KAKI SI BOYOT BENGKAK NAK BUAT MACAM MANA?

7/15/2011 01:57:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Pinggang sakit, kaki mula bengkak & perut tak payah cakap la asyik rasa tegang. Hari ni rasa sengal2 bawah perut. Duduk tak kena, baring tak kena, jalan pun rasa serba tak kena. Itu lah sang lekit rasa bila kandungan dah nak dekat 8 bulan ni. Harus la memanafaatkan duni hujung jari ni mencari tips2 & petua mengurangkan masalah yang di hadapi terutama kaki mula bengkak. Sebab bila pijak lantai & berjalan akan rasa kesannya.

Bukan kaki ku yer.. Carian google

Bila dah jumpa info ada baiknya berkongsi walau blog sang lekit ni selain anak2 dara, anak - anak teruna ramai juga mak - mak dara yang selalu singgah. Pada mak - mak dara yang dah berpengalaman mengandung mungkin dah tahu tapi bagi yang pertama kali macam sang lekit ni banyak benda yang serba serbuk tak tahu & bagi anak - anak dara & teruna mungkin boleh di jadikan info untuk bekalan masa depan. kan??

Kenapa kaki bengkak semasa hami? Sebabnya bila kandungan mula membesar akan memberi tekanan kepada pengaliran darah dari bawah badan ke atas bila kita duduk terlalu lama. Dan biasanya berlaku pada trimester ketiga kehamilan & akan surut selepas melahirkan anak. Tapi nak kata sang lekit banyak duduk tak jugak.. banyak juga berjalan walau kat rumah je.


Antara petua yang sang lekit jumpa hasil pencarian google bagi mengurangkan bengkak kaki semasa hamil adalah ;

*Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya.
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Dan sekiranya anda mengalami bengkak pada muka & sekeliling mata, tekanan darah tinggi, kencing kotor & sebelah kaki lebih bengkak dari yang sebelah lagi segera berjumpa doktor yer..

Rujukan : RatuHati


Itu sahaja yang Mak Buyung @ Boyot nak share dengan korang hari ni. Kalau korang ada apa - apa tips & petua lain bagi mengurangkan semua masalah yang sang lekit hadapi sekarang jangan memalu siput sedut.. Taipkan kat komen entri ni agar semua yang membaca dapat manafaatnya.

19 comments:

  1. biasalah tu cik lekit.jgn biar kaki terjuntai bila duduk atas kerusi.kaki akak peknen kali ni lum bengkak lg..selalu urut dan mlm2 rendam air suam ye..moga bengkak cpt surut.jg diri tau

    ReplyDelete
  2. Mungkin :
    1. Kurangkan minum air
    2. Lebihkan aktiviti jangan duduk sahaja kerana tu tanda air terkumpul.
    3. Bila baring alas kaki supaya lebih tinggi.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah~ xpenah lagi kna bgkak kaki wpon da pegnen 5 kali beranak 3 kali neh...dgr org citer kalo bgkak kaki pedih nyer laen macam ek?
    papepon jga dri eh....

    ReplyDelete
  4. kawan saya chinese diorang pantang makan yang masin masin (garam) contoh kicap.. tak taulah.. saya tak pernah ngandung tapi tu diorang nya petua;)

    ReplyDelete
  5. wahhhh bengkak nya kak.mmg cm tu eh.ptt lah kwn2 kat fb ckp kaki bengkak2.

    ReplyDelete
  6. kaki bengkak2 tu mmg biasa bila dah di akhir2 hamil ni.. kata org tua dulu2.. bila kaki tu surut je dr bengkak maka masa nak bersalin dah tu hehe

    ReplyDelete
  7. akakdulu bukan bengkak je..
    kaki pun jadi itam...
    tapi comel..
    heheheheh

    ReplyDelete
  8. ingatkan kaki cik lekit tadi..banyak betul petua tu,jaga diri baik-baik eh..

    ReplyDelete
  9. saya pernah kena waktu jaga mak sakit kat spital, sbb tido kaki berjuntai,. bnyk berjalan lepas tu elok dah,.hehehe

    ReplyDelete
  10. moga dipermudahkan segala urusan sampai kelahiran....

    jaga diri elok2 k..... :)

    ReplyDelete
  11. "mak boyot berkaki gajah"

    kalau org lain ckp takpe, rasa kelakar sebab mcm bergurau

    tapi kalau laki sendiri ckp, walaupun gelak tapi hati tetap sentap...


    wahhhhhh mcm aku ni pernah ngandung plak... kakakakakkaka

    ReplyDelete
  12. rajin2 jalan ek.. :P

    semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  13. hati2 taw...t tunjuk pix baby ea kalo dah selamat bersalin.. =)

    ReplyDelete
  14. bila tidur biarkan kaki tinggi sikit dari kepala

    ReplyDelete
  15. Nyah Zulfikar, Mak ni jenis krg sentap. Laki aku hr2 mcm2 dia ngata aku. bontot besar la.. dah gemuk la.. aku pun suka gak mengata dia mcm2.. Kalau dah temanya gurau, mak memang takde perasaan. Dr sblm kawen memang dh biasa dgn gurau mengutuk sesama sendiri, so krg nak sentap. tp kalau ucapan tu dlm situasi mrh, memang bkn takat sentap, sendu, sedu.. semua ada. kekekekekeke

    ReplyDelete
  16. rajin la baca surah mariam dan surah an-nisa'

    ReplyDelete
  17. xpe yg penting totap gorjes hehe

    tdo mlm..alas kaki bg tinggi sket.

    ReplyDelete
  18. tu dia..simptom2 dah wujud..
    huhuh...bengkak tu hanya akan hilang bila bby da kuar nnti..

    so..buat masa ni,abby kena byk berjalan utk memudahkan proses bersalin

    cma dulu x bengkak kaki..so x bberpa tau petua utk surutkan bengkak kaki

    ReplyDelete
  19. biase klu camni kene aktif kak. means bukan la g maen badminton pulak kan. haha^^ akak kene bwk bejalan gitu. eksesais sket2. ceh, belagak pandai plak saye =.=

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com