HUKUMAN YANG MEROSAKKAN PAKAIAN SEKOLAH

7/09/2011 12:29:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Tadi ada buat entri pasal budak sekolah pakai tudung shawls sebagai tudung sekolah kan tiba - tiba sang lekit teringat pula pasal etika pemakaian masa zaman sang lekit sekolah dulu. walaupun dengan uniform sekolah tetap nak melaram, akibatnya melanggar etika pemakaian uniform sekolah.

Carian google. Sekadar hiasan

Zaman sang lekit sekolah dulu.. kalau budak perempuan melayu/islam wajib berbaju kurung & bertudung. Tak boleh tidak. WAJIB. Tapi zaman tu zaman pakai kain sapu lantai. Korang tau kan macam mana gayanya. Hujung kain sampai hitam jadinya dok menyapu lantai. Tudung pula ala - ala tudung shawls yang singkat sekarang la. Hanya tutup leher jer.. Jenis kain pula yang licin & nipis sampai boleh nampak la warna & corak bra. Tu gaya melaram di kalangan pelajar perempuan Islam. ** Bukan semua tapi segelintir sahaja yang nakal - nakal**

Yang bukan Islam pula.. Biasa la Pinafore la. Tapi etika pemakaian Pinafore mesti hingga paras lutut tak boleh pendek. Tapi kebanyakkan pelajar bukan islam ni yang nakal - nakal akan tempah uniform dorang dengan kependekkan paras peha jer. Kira atas pada lutut la. Sama la dengan pelajar melayu.. Untuk melaram. Beza pelajar Islam panjangkan kain sampai jadi penyapu lantai yang bukan Islam pendekkan skrit macam kat sekolah hari - hari banjir melanda.

Fesyen melaram budak lelaki taknak sentuh, biar Nyah Zulfikar je kopek pasal isu tu. kekekeke. Ok.. bila time spot check, yang melanggar etika pemakaian di sekolah ni dah tentu jadi sasaran untuk tindakkan disiplin. Tak tahu nak setuju ke tak denda yang di kenakan cikgu kat sekolah sang lekit ni.. Untuk pelajar Islam.. kain akan di potong sampai pendek. Nampak la compang camping kain yg di gunting tu. Yang Bukan islam pun kena potong jugak skrit dorang. Bertambah pendek la. Rasa macam tak relevan pulak hukuman tu. Lebih kepada merosakkan baju sekolah. Yelah.. bukan semua pelajar nakal tu kaya - kaya. Kadang2 nakal melaram jer.. Yang lain ok. Ada yang Baju sekolah pula setahun sekali jer tukar. Memang la tujuan hukuman tu untuk buat dorang serik tapi rasa kurang sesuai pula. Kan??

Pendapat korang sang lekit tak tahu la.. Tapi pendapat sang lekit rasanya gunakan pendekatan & kaedah lain kot dari merosakkan pakaian sekolah pelajar ni. Ini cuma pandangan peribadi jer.. Harap cikgu2 yang baca tak sentap.


P/S : Walau pernah tengok kawan - kawan kena (termasuk pelajar lelaki kena potong seluar) tapi sang lekit tak pernah kena pun. Mungkin dari segi etika pemakaian lulus kot. kekekeke

18 comments:

  1. mudah kan jadi lelaki..hehehe



    jom baca...gempar
    DALANG BERSIH SEBENAR SUDAH DITEMUI!

    http://ping.busuk.org/view/8725

    ReplyDelete
  2. ehehehhehe.. kita pun mcm 2 gak dulu... dok pakai kain labuh smpi sapu jalan.. ngan lencana x pki.. bertuah tulll...

    ReplyDelete
  3. teringat ketika demam DURAN2 sedang melanda...bayangkan seluar dan rambut....kah kah...

    ReplyDelete
  4. budak zaman sekarang datang . :)

    ReplyDelete
  5. emm.. masa tu siapa tak sapu lantai, kira skema lah.. betul tak?? hihi

    ReplyDelete
  6. ok jugak tuh..biar rasa malu sikit.. dah malu xde lar buat lagik.. saper suh x ikot rules..hahahahhaha...kita paling koman langgar rules pon kuku pjg jek.. errrr...

    ReplyDelete
  7. kihkihkih aku masa sek men dulu seluar boot cut fit kat peha form 3, masuk form 4,5 skinny ala-ala ramones..denda dia cikgu letak telur dalam seluar bahagian peha, lepas tu kasi pecah....hahaha

    ReplyDelete
  8. wakakakakaka, alamak... Mommy bulu2 ni dah tambah hutang la nak cerita pasal pesen dak sekolah lelaki dulu .. hahaha


    orite, nanti aku buat ye nyahhh :P

    ReplyDelete
  9. dulu trend lps habis sekolah je conteng dkt baju.heheee


    kalau sudi jom lah join contest dkt blog cik kia ye ;)

    ReplyDelete
  10. sekolah saya kain yang singkat tu cikgu ganti dengan kain batik,haa amik!

    cikgu2 ni biasanya akan mula dengan warning,2nd time pun warning..so sapa yang buat lagi tu namanya pandai2lah nak cari kain baru ke apa,sebab dia tau dah risikonya.

    ReplyDelete
  11. dulu zaman sekolah, fesen pakaian km macam2... cikgu tegur buat dono je..

    kini bila aku lak yang jadi cikgu, barulah kena ngan btg idung sendiri. hehehe.. susah rupanya nak kawal murid2 ni... sabar (",)

    ReplyDelete
  12. pernah jgk melalui zaman2 tu...bkn stkt kain labuh n jilbab singkat tp jilbab kelepet sebelah , x kelepet,conteng kain, stokin pendek, tak pakai bj alas n kain dlm...tu pelajar pompuan hukuman tak pasti mgkin ambik nama n kaunseling...plajar lelaki plak yg sluar ketat ke seluar bsr kalau tak silap kene pakai kain pelikat hukumannya..

    ReplyDelete
  13. kekekek..cma dulu kantoi skali coz x pakai stokin..pasal kain tu mmg betul..jadi tukang sapu kat skola suda...
    :P

    ReplyDelete
  14. dlu slalu kene tarik name tag je kalo pakai tudung singkat hehehe

    ReplyDelete
  15. xtaw la ok ke x kak hukuman camni. tapi klu kene kat saye, balik umah mesti kene marah ngan ibu pulak sbb kain dah rosak. so? haha.. tak ok kot!

    ReplyDelete
  16. akak dulu masa sekolah pernah la kain meleret ni tapi sebab getah dia longgar.hehehhe...
    tapi pelajar lelaki yang pakai seluar kaki besar tu semua kena gunting kaki seluarnyye..
    heheh..
    tapi tak de pun yang mak bapak serang guru kat sekolah..:p

    ReplyDelete
  17. sangat rindu uniform sekolah

    bau lain dari baju lain

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com