HARUSKAH KITA JADIKAN MEREKA BAHAN KETAWA, GURAUAN & EJEKKAN?

5/02/2011 03:13:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Mereka pun manusia. Mereka pun ada perasaan biarpun mereka kurang normal dari segi akal & fikiran namun bukan bermakna mereka tak punya rasa. Mereka juga rasa gembira, rasa sedih, rasa lapar, rasa haus & rasa semua yang kita rasa walaupun perasaan & fikiran mereka tidak sesempurna kita atau secerdik, sematang atau sebijak kita. Haruskah mereka di jadikan bahan gurauan & ejekkan yang memalukan seolah2 mereka tidak punya perasaan.

Bukan pilihan juga kehendak mereka di lahirkan terencat akal, kurang cerdik atau lurus bendul dan bukan pilihan mereka juga kalau lahirnya mereka normal tapi di pertengahan jalan mereka jadi kurang siuman atas sebab - sebab tertentu. Kenapa masyarakat selalu menjadikan mereka contoh untuk di ejek, di ketawa & di jadikan bahan gurauan??

Sang Lekit pun pernah juga terjebak dalam perkara - perkara demikian dulu.. Tapi entah kenapa semalam terdetik di hati kalaulah aku di tempat mereka, apa yang aku rasa? Bila golongan macam tu.. kita sewenangnya buat dorang macam takde harga diri. Kat tempat sang lekit tinggal ni ada seorang remaja lelaki yang ala - ala terencat sikit akalnya.. pernah sang lekit tengok di salah satu facebook seseorang yang tinggal di kawasan sang lekit tinggal upload gambar budak lelaki ni kemudian dia & rakan2 yang lain rancak berkomen sambil menjadikan budak lelaki ni bahan gurauan kerana kekurangan pada dirinya.

Bukan disitu sahaja noktahnya.. malah ada jugak di facebook2 insan lain juga melakukan benda yang sama pada insan yang sebegitu. Kesian pula sang lekit tengok insan - insan macam ni jadi bahan ejekkan sedangkan dia tak pula mengusik atau memalukan kita secara umum. Kekurangan diri dia sedikitpun tak menjejaskan maruah & harga diri kita tapi kenapa kita pula menggunakan kekurangan dirinya untuk tujuan berhibur tanpa memikirkan harga dirinya? Apakah mentaliti kita semua berfikir.."Orang macam tu mana tau malu. Dia bukan kisah pun kita nak cakap apa or buat apapun kat dia." Tapi macam mana dengan kaum keluarga dia?? Pernah kita terfikir?? Kita terlupa sebab kita bukan sebahagian dari hidup dia sebab tu kita sewenangnya menjadikan dia sebagai objek gurauan.

Sang lekit bukan la tunjuk baik.. malah sang lekit sendiri akui pernah terjebak dalam perkara ni tapi tidak la sampai upload gambar kemudia ajak orang lain sama - sama mengejek. Cuma ter ejek bila ternampak jer. Tapi tak salahkan isu ni di bangkitkan untuk sama - sama kita berfikir & memperbaiki kesilapan diri. Biarpun mereka kekurangan dari sudut akal & fikiran tapi harus di ingat mereka juga punya perasaan, keluarga & sanak saudara. Mereka tidak jatuh dari langit & membesar tanpa ada ibu & ayahnya.

Ini cuma pandangan & pendapat peribadi tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Sekadar ingat mengingati sesama sendiri & juga diri sendiri.

10 comments:

  1. tu la manusia.....kata orang bolih, orang kata balik tak bolih....

    ReplyDelete
  2. dulu pernah baik dgn sorang yg agak terencat pemikirannya.. walaupon dia x berapa betul, tp sgt rajin.. pernah dia bagitau, orang selalu mengejek dia dan anggap dia mcm orang bodoh.. hmm, tiba2 teringat masa bergurau dgnnya..kini dia dh kembali ke rahmatullah slps eksiden ngan lori..

    ReplyDelete
  3. yerp .. ada org fkr tu sume bergurau... ttp ..~ depa xpernah fkr ape perasaan org yg di gurau yerr tu,..

    ReplyDelete
  4. Memang tidak patut menhina insan lain terutama sekali yang cacat atau kurang upaya.

    Kapalterbang bateri

    ReplyDelete
  5. x ptut kan..
    try pikir kalau salah sorang family kita cmtu gak..
    apa yg kita rasa???
    pikir-pikirkan lah..

    ReplyDelete
  6. entry ni bagus untuk peringatan, bila sy baca entry ni teringt saye dulu pernah terleps ckp pasl org OKU dan tak semena2 org oku tu adelah ibu kepada kawan sy sendiri. walaupun saya tak menujukan pde ibu beliau tp beliau terase jugak, sye kesal sgt, kite kene ingt ape yg kite ade adlah milik tuhan. jadi janganlah mengeji org lain.

    ReplyDelete
  7. tak ade orang dalam dunia ni yang ingin dilahirkan dalam keadaan kekurangan... lihat pada diri, sempurnakah kita? sedangkan sedikit sahaja kelemahan diri kita, jika diketahui orang, kita akan mudah cemas, kecewa, kecil hati... itu baru sedikit... macam mana pada mereka yang betul2 serba kekurangan... fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  8. org mcm ni, samada dia kurang kasih sayang masa kecik, atau kurang aksi tepuk penampor..... bersama mak tercinta...

    ReplyDelete
  9. ckp siang pandang22 ckp mlm "intai2"
    apepun like this n3

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com