SIKAP TUNDING JARI

7/07/2011 01:18:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Semalam sang lekit ada buat satu entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR yang mengundang sedikit salah faham dari 2 3 orang blogger yang baca entri tu. Komen dorang seolah - olah nak cakap sang lekit ni tak sensitif atas kesedihan yang menimpa orang lain.


Itu pendapat dorang, sang lekit terima. Mungkin dari kelemahan penyampaian sang lekit sendiri menyebabkan apa yang sang lekit nak sampaikan tak sampai kepada 2 3 orang pengomen ni. Disini sang lekit nak jelaskan bukan lah niat sang lekit nak bertepuk tangan atas musibah yang menimpa orang lain atau mengambil kesempatan atas isu tu untuk di jadikan pelaris pada blog sang lekit. Apa yang sang lekit cuba sampaikan dalam entri tu adalah sikap suka tunding jari masyarakat kita bila terjadinya sesuatu perkara.

Masa belum berlaku, semuanya baik. Kalau tak masakan Hubungan arwah gadis yang di bunuh kejam & teman lelakinya di restui keluarga, betul tak? Kalau tak di restui masakan dorang berani keluar dengan pengetahuan keluarga. Masakan keluarga arwah menyifatkan arwah seorang anak yang mendengar kata & baik. Taknak sentuh dah pasal gadis malang tu kang jadi pertikaian lagi.

Tapi bila terjadi sesuatu yang buruk masing - masing cari kesilapan orang lain untuk di tunjuk. Mempertikaikan semua perkara yang di lakukan. Dengan cara mencari kesalahan orang lain tak menyelesaikan apa - apa masalah & takkan menghidupkan mereka yang telah mati. Apa yang sang lekit nak sampaikan dalam entri yang sebelum ni adalah.. Tak guna kita memburukkan orang lain untuk menutup kesilapan sendiri sebab benda ni akan buat yang buruk bertambah buruk.

Pihak yang mengeluarkan kenyataan & pihak yang di kecam.. kedua duanya adalah manusia, berperasaan & ada keluarga. Yang mengecam pun akan terkena tempias sebab yang membaca kenyataan mereka bukanlah budak tadika. Yag di kecam sudah tentu la mendapat malu bukan saja diri dia sendiri malah keluarga dia juga. Sudah jelas apa yang berlaku adalah dari kesilapan & kelalaian semua pihak. Yang terjadi dah pun terjadi apa yang penting kita ambil iktibar.

Sang lekit mohon maaf sekiranya entri sebelum ni & entri ni menyentuh perasaan mana - mana pihak. Bukan niat sang lekit untuk menambah kesedihan orang lain sekadar memberi pandangan peribadi dari isu semasa yang berlaku. Harap takde yang salah faham lagi.

17 comments:

  1. Betul tu lekit.. Sikap tunding jari pada org lain.. Dh sebati dgn diri manusia.. Dh jd 1 habit.. Sudah2lah menunding jari menyalahkn itu ini.. Itu semua takdir & janjinya begitu.. Takziah pd keluarga si mangsa.. Semoga roh arwah ditempatkn di tmpt yg baik disisiNYA.. Amin!!

    ReplyDelete
  2. biasa la kak lekit, kdg2 org terlalu cpt nk judge kita.. sabar je la.. sikap menunding jari tu mmg selalu terjadi sbb masing2 nk membela diri..
    yang penting kita tau niat kita yg sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. eh,sape tu pengomen tu,nak jugak aku sound diaorg ni!sy sokong akak sb kakak arwah tu x patut slhkan bf arwah adek dia sendiri...dhlah arwah tu sebaya adek aku..kakak arwah sebaya aku...kalau dia baca komen aku kat fb tu sb aku perli kakak arwah x pasal2 dia serang inbx fb aku,mmg patut pon aku perli!ko tu mcm x reda je adek ko meninggal..dh ketentuan ALLAH lah nak buat mcm mana lagi!patutnya dia dgn mak bapak dia x payah benarkan arwah anak bongsu,bongsu ke,hi3 ah lantaklah...keluar malam2 dgn pak we!nak salahkan pak we! bapak dia reda je anak bongsu dia meninggal dan salahkan diri sendiri!yg si akak ni pulak mcm x reda je,mcm menolak takdir tuhan je! kalau dh x boleh terima takdir ALLAH..dlm hadis qudsi,ALLAH berfirman yg bermaksud"sesiapa yg tdk redha t'hadap takdir yg t'lah berlaku dan tdk sabar t'hadap cubaan dari-KU,maka carilah Tuhan selain Aku.(riwayat al-tabarani)

    ReplyDelete
  4. simpati.. pade mase yg same, betulkan yg salah =)

    ReplyDelete
  5. Takziah kepada keluarga si arwah...yg pergi biarkan ianya pergi dengan aman...

    ReplyDelete
  6. apsal yg dok komen ni x habis2 nak mempoyokan diri? X habis2 nak stuju dgn pompuan ni.. Takat ulas tajuk akhbar sape pon bole! Jgn la ko pikir ko bleh jd bloger femes stakat menulis entry mcm ni. Ape ko boleh kaye ke pompuan? Lain kali sensitip sikit la. And x payah jugak buat entry khas untuk komen aku ni.. Nak mintak simpati bloger lain la konon!

    Jap agi si bloger2 lain yg komen dlm entry ko yg dol cite ko kene hamun ngn aku ni mcm biase la bunyinye.. Contoh.. Stuju la dgn sang lekit.. Tak pon. Saba la, biase la tu.. Dengki la, ape la..

    P/s: sang lekit? Amende tu? Tak menarik langsung nama kau.. Tukar la nama lain.. And mahap la. Komen aku x mcm ape yg ko harap.. Ko ingat aku akan stuju ke ngn ko..

    ReplyDelete
  7. perh, pengecut habis..kalou brni pkaila name, nih pkai anynomous je..alah, blog dier suka aty dierla..jgn gadoh2..XD

    ReplyDelete
  8. adoiyai..ade gak manusia cmni...elok lagi la dia ade name..sang lekit ke..melekit2 ke..dr org yg takde name..

    ahiiihh..dunia2...patutnya mak bapak dia kne pantau btul2 ank dia..dlm hal ni semua salah..bf dak pempuan tu slh sbb tak pastikan pempuan tu btul2 selamat ke tak...n family dia pun salah sbb tak pastikan anak dia blik dgn selamat..pempuan tu pun salah gak sbb balik lmbt..so? konklusi? semua pihak slh..

    ReplyDelete
  9. aduii, bahaya juga komen Anon 3:31 kat atas ni... serang blog orang pun pakai nama anon.. gentlemen la siket.. (",)

    ReplyDelete
  10. sesungguhnya kejadian ini wajar kita jadikan iktibar..

    cik anon kalau tak puas hati cakap elok-elok.Kita semua faham kalau kamu tu tengah marah..

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html

    ReplyDelete
  11. pndek kata.. tak yah kata masing2.. kita semua sama saja.. 1 jari menuding dkt org lain.. 4 dekat kita kan.. and CB pon xnk komen psl mende alah nie.. sbb kekadang kita pon dlm x sdr mcm tuh jugak.. :)

    ReplyDelete
  12. akak lain kali jgn benarkan anonymous hacker tu komen kat blog ni!dan aku simpati ada arwah,al fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  13. tu ar sedih je....
    teruk betol...
    nape perlu kerat2
    kan..kesian kat dy..
    farid pun baru tgk
    berita semalam tu..huh

    ReplyDelete
  14. oooo kat si la kesentapan tu berlakuuuuuuu

    ReplyDelete
  15. sape la yg sentap ni..cuba tonjolkan diri anda wahai anon..buat pe k takut klu x buat salah...

    ReplyDelete
  16. pergh..utk anonymous..kalau stakat nak ngomen org x pkai nme..baek x yh larh..pengecu zmn moden lar kau nieyh..sang lekit hanya nak share pndapat dia..bkn nk ngomen x tentu pasal..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com