LELAKI KACAK/HENSEM/MACHO SELALUNYA DAH BERPUNYA

3/31/2011 09:38:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Betul ke statemet tu? Kebanyakkan memang macam tu.. Yang kacak, ensem, macho, tampan lagi bergaya.. Nak - nak lagi yang ayat mampu buat perempuan melentok liuk, meleleh air liur bagai tu peratus solo/bujang memang agak berkurangan tapi peratus dah berpunya tu memang banyak.

Kenapa Sang Lekit cakap macam tu.. Ini kajian sendiri yer.. Kajian di buat semasa zaman bujangan dulu. Biarpun lelaki yang mempunyai kelebihan dari rupa, gaya & pandai berkata - kata ni mengaku bujang tapi akhirnya akan terkantoi juga status sebenar diorang. Tak laki orang, pakwe orang atau tunang orang. Kelebihan yang ada pada lelaki berciri macam ni selalunya di salah guna tapi bukan semua yer... segelintir sahaja.

Kenapa mereka jadi macam tu? Sebabnya diorang masih ada value pada pandangan mata seorang perempuan. Umpama petik jari, bersepah perempuan melentok kat bahu umpama daun2 kering yang jatuh pada musim luruh gitu. Mereka di hadapkan dengan banyak pilihan buat kesetian sang lelaki kacak ini sedikit tergugat. Yelah.. perempuan boleh pilih macam pilih baju kat bundle shop jer mana tak rambang mata.

Macam mana nak ubah perangai buruk Sang Lelaki kacak yang tergolong dalam spesis macam tu? Untuk mengubah diorang memang sukar. Terpulang pada Sang Lelaki kacak itu sendiri untuk berubah atau tak. So kalau kita berhadapan dengan pasangan macam ni harus bijak menggunakan psikologi. Untuk membuatkan mereka hanya melekat lekit dengan kita tidak dengan orang lain harus banyak sabar, harus banyak memberi peluang. Tonjolkan kelebihan kita untuk buat Sang Lelaki ni merasakan kita yang terbaik disisi dia. Tu pun kalau korang jenis penyabar lak.. Sebab Sabar itu kunci kejayaan. Kalau tak better la cari lain. Tapi bagi yang baru - baru bercouple senang untuk buat pilihan samada stay or go tapi bagi yang dah ada ikatan kalau guna kaedah Stay & Go penuh pula kes kat mahkamah syariah kan? So, try wait & see dulu..

Apapun lelaki ni memang terkenal dengan sikap nakal walau. Tak banyak sikit pun mesti nak jeling juga perempuan lain. Cuma bezanya tahap kenakalan mereka jer. Kalau yang nakal ala - ala manja jer tu ok la tapi kalau nakal ala - ala setan tu yang bahaya.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

21 comments:

  1. kalo ensem da bpunya x pe..
    jgn ensem tp gay atau tgn nye lembut...
    adess..kiciwa aku melihatnye....
    meleleh ayor lior...

    ReplyDelete
  2. mengapa harus ubah lelaki? bagaimana kalo lelaki cuba ubah wanita pula? adakah wanita akan setuju?

    ReplyDelete
  3. Jo.. ni topik pasal lelaki.. pasal nak ubah pompuan tu apa kata Jo buat entri lak pasal tu. Apa yg di kupas kupis mengikut topik.. takkan la cakap pasal lelaki tetiba nak cerita pasal durian, kan?

    ReplyDelete
  4. hehe.. camtu ke?? betol jugak kata cik lekit tu.. hehe

    Jom baca,,
    April Fool Dari Perspektif Barat

    ReplyDelete
  5. nakal ala2 setan tu mmg nak kena pelempang!

    ReplyDelete
  6. mll pengalaman sy, lelaki yang baik-baik selalunya yg dah berpunya...:p

    ReplyDelete
  7. kena cari yang tak kacak la macam ni........hurmmmmm.....

    ReplyDelete
  8. kacak ke tak kacak ke, janji hati dia baik... tau apa yang patut dia buat dan yang tak patut dia buat...hee :)

    http://amirabdaziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. nakal ala2 setan tuh mcm mana gayanya???!!

    errr! :P

    ReplyDelete
  10. betul!! sokong!!

    lagi satu lelaki ni suka yg CANTIK2!!
    mula larr pastu jeling menjeling..
    hahaha..tp kan kebarangkalian lelaki hensem smart bergaya ni mmg dah de empunya tp xnak ngaku...
    sbb dia sedar dia tu hensem pujaan ramai...
    mula lar menipu sana sini..
    tp tgk muka pun dah tao..
    hahaa

    salam singgah dr mummy weiyda!!
    nice entry!!
    keep it up blogging ya!!

    new entry:
    http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/2011/03/cinta-ayat-ayat-cinta.html

    ReplyDelete
  11. yang penting hati kan?

    kalau dah ade anak bini tapi menggatal cari pompuan lain,
    mmg tak tahu nak cakap ape la kan, =)

    ReplyDelete
  12. saya hensem tapi saya single... :)

    @

    Saya hensem tapi saya ok!.. :)

    ReplyDelete
  13. laki dan perempuan bnyak beza nye...

    ReplyDelete
  14. kebanyakan memang mcm tu kot... sape2 yg hensem , kacak tu kalo jenis buaya memang keliling pinggang ah.hihi.pompuan plak cepat je perasan konon laki kacak nak kat dia..so ati2 la yerp.kdg2 laki ni pandai menjerat..

    ReplyDelete
  15. hmm..seb bek pakwe saye xensem..wakakaka..

    ReplyDelete
  16. patot la sy still single.. sbb sy ni x kacak. tambah lg sy ni baik kot.. lelaki baik susah nk dpt awek?? hmmm~ tp kawan saya tu hensem. tp x de awek sbb dia still syg kt ex-awek dia dulu walaupon ramai pompuan dok minat kt dia..


    sedih bila tgk lelaki kacak x de awek sbb dia seorang gay..bangang punya orang!!

    ReplyDelete
  17. sy pula jenis tak gemar sgt nak baca kisah cinta orang ni.. kalau blog tu khas tu cerita pasal kisah cinta dorang memang mood nak baca agak malas... tp kalau pelbagai tu best skit. skali skala cerita pasal pasangan tu boleh la accept lagi

    ReplyDelete
  18. dorang rase dorang market..nk wat cmne..xyah layan sangat, ensem, kacak,mcho,tampan tak kenyang pun..:))

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com