ANAK SIHIR IBU KERANA HARTA PUSAKA

6/09/2011 06:06:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Kerana harta manusia jadi buta hati & buta segala rasa. Tak kenal lagi siapa keluarga siapa mangsa. Terbaca kisah seorang anak perempuan yang menyihir ibunya sendiri demi harta pusaka yang di tinggalkan oleh arwah bapa buat sang lekit insaf. Nilai seorang ibu yang melahir & membesarkan umpama tiada harga.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Ramlah, 50an, tidak mahu harta peninggalan arwah bapanya yang kini dalam kawalan ibunya itu diagihkan kepada lima adiknya yang lain. Arwah bapa Ramlah cukup dikenali di kalangan penduduk kampung kerana memiliki berpuluh-puluh ekar tanah termasuk dusun, kebun getah dan sawah padi.selepas terkena sihir, si ibu yang berusia 80an itu mengikut semua kehendak anak sulungnya itu.

Si ibu berjanji akan menunaikan kehendak Ramlah termasuk menyerahkan semua harta atas alasan dia paling layak mewarisi harta tersebut. Si ibu juga di katakan berubah menjadi seorang yang pendiam & lurus bendul bila terkena sihir tersebut.Selepas sebulan berperangai pelik akhirnya si ibu jatuh sakit dan perutnya membusung seperti wanita mengandung sembilan bulan.adik-beradik Ramlah yang terkejut melihat perubahan itu mengesyaki ibu mereka terkena sihir.

Peliknya, adik-beradik yang lain mendapati Ramlah sedikit pun tidak berasa risau, sebaliknya dia seolah-olah gembira. Ramlah percaya ibunya akan menyerahkan semua harta itu kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhirSetelah melakukan rawatan akhirnya terbongkar rahsia si ibu telah disihir anak sulungnya sendiri.

Selepas rahsia itu terbongkar, Ramlah meraung seperti diserang histeria kerana menyesal dengan perbuatannya. Ramlah seperti orang tidak siuman meminta ampun dari ibunya kerana melakukan dosa cukup besar itu.pada mulanya si ibu enggan memaafkan Ramlah, tetapi atas desakan adik-beradiknya akhirnya dia bersetuju memaafkannya.

Bila perasaan tamak menguasi diri macam ni la jadinya. Dimata hanya nampak harta dunia lebih bernilai dari seorang ibu sedangkan harta dunia takkan boleh membeli syurga sekiranya kita derhaka kepada ibu. Moga menjadi iktibar buat kita semua.

Rujukan : Warta perdana

P/s :Hari ni kurang update & BW sebab mak ada kat rumah. Sebenarnya Mak sang lekit datang dari hari Jumaat lagi tapi pergi rumah adik.. baru semalam datang rumah saya bermalam sebelum balik ke kedah hari ahad ni.

6 comments:

  1. Anak mcm nie memang patut dibunuh sahaja... sanggup menderhaka dgn mak sendiri sampai tahap guna sihir...

    ReplyDelete
  2. syirik lah wei,dhlah nama sama dgn nenek aku,hahahahaha

    ReplyDelete
  3. derhaka dah tu..
    dengan mak sendiri pun
    nak buat naya..
    mak dia maafkan pun sebab adik beradik suruh..

    ReplyDelete
  4. tak sanggup rasanya... nak buat ibu yang melahirkan kita sendiri?

    ReplyDelete
  5. dah x sabar sgt nk stay kat neraka.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com