BAJU BERSIH DI LARANG SOLAT DALAM MASJID

6/28/2011 01:55:00 AM suria lekatlekit 23 Comments

Ni bukan kes baju kotor atau baju bersih dari sudut kesucian & kebersihan pakaian yer.. Ni kes rasanya semua orang dah tahu. Kes seorang pemuda di halau oleh AJK masjid kerana memakai baju berlogo BERSIH. Bukan takat di halau malah di lemparkan dengan kata - kata kesat sebab pakai baju BERSIH & menunaikan solat dalam masjid.

Pak Haji yang naik angin tengok mamat ni masuk masjid pakai baju BERSIH

Pasal baju pun kecoh. Yang buat kecoh tu seorang lelaki dewasa yang dah bergelar HAJI pulak tu. Nak kata dia tak tau hukum hakam.. Rasanya dia jelas kot tentang adab berpakaian kalau nak bersolat atau masuk ke kawasan masjid. Rasanya takde pun mana - mana kitab tulis pakai baju BERSIH tak boleh solat kat masjid. Ni kes bila tempat ibadat di anggap tempat berpuak - puak. Kalau ko sokong pati ayam bistari jangan ko masuk ladang limau sebab kat situ cuma pati oren jer boleh masuk. Korang faham ke apa sang lekit cuba sampaikan ni?? Tak paham pun paham2 kan la.

 Nasib baik ada pakcik yang berakal sikit tegur Pak Haji yang mungkin time tu otak dia tertukar dengan Patrik Starfish (Kawan spongebob tu ler)

Sang Lekit memang tak pandai nak mengulas, mengopek mahupun mengupas pasal politik ni tapi kejadian macam ni memang sang lekit pandang agak melampau. Pemuda tu pakai baju parti apa sekalipun, selagi tak bercanggah dari hukum.. kenapa nak pertikaikan atau halang dia untuk bersolat dalam masjid. Pak Haji yang kononnya pandai dah menampakkan kebodohan & kejahilan sendiri dengan sikap terlalu obses dengan politik ni. Umpama sapu taik ke muka sendiri.

Kalau orang tua tunjuk teladan buruk, macam mana la golongan muda nak hormat. Pada pejuang2 politik kat Malaysia ni.. berpada pada lah yer. Jadikan teladan dari apa yang berlaku.

Rujukan : Sinar Harian

23 comments:

  1. pelik betul.. main halang orang masuk masjid pulak. kalau dia bawak najis takpe lah jugak nak suh dia keluar p basuh dlu. haih...

    pak cik oh pak cik..

    ReplyDelete
  2. maybe sb pak cik tu igt dia sokong parti pembangkang kot,tp selagi dia igt solat 5 waktu,puasa,& zakat,x salah rasanya org yg pakai baju logo bersih tu solat kat masjid tu,huhuhu betul kata akak aisyah humaira dlm blog dia pak cik tu mmg manga(bodoh) dlm bahasa jawa,dia kata mcm tu,huhuhu mmg bangang pak cik tu

    ReplyDelete
  3. taksub sangat dengan parti masing2 sampai lupa syarat sah nak solat...itulah masalah orang kita.solat tunggang terbalik,tapi hati duk buruk sangka pada saudara seagama

    ReplyDelete
  4. aduh ape la pakcik nih...


    ape pun tak boleh.,...


    dia tengah fanatik sangat nih. semangat kebencian mengatasi rasional..

    ReplyDelete
  5. rumah tu rumah Allah...bukan rumah orang tua kolot tu

    ReplyDelete
  6. Tu le jadinye bile da terlalu obses. Otak letak kat lutut.

    p/s bengang dengan orang yang macam ni..

    ReplyDelete
  7. ni la jadiknyer taksub sgt dgn parti politik...
    pttnya hal2 agama xleh bcmpur aduk dgn politik2 ni..

    ReplyDelete
  8. Mungkin baju ada tulisan kat hadapan, pak haji tu kurang gemar. tapi belakang baju bersih ada tulisan tak? kalau ada, ia akan menganggu orang yang berada di saf belakang. Wajib pemuda itu kena tegur

    tapi pak haji kena ambil berat juga:
    1. baju2 koprat gov dan swasta pun ada tulisan dibelakang cth: website nama company / gov.

    2. baju2 budak zaman sekarang yang ada tulisan/ayat pelik2

    3. Jersey yang ada nama dan no serta logo2 yang x sepatutnya

    kalau pak haji berlaku adil.. semua ini perlu ditegur.

    Insyallah kita semua berbangga.

    ReplyDelete
  9. ck ni bkn suke sgt ambik port lam politik ni..tp kalo smpai tahap nk halau org kuar masjid sbb hanya pakai bju BERSIH mmg xpatut..kite negara demokrasi..sape2 pun blh b'suara..kini seolah2 hnya pihak kerajaan saje y btl..huhuhu..xtau la apa nk jd dgn politik zaman skrg..

    ish pjg la komen ck..hihi..pe2 pun ingt la xsemua y kite buat tu adalah btl..renung2kan..=)

    ReplyDelete
  10. laaa...macam tu pun ade ke?pelik2 betol la..dalam islam takde pun kata nak solat kat masjid kena berpuak-puak sebab politik..ishh..ni la jadinya bila politik dikaitkan dengan agama..rosak betol..@_@

    ReplyDelete
  11. Bila akal tak mampu nak berfikir dengan baik terlupa halal haram..
    Paling sedeh bila mengharamkan benda yang tak patut..
    masjid bukan tempat berpolitik
    haisshh... tak fahamlah..

    ReplyDelete
  12. ish2...kalu nk berpuak pn tgok lar tempat jgk kn....neh mentibai jep, da xtgok hukum-hakam....adusss

    ReplyDelete
  13. kat negara ni memang ramai haji marlboro ni...naik haji sampai 2-3 kli sebab banyak duit (nabi SAW pun naik aji sekali je)...bagi dorang aji ni macam pangkat, kalo dah aji kira taiko la, takleh bangkang-bangkang...kao nak bangkang pastikan aji jugak baru bulih......

    ReplyDelete
  14. haih, mmg tak patut.. apa guna ada gelaran HAJI di depan nama tp otak tarakkk..

    ReplyDelete
  15. xda hotak punya pak haji.. sampai ke dalam masjid pun terlalu taksub dengan politiknya...

    ReplyDelete
  16. politik x abes.. huhu.. xmo2.. ngeee~

    ReplyDelete
  17. eh nape plak ske2 nk halang?
    lain la dia pakai tak menutup aurat ataupun pakai baju yang menghina Islam ke pe

    ReplyDelete
  18. nak solat pun campur adukkan politik????
    ape ni??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com