Lekit jer. Memang la tajuk entri berdasarkan pembacaan aku kat salah satu entri blogger yang sedang mengira hari nak naik pelamin. So, dia share la macam mana nak jadi isteri yang menjadi syurga buat suami. Bagus sangat tapi part last statement dia lekit kurang la setuju bila dia kata ISTERI HAMBA SUAMI.

Aduhai.. sedihnya dengar. Takkan la para isteri di lahirkan untuk jadi hamba. Tak syok la camtu. Perkataan hamba tu macam terlalu di bawah tarafnya sedangkan isteri di sisi suami umpama anugerah yang harus di hargai. Sebagai seorang isteri lekit tak mahu letakkan diri lekit sebagai hamba namun lebih suka kalau di jadikan pendamping. Betul kita yang jaga makan minum & keperluan lain yang korang sedia maklum la.. Di samping suami pula mengambil tanggungjawab mencari rezeki. Tapi Isteri bukan untuk menjadi HAMBA.

Jika HAMBA maybe kehadiran kita boleh di tukar ganti bila - bila masa namun Anugerah adalah pemberian yang sangat istimewa untuk di sayangi dan di hargai. Anugerah bukan senang - senang boleh amik & buang, kan?? So, jika Para suami meletakkan isteri sebagai anugerah yang tak ternilai ddalam hidupnya maka dia takkan mensia - siakan anuegrah yang di perolehi.

Wahai para isteri & Bakal isteri... Jangan la anggap kita sebagai HAMBA. Kita juga ada kedudukkan istimewa sebagai isteri juga perempuan. Tidak serendah itu taraf kita di sisi suami. Kita mengabdikan hidup buat suami bukan kerana kita HAMBA setelah bergelar isteri tapi kita memikul amanah & tanggungjawab, kan??

Lagi sekali aku nak jelaskan.. Ini bukan entri menghentam just menyuarakan pandangan & pendapat peribadi jer. Kalau ada yang salah tanggapan pada entri ni terlebih dahulu sang Lekit mohon maaf yer.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENANGAN VALENTINE DAYS UNTUK DI INGATI

2/15/2011 10:00:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Wajah seorang gadis yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang, Selangor pucat selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa seurat benang dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih awal pagi semalam.

seorang pemandu teksi yang sudah beristeri juga antara yang ditahan selepas didapati tidur bersama wanita warga asing di bilik hotel di kawasan sama.


KUALA LUMPUR – Pelbagai helah digunakan oleh pasangan yang ditahan kerana kesalahan berkhalwat sempena Hari Kekasih untuk melepaskan diri ketika diserbu pihak berkuasa semalam.

Di Johor Bahru, pasangan yang ditahan kerana didapati berkhalwat di sebuah hotel murah di bandar raya tersebut kelmarin bercanggah keterangan tentang lokasi mereka dinikahkan.


pasangan warga Indonesia berusia 25 dan 35 tahun yang ditahan dalam ‘Ops Valentine’s Day’ itu mengaku telah berkahwin tetapi gagal meyakinkan pihaknya.

Tu semua hasil cedokan dari akhbar hari ni bersempena Valentine days semalam. Yang mempertikaikan kenapa Valentine days di haramkan bagi Umat Islam moga mendapat pengajaran dari kes - kes tersebut yer. So, tak yah nak bersoal jawab lagi kenapa, mengapa ia di haramkan.

Rujukan (Harian Metro ) : 8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat
               (Kosmo)           :  Tipu kahwin elak ditahan kerana berkhalwat

Di kesempatan ni Lekit Nak ucapkan Salam Maulidur Rasul Buat Semua Umat Islam.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KELAKAR OF THE DAY.. CARA CIKGU SHIDA NAK DAPATKAN TIKET FREE MAHER ZAIN

2/14/2011 05:18:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Bukan la nak mengutuk cuma nak share cerita kelakar dengan korang. Memang Lekit terkekek kekek ketawa bila tengok cikgu sorang ni. Aduhai.. terserlah kekanakkan sikap cikgu yang dah nak masuk usia 40an. Ni kes nak dapat tiket free untuk konsert maher zain


Di sebabkan konsert ni maka cikgu shida ni pun join la contest untuk merebut  hadiah berupa tiket free dengan menghantar slogan ni


Maybe undian tak memcukupi untuk meragut hadiah tu maka Cikgu shida dengan rasa bijaknya (maybe dia rasa bijak kot dengan tindakkan macam tu..) pun buat keputusan dengan mengungut para FANS sendiri dengan status yang bertulis demikian rupa



Ini bukan gurauan dari cikgu miming yang rasa lawak dengan video miming dia tu sebab dia sendiri sahkan bukan GURAUAN tapi BETUL PUNYA SERIUS..


Sampai macam tu sekali kan?? Hello makcik Shida kalau kome tu popular rasanya tak perlu la guna taktik hancing camni nak menang tiket maher zain pun. Aduhai.. bertanding la cara sihat. Main ugut2 fan lak.. Ada yang lekit baca tu terkial2 fans dia cari button nak like takut kena remove. Sampai macam tu sekali. Kalau la dia jadi artis then tercalon dalam apa - apa anugerah la kan.. Agaknya camna taktik dia nak raih undi. Main ugut2 fans jugak ker??

Aduhai.. Memang kelakar of the day la.. Punya kemaruk nak tiket free konsert maher zain sampai macam ni gayanya. Wakakakakakakakakakakakakaka

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com