SETAHUN SUDAH

4/28/2011 05:10:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Diam tak diam.. pejam celik.. duduk, bangun, baring dah setahun rupanya. Setahun apa tu?? Setahun jagung ker?? Oh.. bukan..

Hari ni 28 April 2011 genap setahun Sang Lekit bergelar isteri kepada en hubby. Hari ni merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Rasa sekejab jer.. zaman bujang, zaman gadis, zaman anak dara, zaman gedik - gedik tu berlalu. Alhamdulillah jodoh kami masih di panjangkan sehingga hari ni & moga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setahun lalu...
Dalam melayari alam rumahtangga selama setahun ni.. di akui tidak hanya yang manis - manis jer datang menyenguk. Seperti suami isteri yang lain, dugaan & ujian dalam rumahtangga tu tetap ada. Berkat sabar & cuba memperbaiki kelemahan masing - masing alhamdulillah ia masih mampu bertahan sehingga hari ni.

Setahun kemudian..
 
Genap setahun usia perkahwinan kami, maka genap jugak la setahun pemergian arwah ayah pada 24 april 2011 yang lalu. Kehilangan Ayah masih Sang Lekit rasai sampai hari ni. Rindu & kasih sayang pada arwah ayah takkan mungkin terpadam buat selama - lamanya kerana dia ku panggil Ayah. Biarpun Arwah tidak sempat meraikan hari bahagia Sang Lekit, Saya redha. Terima akan ketentuan Tuhan. Moga Ayah tenang di sana. Moga Ayah di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al -Fatihah buat Ayah...

Gambar terakhir arwah ayah & mak di bukit tinggi

Pada suami tercinta.. ketahuilah di hati ini kamu yang pertama. Tak pernah terdetik di hati nama insan lain akan bertakhta. Baik buruk, kurang & lebih kita cuma manusia. menerima seadanya & cuba menjadi yang terbaik untuk diri masing - masing. Moga kasih sayang kita akan sentiasa utuh & bertambah erat dengan kehadiran anugerah Ilahi kepada kita tak lama lagi. Insyaallah..

7 comments:

  1. HAPPY ANNIVERSARRY Suria.... Semoga kekal ke anak cucu cicit..piut hehe!!!!!!

    ReplyDelete
  2. hepi enibeseri sis Lekit...(sis ker??) rasi nih pestime JM komen kot.... by da way, moge sis nahagia selalu dalam melayari alam umahtangga... dan Al-Fatihah tuk arwah ayas sis... ameen... :)

    ReplyDelete
  3. wahhh hepy anybeseri!!!
    berseri-seri lagi la muke akak!hihi

    ReplyDelete
  4. Salam. wahh tahniah .. hmmm masih setahun ..... masih banyak yang perlu explore .. weeeee .. hehehe... semoga kekal ke akhirnya.

    ReplyDelete
  5. hepy anniversary kak lekit..hehehe:)
    semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..:)

    ReplyDelete
  6. happy annyversary... jaga suami elok2 ye.. jadilah isteri solehah.. menyejuk mata, pendamai jiwa... teman di dunia hingga akhirat buat suami tercinta... slamat berbahgia...

    ReplyDelete
  7. selamat hari ulangtahun... dan al-fatihah untuk arwah ayah cik lekit..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com