SHAWLS DAH JADI UNIFORM SEKOLAH

7/08/2011 12:52:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Penangan fesyen tudung shawls memang kuat sekarang ni. Masing - masing nak bergaya dengan koleksi shawls yang ada tak terkecuali jugak budak sekolah rendah yang dah jadikan tudung shawls putih sebagai pakaian ke sekolah. Walau tak ramai.. tapi nampaknya ada yang mula bergaya dengan shawls ke sekolah. Bukan untuk aktivitivi kokurikulum tau tapi untuk sesi pembelajaran biasa.

Tadi sang lekit nampak seorang budak sekolah rendah. Kalau korang kenal budak ni pelakon drama sitkom Bong. Ala budak kecik yang chubby yang bawak watak asya atau nama betul dia maisarah tu. Keluarga dia memang tinggal kat sini sama blok dengan sang lekit cuma rumah dorang kat tingkat 14 tapi sang lekit tingkat 9. Dia baru balik sekolah. Dia bertudung ke sekolah. Dulu tak.. mungkin baru tahun ni kot. Tak pasti darjah berapa tapi nampak macam anak dara dah mungkin umur dia sekitar 11 - 12 tahun kot.

Ni la maisarah atau watak dalam sitkom bong Asya

Wah pergi sekolah pun pakai shawls gitu. Tapi shawls yang putih & takde corak la. Tapi design memang shawls. Tu baru sorang sang lekit nampak.. Mungkin dah ramai kot budak sekolah pilih tudung shawls untuk di gayakan masa ke sekolah. Kalau ikut etika pemakaian rasanya salah tapi budak - budak sekolah tak kira zaman sang lekit sekolah apatah lagi sekarang memang suka berfesyen walau dengan baju sekolah sekalipun. Mesti nak nampak trendy.

Lebih kurang shawls yang di pakai macam ni la

Teringat zaman sang lekit sekolah dulu.. ada kawan - kawan sang lekit siap bersolek lagi. Dah tu kasut tumit tinggi. Walau tak hari2.. nak jugak sekali sekala tu melaram pergi sekolah. Mengalahkan cikgu pulak. Melalui zaman sekolah ni memang la masing - masing nak bersaing siapa lebih hebat, berani & stylo untuk meraih perhatian kawan - kawan lain. Walaupun tak semua tapi kebanyakkan memang macam tu.

22 comments:

  1. akak pun tak pernah tengok pulak pi sekolah pakai shawl.
    selalu nye pakai purdah biasa tu je..
    macam2 budak2 sekarang..
    terpengaruh sungguh dengan fesyen ni..

    ReplyDelete
  2. wah...hebat budak2 sekarang nih kan...

    ReplyDelete
  3. biasalah tu skang kan tgh hot shawl..ms sy jd cikgu dulu pesen bebudak pakai tudung singkat kain singkat skaf ke depan tutup dahi..zaman sy sekolah dulu hot kain baju sekolah seret lantai..hehe

    ReplyDelete
  4. sekarang budak sekolah rendah pakai tudung pun lebih kurang macam dalam gambar tu..

    ReplyDelete
  5. kalau kat tempat saya mengajar ni fesyen gitu biasa dah.. kadang2 datang sekolah melaram dengan rantai semua siap.. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. kalau anak murid saya tu..saya suruh balik rumah tukar tudung.
    agaknya mesti kena bambu balik dengan parents.

    ReplyDelete
  7. errr pihak sekolah bagi kebenaran ke pakai tudung macam tu? berfesyen-fesyen ni? bukan ke pihak sekolah ada etika pemakaian nya sendiri. adoii ni nak belajar ke nak melaram ni? eheh ;)

    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

    ReplyDelete
  8. betol tu.anak sedara saya pon pergi sekolah pakai tudung keras tu

    ReplyDelete
  9. Rasanya kalau tudung yang macam dalam gambar mmg ramai budak2 sekolah rendah pakai..nampak lebih kemas, tapi shawls mcm mne plak? hee...xfhm...

    ReplyDelete
  10. shawls ker tuh lekit? mcm tudung express tuh jek..errr.. kalau tudung gituh.. anak buah kita pon kekadang pakai gi skolah... heheheh

    ReplyDelete
  11. entah la org pggl shawls.. ala fesyen tudung skrg la. yg pasti bkn tudung sekolah. memang kalau ikut etika pakaian seragam.. di kira salah. dah search td tudung jenis ni dlm kategori shawls jugak.. almaklum la tak berapa arif pasal fesyen tudung ni

    ReplyDelete
  12. Zaman sekolah dulu sampai tingkatan lima pun masih bertocang dua!

    ReplyDelete
  13. dl sy g skolah pakai stokin yg ada reben2 ala2 baby tu...smpi jd trend..haha

    ReplyDelete
  14. kalo tudung putih awning mcm dalam gbr dik lekit letak tu kan..dulu masa akak darjah 1 dah ada dah..akak dah pernah pakai. cuma yang tak bestnya masa tu..dia tak ada awning keras tu. jadi..agak kelepet-kelepet melekap di dahi. yang muka kecik..comel la..yang muka besar macam akak..agak tak sedap..tapi selesa sebab dia sehelai je..dulu..bebudak tak minat pakai..sekarang ni dah ada awning..cantik la senang pulak tu..

    ReplyDelete
  15. ade tak tudung ekin bawak gi skolah? hahahaha


    ingat nak pakai skop opah opah je gi skolah, baru la trendsetter kan :)

    ReplyDelete
  16. fesen budak2 zaman skrg... dulu masa saya sekolah rendah, baju sekolah harapkan sumbangan dari kerajaan je... mak bapak saya tak mampu.. ehehe

    ReplyDelete
  17. alahai tengok je budak ni terus ingat bulan puasa......

    ReplyDelete
  18. ooo i thought shawl yang macam selendang yang berbelit-belit tu,rupanya tudung yang ada awning tu..
    kalau tudung awning tu boleh aje..=)

    ReplyDelete
  19. budak zmn skrg ni lagi maju ehhee

    ReplyDelete
  20. haih, kalau la malaysia ni jepun ke, korea ke, dah lame dah uniform sekolah tu comel belaka. siap melaram make up + fake eyelashes + aksesori + high heels. haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com