PENGANTIN HARUS BACA. MELUKIS TANGAN DENGAN INAI HARAM

6/10/2011 03:52:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Petang - petang Jumaat ni sang lekit nak kongsi satu artikel yang sang lekit baca dari sinar harian tentang hukum bertatu. Kita anggap tatu kekal atau tatu yang di cacah jer haram & berdosa sebenarnya tatu tiruan yang di cop, di lukis untuk hiasan sementara di anggota tubuh kita juga haram. Jom kita kupas kupis isu ni dengan lebih lanjut.


Hasil carian google. Sekadar hiasan

sama ada tatu yang dicacah itu cantik atau tidak, orang Islam tidak boleh memakai kerana hukumnya adalah haram. Tidak kiralah tatu itu olok-olok atau tiruan, hukumnya tetap sama. Si pentatu dan orang yang meminta dirinya ditatu pasti akan dilaknat Allah. " Sesungguhnya Allah melaknat si pentatu dan orang meminta dirinya ditatukan.”

pemakaian tatu dilihat menyerupai amalan orang-orang Barat yang tidak menggambarkan kebudayaan sihat. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dikira daripada kaum tersebut.”
tatu adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar kerana Rasulullah melaknat Al-Wasyimah (yang mentatu) dan Al-Mustausyimah (yang minta orang lain untuk mentatukan tubuhnya). Semuanya terlaknat melalui lisan Rasulullah. Dengan demikian, tatu itu haram dalam Islam dan merupakan salah satu dosa besar.

Beberapa tokoh agama dan budayawan negara melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.(Rujukan : Tatu Vs Inai)

Kalau mungkin dihilangkan dengan pengubatan maka wajib dihilangkan. Jika tidak memungkinkan kecuali dengan melukainya di mana dengan itu khawatir berisiko kehilangan anggota badannya, atau kehilangan manfaat dari anggota badan itu, atau sesuatu yang parah terjadi pada anggota badan yang ada tatu itu, maka tidak wajib menghilangkannya. Dan jikalau bertaubat ia tidak berdosa. Tapi kalau ia tidak mempunyai masalah untuk menghilangkannya, maka ia harus menghilangkannya. Dan ia dianggap bermaksiat dengan menundanya. Sama saja dalam hal ini semua, baik lelaki mahupun wanita.

Rujukan : Sinar Harian

15 comments:

  1. betul kak, yg lukis2 tu dh menyerupai tatu.. ckpla sekadar inai di jari...

    ReplyDelete
  2. rujukan untuk bakal2 pengantin..:)

    ReplyDelete
  3. mujur sy xsuka pakai inai..bau je nk muntah

    ReplyDelete
  4. nasib baik belom nak kawen lagi. ngehehe

    ReplyDelete
  5. pakai kat jari pun cukup la kan..

    lagipun dah keluar fatwa pasal berinai ni...

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..mmg dah tau psl menda ni..

    ReplyDelete
  7. pakai inai biasa pon da cantek...

    ReplyDelete
  8. dah tahu pasal ni... eloklah ada diskusi pasal ni supaya orang lain yang tak tahu tak ambil mudah pasal hukum hakam sesuatu perkara.. nak buat benda baik tapi bercampur dengan benda tak elok.. so sama2 kita elakkan...

    jemput baca


    Dah mula nak sakit-sakit

    Tak payahla renggang-renggang..rapat-rapat la syok

    ReplyDelete
  9. ouh yeke
    bde ni mcm dh jd budaya je ble org melayu nk kahwin

    ReplyDelete
  10. saya pun dah buat decision taknak lukis2 inai gini..bakal roommate pun tak bagi,so saya pun tak kisah sebab memang taknak..pepun thanks info yang baik ni

    ReplyDelete
  11. aisemen. tepakse stop tabiat suke berinai ni.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..

    Di sini saya ingin berkongsi tentang keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu di atas seperti di bawah. Hukum - hukum yang tepat berhubung dengan pelbagai isu boleh dirujuk di laman web di bawah:

    http://www.e-fatwa.gov.my


    Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

    2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

    3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

    4.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua berhubung isu ini..TQ ..:..Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com