JANGAN PANDANG PEREMPUAN COMEL BERPERUT BOYOT ITU!

6/01/2011 12:05:00 AM suria lekatlekit 22 Comments

Amaran keras tu! Siapakah gerangan perempuan comel berperut boyot itu?? Wakakakakakaka.. comel kah ia?? Tentang comel masih dalam siasatan kerana beliau sering kelihatan comot sahaja tapi berperut boyot memang terbukti walaupun perutnya sedaya mungkin di sorok walau kini tidak berjaya lagi.

Apa kisah perempuan berperut boyot itu? Kenapa tidak boleh di pandang? Sebab akan dia akan bertukar menjadi hulk apabila terlalu menjadi perhatian setiap kali melangkah keluar rumah. Pandangan macam mana yang membuat perempuan boyot itu marah? Yelah.. kau takat pandang seimbas lalu, pandang hujung2 mata, pandang dengan pandangan biasa jer beliau takkan la bertukar kaler hijau (hulk) tapi bila setiap kali terserempak dengan orang yang sama, family yang sama asyik pandang dengan pandangan pelik, sinis lepas tu berbisik sesama sendiri memang la mengundang kemarahan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Alkisahnya.. Ada la satu family india kat rumah sang lekit ni. Rumah dia selang 2 3 buah rumah je dari rumah sang lekit. Dari mula dorang berpindah sampai la sekarang rasanya dekat setahun dah kot anak - anak dia ni macam teruja jer tengok sang lekit. Asal nampak je muka aku pandang sampai tak kelip mata dah tu senyuman dorang tu buat sang lekit tak selesa. Tak kira la anak lelaki atau perempuan pasangan india tu. Selama ni sang lekit buat tak tahu jer walau rimas sampai kalau boleh taknak langsung terserempak dengan dorang sebab takut kelembutan aku ni bertukar jadi singa bila hilang sabar.

Tapi tak tahan juga.. semalam turun kebawah nak beli roti. Serempak la dengan dua adik beradik india ni. Nampak je muka sang lekit secara drastik dorang pandang kemudian pandang sesama sendiri, bisik apa entah lepas tu senyum. Tetiba jer mood ni bertukar mulut ni bersuara dengan perlahan tapi agak garang. Terus la aku sound.. "Apsal U all ni suka pandang2 I, ha?? Apa tak kena?? Tak pernah tengok orang ker?" Walau dorang masih senyum sesama sendiri lepas kena lazer tapi kat muka seseko mula cuak dah. Harap lepas ni dorang takkan pandang sang lekit macam nampak superstar tamil lagi. Rimas tau tak??

Bukan la sang lekit ni jenis sombong tapi ada pandangan yang akan buat kita jadi tak selesa. Kalau rasa nak berkenalan tegur.. Kalau nak mengutuk pastikan orang di kutuk tu tak perasan. Kalau nak kutuk depan - depan, silakan. Kalau tak kena point kau kutuk aku maka kau bersedia di balas dengan kata - kata berhemah penuh berapi dari aku pula. Tapi asyik pandang lepas tu senyum2 sinis & berbisik sesama sendiri. Sekali takpe jugak ni tak setiap kali serempak je adengan tu mesti terjadi. Sekali sekala rasanya tak salah kot bagi pengajaran sikit, kan??

22 comments:

  1. hoho..garangnya..tp yalah geram juga kan org suka pandang dgn pandangan aneh..harap lps kena sound diaorang x berani pandang lagi..kalau pandang juga cungkil aje bijik mata dia..

    ReplyDelete
  2. I rasa diorang suka tgk u nmpk cute kot......comel, lawa.... putih. tu yang diorang suka tu. sebab diorang tak putih mcm u. itu firasat I lah~ hehehe

    ReplyDelete
  3. gua pun geli gak nak pandang mende2 camtu

    ReplyDelete
  4. diaorang malu nak puji depan depan kot

    ReplyDelete
  5. erk...maaf akak tny.sang lekit sedang hamil ke ? maaf jika tidak.sebenarnya akak sarat hamil 7 bln dan bila kluar jln jek mata arab dan india bulat merenung...sampaikan rasa malas nak keluar tau!grrrrrrrrr

    ReplyDelete
  6. ala akk comels lah.tu sbb nya.hehehehe.akk lame tak update knp?

    ReplyDelete
  7. LM.. sy memang tgh pregnant 6 bulan.. hehehehehe

    Rara.. hari2 akak update la.

    ReplyDelete
  8. sy pon pk macam cik rara tadi..comey kot sbb tu diorang asyik tengok..hehe~

    ReplyDelete
  9. mana ada comel.. family dorang je pelik. org lain takde lak nak tgk sampai mcm tu

    ReplyDelete
  10. ni pembawakan budak nih, ammoihhh, garang sungguh na....

    aku rasa diorang tu pandang sebab ingat ko Juhi chawla kot nyahhhhh!!!!

    waaahhh pas ni kena pakai sari la... ammaaa.. rombe nandreee

    ReplyDelete
  11. gambar tu kelakar tahuuu tak?

    LOL

    ReplyDelete
  12. must be very2 cute ahahaha :)

    ReplyDelete
  13. sabar ye cik lekit..jegilkan aje mata tu,hehe

    ReplyDelete
  14. aiyooo..garangnya mummy..hehhehe.. nnt anak pon garang2 jugak..takmo3..hehehehe..

    budak2 india tuh ada kemusykilan ler tuh..nak tanya malu..x tanya malu sndiri lak..ihihihi

    ReplyDelete
  15. u nih pon, u comel la sebab tu dong suke tgk, i pn suke tgk ppuan preggy :-) sgt2 keibuan u ols

    ReplyDelete
  16. saya rasa kata2 Tasha ngn rara betul tau. U ni comel, pasal itu depa dok tgk. Tapi jgn mare sgt ngn dorang tu tau, nnti terkenan kat anak, x psl2 pulak kulit anak tu jadik kaler lain. cian bb nanti.. hehe

    ReplyDelete
  17. hehe...abby kelihatan cantik & comel dari yg biasa kut..almaklum le..ibu mengandung ni daya tarikan dia luar biase ckit..
    hoho..tp betul la..bila pandang lain benor tu rimas rasanya..kan kan kan..

    ReplyDelete
  18. wah garang ni.. tetapi kadang lelaki suka tengok perempuan mengandung!

    ReplyDelete
  19. depa buat senyum gatai ka???
    kalau senyum gatai akak pun tak selesa la..:p

    ReplyDelete
  20. cik lekit mesti cumil kan ?tp perut LM lg besar..7 bulan dan membelon besar

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com