CIKGU SHIDA NAK BERSARA JADI GURU?

6/26/2011 01:53:00 AM suria lekatlekit 19 Comments

Betul ker cikgu shida dah nak bersara jadi cikgu? Kenapa? Nak tumpukan perhatian dalam karier baru ker sebagai artis miming, pelakon & penulis majalah? Ke sebab jadual seni mula padat & dah tak dapat bagi komitment sebagai guru? Atau sudah jemu di katakan sebagai menjatuhkan institusi perguruan & memalukan para guru yang lain dengan memaparkan video miming yang agak janggal di mata sesetengah masyarakat?

Amboi sang lekit mengalahkan wartawan pulak yer... Sejauh mana kesahihannya sang lekit sendiri tak pasti tapi bila di baca dari fanpage FB & laman blog beliau.. kias - kias macam tu la. Mungkin niat nak bersara awal jadi cikgu tu ada kot cuma keputusan rasmi je belum di buat. Kalau dah jawapan dari persoalan tersebut di jawab dengan "NO KOMEN" (ala- ala jawapan artis gitu) bermakna ia di tengah2.. samada ya atau tidak jer.

Ni luahan rasa cikgu shida di laman blog dia

Ni pula sesi soal jawab di fanpage FB beliau.

Mungkin cikgu shida mula seronok dengan dunia seni yang penuh gilang gemilang & di kenali kot sebab tu beliau rasa jadi cikgu dah tak best. Itu sekadar andaian sang lekit jer... Yelah, sapa tak suka jadi popular, ye tak?? Ada yang sanggup bergadai golok semata - mata nak mencuba nasib dalam dunia hiburan ni tau! Apapun pilihan cikgu shida lepas ni.. semoga berjaya la yer. 

19 comments:

  1. malu lah wei,tanya soalan bila nak kahwin,lak tu,huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. tabah jugak cikgu shida ni..
    klau sy dh nangis dh kna kutuk..

    ReplyDelete
  3. cikgu shida ni ngajor subjek ape eh?

    ReplyDelete
  4. semoga apa yang dia pilih tu betol lah hendak nye..kan...

    jadi artis,bukan selalu di atas..

    ReplyDelete
  5. kerjaya seorang guru bkn mudah.sentiasa di tegur dan diperhatikan,maklumlah pendidik.tp jika bersara awal tu jd pilihan yg menggembirakan cikgu shida,tu mungkin terbaik buatnyer.

    ReplyDelete
  6. telefilem lakonannya bakal ditayang aidilfitri nanti kan..lg ramai org kutuk dia lg murah rezeki dia kan..

    ReplyDelete
  7. untuk diri sendiri pulak....aku agak la kan alasan ni sangat ironik..aku rasa mesti alasan dia jadi guru dulu ada dua, satu kerana nak berbakti dan satu lagi aku pasti 90 persen kerana dia minat....untuk diri sendiri la tuuuuuu....ceh....sudah terpana dengan perhatian yang dia dapat....

    ReplyDelete
  8. huhu ...jadi lah apa pun ...asalkan sbg org yang berguna ..:)

    ReplyDelete
  9. cikgu shida ni cikgu bahasa inggeris kat sekolah rendah

    ReplyDelete
  10. tak kesah jadi ape cikgu shida..janji awak happy..kami pun happy hehe

    ReplyDelete
  11. Jangan lepas ni dia punya lakonan kena kutuk,then salahkan minda rakyat Malaysia pulak..

    ReplyDelete
  12. Semoga apa jua yg dilakukan msh mengikut jln yg diredhai.. Tp lekit syg kalo dia btul2 berenti mengajar sbb jadi cikgu ni pekerjaan yg mulia.. Ilmu yg diberi yg digunakan anak murid ke jln yg baik pahalanya brlipat ganda.. Smpai akhirat pahala tu x putus kn..

    ReplyDelete
  13. bukan dr hari tu ke die kate nk resign..???

    ReplyDelete
  14. Huh? Try la join PPD pulak cikgu shida. Pastuh, buatlah bisnes sebab jadi cikgu ni kadang2 banyak masa terluang kalo kena caranya.

    ReplyDelete
  15. cikgu shida dah buat bisnes mlm premium beautiful,huhuhuhuhu org ckp bisnes mlm haram,baru mengintai kat fb profile dia,huhuhu x caye cube korg cek fb dia cik shida dari parit csdp

    ReplyDelete
  16. hi....semoga cikgu berjaya, you can do it.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com