AKAN BERTEMU 2 EKOR DRAKULA.SUSPEN!

7/19/2011 12:41:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Esok ada pregnancy check up. Dan menurut check up 2 minggu lepas nurse ada bagitau esok (pagi nanti) sang lekit akan hadap 2 batang drakula.. 1 drakula penyedut darah & 1 lagi drakula yang memasukkan ubat. tak paham ker? Kena suntikan la.. Yang 1 jarum untuk ambil darah & satu jarum lagi suntikkan terakhir. Tak tau pulak suntikan kedua ni suntikan untuk apa.

Makin dekat dengan due date makin berdebar pula sang lekit. Makin terbayang banyak lagi drakula (jarum suntikan) yang perlu sang lekit berdepan. Membayangkan macam - macam kesakitan yang perlu di tempuhi. Aduhai.. Semuanya demi anak akan ku kumpul berapa banyak kekuatan yang mampu untuk harungi semua tu nanti. Kalau betul seperti ramalan doktor yang cakap kemungkinan sang lekit akan bersalin secara operation.. Terpaksa juga tempuh detik - detik itu. Kalau mak sang lekit senang je dia cakap.. Tak payah nak takut sangat, operate ke normal ke dua2 pun sama jer sakit. Mana ada orang beranak sambil gelak2 & makan kuaci, kan??

Lepas check up tu dah buat appointment dengan Yu Nam Hair Care. tengahari tadi ada tolong joinkan untuk en hubby katanya dia pun ada Yu Nam Hair call. So, sesapa saja yang join contest tu memang dah confirm dapat sesi rawatan & pemeriksaan percuma. Lagipun dorang dah mention "*Click and you are guaranteed an Entry Prize worth RM668!*"(boleh rujuk entri ni kalau ada yang masih tak tahu pasal ni: Match & Win contest) Dapat teka taktik & strategi dorang ni. bila kita dah pergi sana kang.. macam - macam dorang promot suruh beli. Kalau tak kental memang akan terlentok. Apapun good luck kepada diri sendiri untuk bertemu drakula pagi nanti

 
Huhuhu.. dah besar anak mummy dalam perut yer.

7 comments:

  1. lupa dah akak kena cucuk apa ye..
    tak ingat la..
    banyak kan bejalan..
    senang baby nak keluar..
    tak la kena operate2 ni..
    tapi beranak normal tak sakit pun..
    bila nak teran tu dah tak sakit..
    yang sakit nye time sakit2 pinggang tu je..time nak teran tu,3,4 kali teran dah keluar si bulat tu..heheheh

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya baik baik belaka yea...baby nya baik...mummy nya juga baik...amin~

    ReplyDelete
  3. ye..semoga takde pape yang menakutkan berlaku..tak sabar nak tunggu baby keluar

    ReplyDelete
  4. cucuk yg sakit tu dah berapa kali? apa ntah nama dia..tetanus..tetris..haha..kancing gigi punya tu..kalau anak first dapat dua kali..

    masa akak nora preggy..hanya sekali je amik darah..dan tak pernah minum air gula..Alhamdulillah ya Allah..tak da masalah..

    ReplyDelete
  5. seorang ibu mestilah kental kan?
    sis mesti kuat utk ngadap drakula2 tu..

    ReplyDelete
  6. amik darah?? jarum besauuuu. pitam T_T

    ReplyDelete
  7. wah,takutnya jarum,mcm sy kat hospital dulu ambik darah...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com