BILA STATUS AGAMA CIKGU SHIDA DI RAGUI.. APA DIA JAWAB??

3/26/2011 03:16:00 PM suria lekatlekit 47 Comments

Rupanya ada lagi cerita ceriti Cikgu miming ni kat blog melekit yer.. Mesti! Sang Lekit pun peminat Cikgu Shida juga tapi minat Sang Lekit bukan pada video miming beliau tau.. Minat membaca apa saja statement dari beliau, fans beliau & haters beliau. Okies tak nak bebel panjang.. Jom kita tengok attachment yang sempat Sang Lekit print screen dari fanpages cikgu shida kat FB


Dari awal Sang lekit ikuti cikgu shida ni dia memang tak boleh terima sebarang kritikan atau teguran kalau memperlihatkan kesilapan diri dia. Dan Cikgu shida hanya menerima pujian sahaja.. So, bukan sesuatu yang pelik bagi Sang Lekit.

Ni best sikit.. Pelik! Sanggup di monyetkan sebab minat & sanggup memonyetkan peminat sendiri. Jom kita tengok pula attachment ni


Peminat sendiri di haiwankan.. Nasib baik cikgu shida ni bukan di iktiraf sebagai artis lagi cuma popular di youtube (tapi sekarang dah mula dapat publisiti kat media dah.. ) kalau tak mesti benda ni jadi isu kan?? Apapun tetap jadi isu di blog Sang Lekit. Kekekekekekekekeke

Kata untuk tujuan pendidikan kenapa tak nak orang panggil cikgu. Cikgu shida dah kantoi.. Sebenarnya apa yang di buat lebih kepada kejar popular bukan seperti yang di canang mendidik anak bangsa. Secara logiknya.. Takkan la nak mendidik dengan video miming tak senonoh macam tu, kan?? Lagipun jika di lihat dari jumlah fans beliau kebanyakkan bukan dari golongan pelajar. Tak payah la cikgu shida nak canang kat media apa yang di buat untuk mendidik anak bangsa kalau apa yang jelas cuma untuk hiburan kosong semata - mata.



Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

47 comments:

  1. hm... Yana tak penah amik kisah psl cikgu sidah.. tapi bila bace ni.. rsanya Paku dan Belacan tu lebih baik dr cigu sidah ni.. hehe...

    ReplyDelete
  2. suka entri kaqk lekit pasal cikgu shida.. hihi..

    weng weng @@

    ReplyDelete
  3. saya x paham sgt dgn cikgu syida ni.. ape sebenarnye motif die buat vid cam tu sedangakan die pegang title cikgu??

    ReplyDelete
  4. xfaham apa yg dye nk sbnrnya dgn buat mcm tu.

    ReplyDelete
  5. huh..kalau x sbb lekit sy x kenal pon cikgu shida..media duk promote psl cikgu shida ttg apa tu? keberanian dia? kesengalan dia? sbb dia lawak? baik masuk raja lawak ye dok?

    apa pon sy doakan cikgu shida mahu muhasabah diri..nak kutuk dia sgt pon tak baik kan..kita sesama islam..kena tegur dia cara berhemah lah kan..jgn kita kutuk dia x mcm wanita islam sejati tp kita sendiri pon masih bnyk kelemahan..

    mcm sy penah tulis di blog sy jgn kita rs diri kita lebih mulia bila lihat kejahilan org lain sbb dia berbuat dosa dlm kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dlm keadaan mengetahui..

    meh kita sama² doakan cikgu shida..kasihan dia..dia saudara seislam kita..

    ReplyDelete
  6. Tak minat cikgu shida sebab tengok dia over je.. Saya yang tengok pun malu huhu

    Jom terjah:
    Jom Join Bloglist Man Yusoef
    Seni Tie and Dye

    ReplyDelete
  7. cikgu ni boring kot sbb tu dia x de keje nak wat bnda lain..

    ReplyDelete
  8. orang cam gini tak leh dilayan, makin dilayan makin menjadi...mesti jenis orang yg tak cukup kasih sayang tu...

    ReplyDelete
  9. apa yg terjadi? saya macam sgt ketinggalan esp after dah lama tak berblog. kenapa degn cikgu shida?huhu

    juz to share..beberapa minggu lepas, sy sggp beli MW edisi 4-10 march sebab nak tahu siapa ckgu shida sebenarnya. dia pernah dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. video2 tu semua adalah salah satu cara dia nak bagi student dia berani macam dia. makna kata, tu adalah salah satu cara dia nak attract dia punya student attention. kalo nk tahu lebih lanjut, boleh cari MW tu..huhu. memanglah ada cara yang lebih bagus nak attract students, but she used dat way. tidak dinafikan, bukan senang nak jadi cikgu, apatah lagi nak attract the student minat ng kita..wallahualam.

    bg saya, kita semua xde hak nak menghukum sesiapa. cukuplah kita memuhasabah diri masing2 je..huhu. dis juz my opinion. kalo ada silap mohon maaf. sy hanya mnusia biasa yg tak kan lari dari buat silap

    ReplyDelete
  10. bg sy cikgu shida menggunakan alasan untuk tujuan pendidikan tp skang ni dah semakin jelas dia sedang mengejar populariti.. kamu hanya membaca di majalah tidak mengikut dr awal di alam maya ni so kamu terlepas byk statement yg tak sepatutnya seorang guru ucapkan.. takkan dia nak bgtau semua tu kat media, kan??

    ReplyDelete
  11. dan kalau betul la ia untuk tujuan pendidikkan kenapa sekarang beliau tidak mahu di kenali sbg cikgu shida & mengeluarkan kenyataan bahawa di youtube or FB or mana2 laman sosial beliau bkn cikgu shida.. cikgu shida hanya di sekolah.. Beliau akan marah bila di panggil cikgu. tepuk dada tanya selera.. beliau pun mengaku di sekolah & luar sekolah beliau adalah org yg berbeza. Jika untuk tujuan pendidikan.. kenapa tak nak bawa nama cikgu tu??

    ReplyDelete
  12. jika di lihat dr video miming beliau.. rasanya takde satupun yg berunsurkan pendidikan. Kalau btl kearah mendidik.. boleh guna kaedah yg sama tp dr bahan yg berbeza.. kalaupun nak guna lagu sbg perantaraan.. guna la lagu yg berunsur pendidikan yg memberi moral yg baik. Dan jika di lihat dr fans & org yg views video beliau.. bkn dr golongan pelajar yg banyak. ini cuma pandangan peribadi sy sbg org awam bukan pendakwah, kaunselor mahupun golongan profesional yer...

    ReplyDelete
  13. cikgu ke dia?
    huhu..
    TK x minat ngn orang yg xleh d buat pedoman..
    karut..
    kang ckap lebih2 kang, orang marah pulak..
    hehe..

    ReplyDelete
  14. bangang pnya ckgu! die ni ngajar skolah mna?

    ReplyDelete
  15. huh, benci die la, macam takde keje lain nak buat. nak cari publisiti je tu. bajet artis. miming tu aku pon leh buat.


    paanthology: cerita lepas spm aku.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...

    Kalau memang masuk rancangan Raja Lawak bolehlah dijadikan praktis (latihan), tapi ni saje2 buat, lebih memalukan pada bangsa sendiri. Kalau diri sendiri kurang malu, kenalah fikirkan tentang agama dan bangsa sendiri. Tak ada langsung serupa atau bertepatan dengan adab2 dalam Islam.

    Masa mula2 videonya keluar, ada cerita mengatakan dia ni ada kena "kejutan emosi" dan kecewa sangat2 atas sebab putus tunang, lantas terus putus fius akal pula... Entah mana satu versi cerita mengenainya... Dikatakan dah pernah kena tegur dengan Kementerian Pendidikan.. tapi macam takde beri kesan je...

    ReplyDelete
  17. memang dia pernah kena tegur & di terjah oleh KPM di sekolah.. tp entahlah hanya setakat tu je.. takde sebarang tindakkan pun di ambil

    ReplyDelete
  18. smpai mcm tu sekali. .ish2x.. hmm saya x ikut perkembangan cikgu shida nie.. tp melampau la kalo dia ckp manusia tu monyet ! !

    ReplyDelete
  19. ish2..cikgu shida ni cam xamek serius je ngn pe yg peminat die ckp kn..hukhuk

    ReplyDelete
  20. tabik spring lagi dekat cikgu tadika yang dok nyanyi lagu twinkle2 little star.. at least improve juga BI budak2.. nie dok wat video tah hape.. tujuan video nak attract attention?? attntion student ker attnt peminat sendiri?? =.=!

    baik buruk diri kena terima gak.. nie asyik yg baik jek nak terima.. mcm mana nak improve diri??

    wahhhhh..terlebih sudah i~ kekekek

    ReplyDelete
  21. sorry to say, tak suka dia.
    hihihihi.
    :p

    ReplyDelete
  22. cikgu shida cikgu shida .....
    emmmmm

    ReplyDelete
  23. xtau nk ckp ape..
    speechless gak.. ehmm..
    rasanya tak ptut kot..
    hentikn video tu sume..

    ReplyDelete
  24. apa lg yg harus di komen..tepuk dada tnya iman cik shida...

    ReplyDelete
  25. pelik tengok pelawak2 yeng beri komen di sini. wajar dijadikan pantun ..

    artis len nyanyi bagai nak rak
    semua org sibuk sorak
    cikgu shida miming sikit
    semua orang sibuk nak melekit.

    dari segi hukum, dia tutup aurat, tidak terbelah sana sini. mungkin tidak digalakkan bagi seorang cikgu utk menyanyi tapi itu tidak patut menjadi alasan untuk mempersoalkan
    akidah cikgu shida.

    akidah ni bende yg paling berat. hingga dihalalkan darah ie hukum bunuh bagi org yg murtad, jadi jgnlah ckp lepas sesuka hati.

    saya rasa org yg mempersoalkan akidah orang lain hanya atas dasar persembahan seni bukanlah orang yang benar-benar berfikir.

    renung ayat di bawah baik-baik dan fikirkanlah...

    16:125 (Malay) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

    Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

    saya ulangi ...

    Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

    untuk semua yg mengumpat cikgu shida ketahuilah bahawa setiap kali anda mengumpatnya dua perkara pasti akan berlaku insyaAllah.

    1. sebahagian pahala anda akan pergi kepadanya.

    2. sebahagian dosa dia akan datang pada anda.

    jika kempunan nak rasa dosa org lain, teruskanlah dgn usaha mengumpat.

    24:11 (Malay) Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

    ReplyDelete
  26. bkn kitorang yg pertikaikan status agama dia.. tp org yg non-muslim yg tanya soalan tu..

    ReplyDelete
  27. kamu *turut serta* dalam persoalan ini.
    jika tidak, takkan ada yg buat posting ini. takkan ada yg nak beri komen positif pada umpatan. takkan ada yg jadi batu api semarakkan umpatan.

    ReplyDelete
  28. dia memilih dirinya untuk jadi perhatian.. Disini mungkin nampak umpatan pada beliau.. disana byk lagi umpatan yg di sebelah beliau untuk org2 spt disini.termasuk kamu yg menyokong beliau.. pernah ke kamu mengkaji apa yg kamu sokong tu?

    ReplyDelete
  29. kat sini terbuka untuk berkomen samada suka or tak.. kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya bertegang urat. sy tidak hanya approve yg menyokong saya.. Berbanding cikgu shida yang takkan approve apatah lagi menjawab kritikan walau di sampaikan secara baik.So, kami menggunakan lama peribadi masing2 utk meluahkan pendapat

    ReplyDelete
  30. saya tak menyokong cikgu shida.

    saya cuma tak menyokong umpatan yang dilemparkan kepadanya.

    bukan ini caranya nak menegur atau berdakwah. mengumpat bukan sesuatu yg dihalalkan dalam islam.

    apa motif sebenarnya? nak membawa perubahan yg baik atau hanya ingin melepaskan geram?

    ReplyDelete
  31. itu justifikasi kamu untuk mengumpatnya?

    hanya kerana dia tidak menerima kritikan dengan terbuka?

    subhanallah.

    tiada dosa bagi org yg tidak mahu menerima teguran secara terbuka. dia hanya berdosa atas kesalahan yg dilakukan.

    tapi mengumpat ni dosa besar. mengapa lakukan dosa besar hanya kerana kelemahan cikgu shida dalam menerima kritikan?

    ReplyDelete
  32. sy mengikuti beliau dr awal.. dulu sy tak terniat nak menghentam beliau tp bila ada yang menegur cara baik, teguran tu di loyar buruk, di bodoh2 kan beliau, sampai ada yg beliau mempermainkan satu kata2 yg melibatkan agama & sunnah Rasulullah. Dari situ mula hilang respek pd beliau. Sy ada byk statement dr beliau sejak awal yg saya print screen. Bagi saya beliau bukan icon utk jd ikutan atau pemberi motivasi yg baik walau beliau seorang guru. Cuba la kamu tegur beliau.. Kalau la di terima dengan positif kamu memang hebat!

    ReplyDelete
  33. semoga Allah swt memberi kamu pentunjuk untuk menghentikan usaha mengumpat ini.

    ReplyDelete
  34. Terima kasih kerana memberi pandangan teguran di entri ni.. Kedatangan kamu amat di hargai

    ReplyDelete
  35. rasanya cikgu ni xada buat apa2 salah..dia miming ja..bukan menyanyi ....just buat gaya...lepas tue miming..n still tutup aurat..pelik betoi..kenapa nak hentam dia...dri hentam dia yang tutup aurat...n simpan suara dia...baik pergi hentam artis yang nyanyi pakai dedah sampai nampak tetek lgi dpt pahal..hehehehe

    ReplyDelete
  36. and 1more saya nk tambah, org yang bukan islam tanya dia ni agama apa..just jwab islam..simple..dia cuma miming ja..dia still bertudung..xmengeluarkan suara yang memang aurat perempuan....septutnya bila org agama lain tanya sapa ning baizura..siapa mira liyana...bru la kita tak tau nak jwab dia tue agama apa..sbb dri pakaian dah memang out.hehehehe

    ReplyDelete
  37. dalam kes sang bertanya tu just nak dgr penjelasan cikgu shida.. Memang cikgu shida takkan menjawab sebarang kritikan & akan membalas pujian & sokongan jer.. Sbg publick figure yg ramai peminat rasanya kalau dia menjawab dengan bijak akan lbh di hormati. Masalahnya dorang tak tanya artis yg kamu sebut tp tanya cikgu shida.. Lumrah org yg di kenali. Kalau memilih untuk menjadi perhatian ramai, kerana terima la buruk baiknya.

    ReplyDelete
  38. Maybe dorang keliru sebb dia tampil dengan imej muslimah tp dlm video miming dia tak menampilkan kesopanan dalam gaya muslimah tu.. Kalau artis yg kamu sebut tu dah terang2 imej dorang mcm mana. Tp dlm kes cikgu shida ni mcm 2 alam pula.. Mungkin la kot buat non muslim yg bertanya tu keliru.

    ReplyDelete
  39. apa pun, gelaran cikgu tu akan lekat sampai mati.. jiran2 saya ni semuanya cikgu.. tak reti nak panggil diorang makcik atau pakcik.. saya tetap panggil diorang cikgu walaupun dah pencen..
    kenapa tak nak dipanggil cikgu?? takkan malu kot??

    ReplyDelete
  40. rasanya penggunaan Cikgu tu psl kementerian pernah tegur...

    ReplyDelete
  41. cikgu syida nh bg saya bagus. sbb dye berani. cuma cara dia agak salah. mungkin dia perlukan sedikit masa lagi untuk berubah. berdoalah :)

    ReplyDelete
  42. hai.
    vamp sendiri pun tak kenal siapa cikgu shida ni pada asal nya. tapi, kebelakangan ni, terlampau kerap vamp dengar pasal video beliau.

    jadi, rasa ingin tau tu pun muncul. jadi vamp google la pasal cikgu shida ni. erk. truth to be told. memang agak terkejut buaya jugak la dengan video2 beliau.

    vamp rasa kurang sesuai pendekatan beliau tu kalaupun nak mengisi masa lapang. tapi ini pendapat peribadi vamp la kan. hehe.

    semoga beliau sendiri sedar akan impak perbuatan beliau tu. sama-sama kita berdoa~!

    ReplyDelete
  43. Jamal sokong..untuk isu ini, ia perlu dilihat dari pelbagai perspektif..negatif mahupun positif..agama mahupun budaya..dan sebagainya

    Tapi kalau dilihat dari segi AGAMA..semua orang boleh fikir kan elok ke x elok buat bende-bende macam nie...:-)

    www.jamaluddin.net

    ReplyDelete
  44. x payah la sibuk hal dia. korang dok mengutuk dia tu pon bukannya dpt apa2. sedar x sedar, dah bertambah dosa korang dok maki hamun orang lain. hahaha... x payah la buang masa dengan something y x berfaedah macam ni. jaga kain sendiri udah ler... biar la dia dgn dunia dia. jangan sampai terlalu obses dgn hal orang, tnpa sedar, kain sendiri pulak terkoyak. hahaha...

    ReplyDelete
  45. aduh..takkan sebab vid miming je dia kena hentam..sampai mempertikaikan agama cikgu ni..jujur ckp,aku bukan penyokong atau pengkritik cikgu shida neh..tapi bila ada org yg mempertikaikan agama die sebab vid ni aku rasa mmg sgt xpatut..aku perlu bsuara gak!ni pendapat aku la..mmg susah pegang title cikgu ni..tapi kalu die xmengaku cikgu kat luar pun,tu hak die la..asalkan xlanggar etika guru..die bukan menggedik pon dlm vid tu..cuma wat gaya muka yg pelik2..klaka je..hahaha..think positive ok?sure u`ll be happy to watch her..kalu tunjuk kat kids pun dorg suka n gelak..lgpun baju yg dipakai sopan..xrisau nak tunjuk kat budak2..gaya die wat tu je pelik..tapi salah ke kalu die wat benda pelik camni???aku yg pelik ngan org yg kutuk die tu..memek muka tu korg igt senang ke nak wat??cuba korg duk dpn cermin pastu wat..mesti xmampu kan?huhuhu..die kan manusia..ada bakat terpendam yg die nak cuba tonjolkan..bukan tonjolkan asset ok..xkan sebab jadi cikgu xbley nak tonjolkan bakat terpendam tu..menjadi guru tu bukan satu hukuman! kita bebas wat ape je asalkan mematuhi batas agama dan undang2..mungkin benda ni pelik tapi byk artis yg pakai pelik korg xcakap pon kan..xadil la bg cikgu shida ni..kalu ckp pasal agama,aku pun xarif sgt..tapi kalu die wat slah pon xbesar mane pon..xkan pakai tudung nak jalan pun kena terkepit2 kan...kalu tu bukan diri die xkan nak hipokrit..bukan wat benda xelok pon..bukan die menyertai parti politik ke,membuat demonstrasi haram ke..dia hanya menunjukkan kreativiti dlm vid miming..tu je..dengan pakaian yg senonoh,xde seksi seksa..kalu ckp meniru laki tu xpatut,mmg betul! tapi sedia maklum ye,die tiru tu utk beberapa minit je dlm vid bukan niat dei nak jadi laki seumo idop..niat die nak rakam vid tu je..pasal xngaku cikgu tu,kalu ikut akta guru pun xde yg tertulis ANDA WAJIB MENGAKU GURU WALAU DIMANA ANDA BERADA..kalu ikut norma masyarakt..sorg guru harus jadi guru selamanya..mmg aku terima,betul tu..tapi xde la sampai kutuk guru yg xmengaku guru..biarlah die..asalkan kat skola die wat keje die sbg guru..bukan salah besar pon wat vid miming ni..aduhhh mentaliti ape la kita ni smpai org wat vid mimng pon nak hentam habis2an gini..aku rasa die pun mcm yuna penyanyi tu..sama tapi xserupa..xde pon org kutuk2 die..sbab die nyanyi best kan..aku suka yuna!lagu n muzik die sgt best!bley pg sampai tahap antarabngsa tu..kalu kite kutuk org mcm ni nak berkarya,abes tu negara ni akan kekurangan org yang bertudung,muslimah yang nak berkarya..sebab takut bile bertudung,xbley nak tunjuk kreativiti sebab takut org kutuk..kena duk umah je la pasni..maka makin ramailah wanita yg xbertudung n seksi je yg brani berkarya kat tv.sebab xde org akan kutuk atau mempertikaikan agamanya..paling teruk pun org ckp,ala..die seksi,nak melalak pun xpe seronok dipandang..dan makin ramailah org2 camni kat tv tu haa..mcm korg tgk AF tu pakaian die smpai nampak armpit..aku xbg adik aku nengok takut besar nati die nak pakai rupe tu gak..huhuuh..panjang lebar aku ckp..byk lagi nak ckp sebnarnye..cukuplah kata2 paling melekit aku utk ari ni..last but not least..think positive, jgn berfikiran sempit sgt ok?bye bye.. :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com