BILA KANDUNGAN DAH CECAH 6 BULAN ++

6/19/2011 05:16:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Bila kandungan dah cecah 6 bulan ++ ni sang lekit mula dapat rasa banyak benda semakin berubah selain perut yang semakin membesar, bayi yang semakin aktif & kuat bergerak serta menendang. Sampai boleh nampak jelas dari luar perut gerakkan baby tu. Memang satu keajaiban bagi seorang bakal ibu yang pertama kali menempuh alam mengandung ni.

SEKADAR HIASAN
Dan paling ketara adalah dari segi kudrat. Jalan sikit kaki mula rasa lenguh yang amat. Buat kerja rumah yang tak banyak pun cepat letih walau nak jemur baju kat ampaian. Dulu ligat sang lekit berus baju kemeja putih Hubby. Sekarang ni dah makin rasa susah sebab bila duduk perut tu akan menghalang banyak pergerakkan kita lebih - lebih kalau baby mula dengki. Time kita nak berus baju dia mula la turun ke bawah & perut akan rasa tegang. Sang lekit memang tak suka basuh baju kemeja putih hubby guna washing machine. Rasa tak puas hati tahap kebersihannya. Lebih2 lagi kat lengan baju. Rasa tak sampai hati kalau hubby pergi kerja baju comot2. Baju lain2 memang la di humban dalam washing machine jer.

Yang paling sang lekit risau makin bertambah usia kandungan makin kurang pula selera makan. Aduhai.. Kadang - kadang paksa juga diri makan sebab takut kesannya pada bayi nanti. Mungkin faktor bosan buat sang lekit kurang makan. Yelah.. sorang - sorang kat rumah, nak makan or masak pun macam tak best.

Dari segi emosi pun makin berubah. Tak di nafikan memang sang lekit sekarang ni rasa cepat touching walau tak di tonjolkan secara umum pada sesiapa tapi hati sendiri mesti tahu. Sentiasa rasa nak suami tu ada depan mata. Semakin mengharap dia luangkan masa untuk diri sang lekit. Tapi takkan la hubby nak 24 jam mengadap bini dia kot. Kerja pun kena kalau tak siapa yang nak tanggung semua kos sara hidup, kan?

Cepat rasa marah pun ada jugak.Tapi sang lekit selalunya berjaya atasi emosi ni. Kalau rasa nak marah seperti biasa sang lekit akan diam. Ambil beberapa minit untuk motivasikan diri dalam hati & kemudian ok la. Rupanya melalui alam mengandung ni bukan la sesuatu yang mudah sangat. Perubahan bukan saja dari fizikal tapi emosi dan mental juga. Semoga sang lekit berjaya harunginya yer..

13 comments:

  1. tahniah kerana bakal menyambut cahaya mata. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. aminn. jaga diri baik-baik ;)

    Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak jd uncle nih.. wahahahaha...

    takyah la berus baju tu... sian betul la... suruh je laki pakai baju kaler kali.... ehh warna warniii

    ReplyDelete
  3. seronok tengok orang mengandung..
    jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  4. wah...lekit kena byk sabar tu. mcm akak nora 6 bulAn adalah waktu paling best...pasal alahan dah hilang, nak makan apa pun dapat, dah menikmati baby bergerak, cuma sampai nampak kat perut tu belum sgt la. pasal kulit akak tebal..haha
    selera makan berkurgn tu bahaya...tapi kalo lekit masih kawal dengan makan benda berkhasiat...xpe...cuba amalkan makn kurma atau kismis, mungkin bantu tambahkan khasiat..
    pasal bab emosi tu, memg sabar aje kuncinya..pembentukan emosi anak bermula dari kita, cuba sebaik2 nya ye lekit... banyakkan bc surah amalan ketika mengandung...insyaAllah kita hanya mampu merancang

    ReplyDelete
  5. alalala comel nye.. tak pe.. kompom laki hang akn paham./ suwitt jerk.. time ngandung ni la nak test laki .. hahah

    ReplyDelete
  6. smg dpt bby sihat n cerdas. =)

    ReplyDelete
  7. jaga diri baik2 ye sang lekit...

    ReplyDelete
  8. sian adik akak sorang ni...jg diri tau,lantai licin sabun tu hati2.perut dah pesar,mkn pun kurang,mkn sikit cpt mengah.ampai baju pun cpt letih.perut akak lg besar...dah 8 bln rasa mkn tak larat.jg diri tau!

    ReplyDelete
  9. take care tau cik lekit,mesti best tiap hari gosok perut n sembang dengan perut!

    ReplyDelete
  10. wahhh dah nak dapat baby...best nye...heheh...

    makan banyak2 !!

    ReplyDelete
  11. waa...congrat yep...semoga selamat t lahir kn baby tuh..heee

    ReplyDelete
  12. hehe..2nd trimister sindrom dah menyerang..apepun byk2 kan bersabar n enjoy ur preggy...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com